Buat pelajar yang sedang belajar dan akan menduduki
peperiksaan, semoga perkongsian tips-tips berikut dapat membantu anda dalam
mencapai kejayaan;
1. Menggunakan kedua-dua belah otak
kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan
dilihat
- Kita ingat 70% apa yang
dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai
dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu
tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun
tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan
selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin.
Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). Ulangkaji sekerap mungkin.
5. Manfaatkan kemahiran mengingat:
- Tampal nota-nota penting di dinding -
Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi
dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep
yang perlu diingat
6. Menyedari guru-guru adalah sumber
ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham.
7. Menjadikan nota-nota menarik seperti
membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang
rumit di tempat yang biasa dilihat.
8. Cekap mengatur jadual belajar:
Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu
belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
10. Tidak membuang masa dengan belajar
ketika letih atau mengantuk.
11. Tahu memberi ganjaran kepada diri
sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
atau sesuatu yang menghiburkan hati.
12. Buat Persediaan awal akan
memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum
guru mengajar.
13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa
menghormati dan menyayangi guru.
14. Baca doa tanda kesyukuran selepas
belajar
Selamat Berjaya.
0 comments:
Post a Comment