Saturday, June 29, 2013

Laporan Akhir Projek Sandaran NPQEL

Susulan dari Projek Penandaarasan, satu program telah dikenal pasti dan diaplikasikan sebagai projek penambahbaikan di sekolah sendiri. Alhamdulillah selama lapan minggu mengendalikan Projek Sandaran, saya telah dapat melaluinya dengan sempurna dan terancang. Dalam Projek Sandaran ini, dimulai dengan penerokaan sekolah sendiri. Seterusnya memasuki bahagian kajian keperluan projek, saya telah fokus kepada masalah gaya pembelajaran guru-murid yang akan dibuat penambahbaikan. Dalam hal ini, proses pemerhatian, temu bual telah dibuat bagi menganal pasti keadaan semasa sekolah dan seterusnya keadaan yang dikehendaki dari projek yang...

Friday, June 28, 2013

Muak Belajar

Sejak tadika hingga melangkah ke tingkatan lima, kita disogok de­ngan lambakan buku ilmiah. Impiannya hanya satu, untuk membentuk individu berjaya dengan memegang status kerja yang bagus. Tapi pernahkah anda terfikir setiap individu mempunyai minatnya tersendiri selain daripada menghadap buku hingga suku umur hidupnya? Yang jelas, sifat ini dimonopoli golongan lelaki. Mungkin si gadis lebih beradab. Tidak menolak sekiranya ibu bapa ingin menempatkannya di IPT tanah air. Namun sebaliknya bagi lelaki, mereka lebih tegas dan berprinsip dalam menentukan hala tuju hidup. Disebab­kan itu, kita boleh lihat kurangnya golongan lelaki di...

Monday, June 24, 2013

Bosan Perhimpunan Pagi Alasan Pelajar Ponteng

Bosan dengan perhimpunan pagi antara alasan yang diberikan oleh seorang pelajar yang sering ponteng sekolah pada setiap  Ahad, apabila bermulanya hari pertama persekolahan. Seorang pelajar yang ditemui, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mohd’ berkata, dia kerap kali ponteng serta sering menghabiskan masa di taman rekreasi Tengku Anis sehinggalah tamat waktu sekolah dengan berbekalkan RM5. “Selepas tamat waktu sekolah, saya akan bermain bola bersama rakan-rakan di padang berdekatan sekolah sebelum pulang ke rumah kira-kira jam 6.45 petang. “Apabila pulang, saya sering dimarahi oleh ayah di rumah, lagipun saya memang...

Wednesday, June 19, 2013

Cadangan Cuti Sabatikal Untuk Pengetua, Guru Besar Dan Guru

Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata cuti sabatikal untuk mengikuti program pembelajaran luar negara yang kini hanya dinikmati pensyarah di institusi pengajian tinggi amat penting dalam usaha kerajaan meletakkan sistem pendidikan negara setanding dengan negara di seluruh dunia. "Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara luar tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita...

Wednesday, June 12, 2013

Memperkasakan Pembelajaran Tahap 1

Menyentuh hasrat YAB Menteri Besar Terengganu untuk terus mengembalikan kegemilangan pendidikan Terengganu dengan memastikan UPSR Terengganu mesti menjadi yang terbaik, saya melihat proses kegemilangan itu perlu diperkasa di peringkat bawahan lagi iaitu semasa murid-murid berada di Tahap 1 (Tahun 1 –Tahun 3). Bagi saya, melahirkan buah yang baik juga perlu dipantau proses awal atau peringkat kemenjadian buah itu sendiri. Justeru itu proses PdP di Tahap 1 perlu dibuat proses penambahbaikannya supaya memasuki Tahap 2 nanti tidak menjadi bebanan kepada guru-guru terutamanya yang mengajar mata pelajaran UPSR. Justeru itu, cadangan...

Monday, June 10, 2013

Modul Kursus Dapat Diakses Dengan Mudah Menerusi Telefon Pintar, Tablet

Bahan dan modul kursus daripada pelbagai bidang pengajian di Open University Malaysia (OUM) bakal dapat diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar dan tablet bermula September ini. Selain pelajar, aplikasi OUM itu boleh dimuat turun oleh orang ramai menerusi Apple App Store secara percuma untuk kali pertama dan akan dikenakan caj pada muat turun yang berikutnya. Presiden merangkap Timbalan Canselor OUM, Prof Tan Sri Anuwar Ali berkata aplikasi itu bertujuan mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memperkukuh sistem penyampaian universiti itu. "Pendekatan ini sekali gus mencerminkan kemajuan OUM...

Saturday, June 1, 2013

Dr Madinah KSU Kementerian Pendidikan, Dr Zaini Ujang KSU II

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, berkuatkuasa Isnin ini. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, juga mulai Isnin, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan Jumaat. Tempat Madinah akan diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Rosli Mohamed mulai tarikh yang sama. Madinah, 56, yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi