KUALA
LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Guru akan dijadikan profesion berprestij dan
bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di
negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Dilancarkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, laporan awal tentang
rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan
dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih
memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.
Ini
sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang digariskan di dalam dokumen ke
arah mentransformasikan sistem pendidikan negara - mentransformasikan jawatan
guru agar menjadi profesion pilihan utama.
Rangka
tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran akan berganding bahu dengan
Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan
kualiti kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan para guru seperti
yang dihasratkan.
Ia
juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan
diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar.
--
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment