Monday, September 24, 2012

PPD Tonggak Kejayaan Pendidikan Negara

KUALA TERENGGANU, 24 Sept (Bernama) -- Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) akan lebih mencabar sebagai pendukung bagi merealisasikan pelan transformasi pembangunan pendidikan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin. Menurut beliau peranan PPD kini sudah berubah dan tidak lagi terbatas hanya kepada aspek akademik lebih-lebih lagi dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. "Bagi mengukuhkan dan memantapkan profesionalisme pendidikan, PPD akan membantu pengetua sekolah, program dan dasar kementerian. "Sebab itulah, kita buat program pemantapan PPD ini bagi mengukuhkan peranan mereka,"...

Sunday, September 23, 2012

DIMANA TAHAP NILAI KERJA BUAT KITA

Tidak terlewat sekiranya saya berkongsi pengalaman, dimana saya diarah mewakili pentadbiran sekolah tempat bertugas ke Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diadakan di semua daerah negeri Terengganu. Bagi daerah Kuala Terengganu diadakan pada Khamis 20 September 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kompleks Mengabang Telipot (rujuk surat).   Surat Taklimat PBS - Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas !-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:Cambria; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; ...

Cuepacs Harap Kerajaan Tambah ITP Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini. Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi. "Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah," katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk...

Tuesday, September 11, 2012

Guru Akan Dijadikan Profesion Berprestij

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Guru akan dijadikan profesion berprestij dan bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, laporan awal tentang rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan. Ini sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang digariskan di dalam dokumen ke arah mentransformasikan...

Monday, September 10, 2012

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2012

...

Friday, September 7, 2012

Kaedah Temuduga Mungkin Diguna Pakai Pilih Pelajar Ke IPTA

SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Kaedah temuduga mungkin dilaksanakan secara meluas bagi pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila persaingan menjadi sengit berikutan peningkatan jumlah pelajar cemerlang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA kini dibuat menerusi komputer dengan 90 peratus berdasarkan pencapaian akademik sementara baki 10 peratus berdasarkan aktiviti ko-kurikulum, katanya. Menurut Mohamed Khaled setakat ini, hanya dua IPTA menggunakan kaedah temuduga iaitu Universiti Sains Malaysia manakala Universiti Malaya menemuduga...

Thursday, September 6, 2012

Kurikulum baharu sejarah sekolah menengah sedang dirangka

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Kerajaan sedang merangka kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dalam usaha melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar). Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu dijalankan dengan berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah. “Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah. Laporan (Jawatankuasa Khas) telah kami terima,...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi