KUALA
LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa ketetapan dan penyelarasan
bagi memastikan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institusi Pengajian
Tinggi Awam yang belum ditempatkan dapat diserap di sekolah-sekolah mulai Mei
ini.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 29 daripada 4,859 graduan
pendidikan yang berjaya dalam temuduga berfasa yang diadakan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah diberi penempatan di Pusat Anak Permata
Negara sejak 8 April lepas.
"Baki
seramai 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa dengan
penempatan Fasa Satu akan dilaksanakan pada 23 Mei ini dengan melibatkan 4,671
graduan.
"Daripada
jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439
akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)," katanya dalam
satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Muhyiddin
berkata baki 159 orang graduan pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam
Penempatan Fasa Dua pada Julai ini.
Muhyiddin
berkata kesemua graduan yang berjaya itu merupakan antara 5,510 graduan IPTA
yang mendapat panggilan temuduga daripada SPP mulai Januari lepas.
Daripada
jumlah itu, SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen
lengkap, sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila tidak
hadir temuduga, katanya.
Beliau
berkata kesemua mereka merupakan graduan daripada Universiti Utara Malaysia (90
orang), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185),
Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017).
Universiti
Putra Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia
(54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia
(330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan
Universiti Malaysia Sabah (214).
Muhyiddin
juga berkata kementerian telah melantik seramai 2,397 graduan IPTA daripada
5,510 graduan tersebut sebagai guru interim bagi memenuhi keperluan guru di
Sekolah Menengah.
"Berikutan
penempatan ini, perkhidmatan guru interim tersebut akan ditamatkan. Walau
bagaimanapun, guru interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik
sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei ini
berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah,
Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT," katanya.
Muhyiddin
berkata bagi 2,484 graduan J-QAF Institut Pendidikan Guru yang akan menamatkan
pengajian pada Jun ini, mereka akan melalui temuduga pelantikan sebagai PPPS
oleh SPP terlebih dahulu sebelum penempatan diuruskan.
Timbalan
Perdana Menteri berkata urusan temuduga dan pengambilan graduan dari institusi
pengajian tinggi swasta tidak dapat dijalankan pada masa ini kerana kementerian
memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti
bidang pendidikan yang telah dianjurkan oleh kementerian itu lebih awal kepada
Kementerian Pengajian Tinggi.
"Graduan
IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan
adalah tajaan Kementerian Pelajaran," katanya.
Para
graduan boleh melayari laman web www.spp.gov.my bagi mengetahui sama ada mereka
berjaya atau tidak. Keputusan penempatan akan diumumkan kementerian sedikit
masa lagi.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment