
...

KUALA
LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata Kementerian Pelajaran telah membuat beberapa ketetapan dan penyelarasan
bagi memastikan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institusi Pengajian
Tinggi Awam yang belum ditempatkan dapat diserap di sekolah-sekolah mulai Mei
ini.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata seramai 29 daripada 4,859 graduan
pendidikan yang berjaya dalam temuduga berfasa yang diadakan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah diberi penempatan di Pusat Anak Permata
Negara sejak 8 April lepas.
"Baki
seramai 4,830 graduan pula akan diberi...

PUTRAJAYA, 27 April
(Bernama) -- Bantuan RM500 akan diberikan kepada setiap Kelab Pengguna Sekolah
(KPS) pada tahun ini bagi membolehkan kelab itu menjalankan aktiviti
kepenggunaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Untuk tujuan itu,
beliau berkata kementerian memperuntukkan RM1.129 juta.
Sehingga suku tahun
pertama ini sebanyak 1,417 program kepenggunaan telah berjaya dijalankan KPS di
seluruh negara, katanya pada sidang akhbar selepas menutup Cabaran Interaktif
Pengguna (CIP) KPS peringkat kebangsaan di sini pada Jumaat.
CIP yang bermula
Februari lepas, melibatkan...

KUALA LUMPUR, 27 April
(Bernama) -- Penggunaan komputer mudah alih "tablet" di
sekolah-sekolah boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban
membawa buku teks di kalangan pelajar, menurut seorang bapa yang mempunyai dua
anak perempuan yang belajar di sekolah rendah Cina.
Editor pengurusan
majalah Mobile World Kashminder Singh berkata, tablet adalah sesuai bagi
sekolah-sekolah dan daripada memberi RM100 bagi setiap pelajar (bantuan
kerajaan), adalah lebih baik dalam tempoh jangka panjang untuk melihat
bagaimana tablet boleh menjadi buku teks baharu.
Beliau berkata
seseorang atau sebuah perbadanan perlu berusaha bagi...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.