
Saya terbaca kisah seseorang yang memfitnah, lalu dia menyesal
dan bertemu dengan orang tersebut dan ingin memohon maaf.
Lalu orang kena fitnah itu berkata... "dengan syarat,
esok kamu datanglah ke rumahku dan bawalah penyapu bulu ayam".
"Dalam perjalananmu datang itu, kamu cabutlah bulu-bulu
ayam itu sampai habis". Si Fitnah itu merasa pelik untuk apa perbuatan itu
tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya
hingga sampai ke rumah orang yang dia fitnah tersebut.
"Wahai tuan….aku telah buat seperti yang tuan suruh.
Hanya tinggal rotan saja, bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang
perjalanan...