Seperti pelajar-pelajar lain di Pulau Banggi, Kudat,
Sabah, Nawi mengambil keseluruhan masa perjalanan sebanyak 4 jam sehari untuk
pergi dan pulang sekolah.
Sudah menjadi kebiasaan pelajar di sini merentas
belantara seorang diri.
Kenapa dia tidak berkasut? (berkaki ayam seperti di dalam
gambar)
Kasut adalah satu kemewahan untuk pelajar di sini. Ia
sukar didapati melainkan dengan bantuan sekolah.
Jadi untuk memanjangkan hayat kasut tersebut,
kebanyakan pelajar di sini akan menanggalkan kasut dan berkaki ayam sepanjang
perjalanan pergi dan pulang.
Bagi mereka, kasut hanya layak dipakai di sekolah.
Saya rasa tiada semangat anak-anak di bandar yang
dapat dibandingkan dengan semangat anak-anak di sini.
Kemiskinan dan kesukaran perjalanan tidak pernah
melunturkan semangat mereka untuk menuntut ilmu.
Boleh anda bayangkan berjalan kaki dalam kegelapan
seawal jam 5 pagi untuk ke sekolah?
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.