Monday, December 19, 2016
Perlunya Membersihkan Fikiran
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini?
Menutupi telapak tangan saja mungkin juga sulit.
Tapi kalau daun kecil ini menempel atau melekat di mata kita, maka
tertutuplah bumi.
Begitu juga bila diri kita ditutupi pikiran buruk sekecil apapun, maka kita
akan melihat keburukan di mana-mana.
Bahkan bumi ini pun akan tampak buruk.
Jangan pernah menutup mata kita, walau hanya dengan daun yang kecil.
Jangan menutupi diri kita dengan sebuah fikiran buruk, walau hanya seujung
kuku.
Bila diri kita tertutup, maka tertutuplah semua.
Air yang banyak di lautan luas yang dalam takkan pernah menenggelamkan
sebuah perahu kecil yang ada di atasnya, kecuali kalau air itu mulai masuk ke
dalam perahu.
Demikian juga dengan hidup ini; gosip, fitnah dan segala penilaian negatif
akan selalu ada di sekeliling kita.
Namun semuanya itu takkan sanggup menenggelamkan kita, kecuali kita membiarkan
semua itu masuk ke dalam fikiran kita.
Menjaga fikiran itu bukanlah tanggung jawab orang lain, melainkan adalah
tanggung jawab kita masing-masing.
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain untuk setiap masalah yang hadir
dalam hidup kita bila kita sendiri tidak bertanggung jawab, karena sudah
membiarkan “sampah” masuk dan mengotori hidup kita.
Kita harus menyaring apapun yang masuk melalui fikiran kita sebagai pintu
gerbangnya. Bila fikiran kita BAIK, maka akan terasa nyaman hidup kita. Insyaallah
semoga kita sentiasa diberikan kebaikan olehNya.
Friday, August 5, 2016
PdP Menyeronokan dan Menarik Untuk Memberi Pengajaran Berguna
Setiap guru pasti ada cara tersendiri untuk
mengajar murid-muridnya, pelbagai gaya pembelajaran digunakan sehinggakan ada
yang sanggup mengorbankan wang sendiri membuat 'prop' untuk dibawa ke sekolah
demi menarik minat muridnya untuk belajar.
Bagi seorang guru sejarah bernama Rysherz Rayn,
beliau mempunyai cara tersendiri mengajar anak muridnya disamping mempunyai
pengajaran dari pembelajarannya yang cukup berguna kepada anak-anak muridnya,
sesuai dengan subjek Sejarah yang mengajar kita kenal erti jati diri dan
semangat patriotism. Mari kita sama-sama mengambil manafaat dari cara PdP yang
disampaikannya;
Kelas sejarah saya hari ini mudah. (Tapi nak
mengolahnya jadi karangan yang payah). Cerita ini panjang. Kalau nak tahu,
baca. Tak nak pun tak apa.
Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar tingkatan
1UKM di dataran. Saya tanya soalan2 berkaitan bab yang dipelajari, siapa angkat
tangan dulu dia boleh cuba jawab. Kalau jawapan dia tepat, dia boleh langkah
satu step ke depan. Tapi kalau jawapan dia salah, dia perlu undur satu step ke
belakang.
Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, makin
majulah pelajar itu ke depan. Kalau asek salah je, makin mengundur lah dia ke
belakang. Atau kalau takut nak ambil risiko sangat, play safe, maka kekallah
mereka di garisan yang sama sampai habis masa.
Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar
siapa bendahara Melaka yang terbilang? Atau di tahun bila Portugis mula
menyerang?
Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam
kehidupan.
*****
"Tak aci lah teacher ni, asek orang yang sama
je dapat jawab!"
Well, kalau dah orang yang sama je yang berani
sahut peluang, orang yang sama je lah yang akan mendapat keuntungan. Hidup ni
macamtu jugak. Peluang depan mata tapi ditengokkan saja, memang tak dapat apa2.
*****
"Kami bukan tak tau jawapan, teacher. Tapi tak
sempat nak jawab, orang lain dah jawab dulu."
Hidup ni memang macamtu. Siapa yang lambat /
melembik / lemah gemalai bagai memang susah nak kejar peluang. Semua benda kat
zaman ni kena pantas. Kena cepat. Kena segera. Sampul raya kat bank pun habis
kalau datang last2 minit! Kita kena alert!
*****
"Tapi mana aci teacher. Saya ni at least try
jugak. Aleh2 dok belakang. Lagi belakang dari orang yang tak try. Aduhai.. baik
takyah jawab!"
Siapa suruh angkat tangan tapi tak betul2 tahu
jawapan? Main bedal je jawab. Padan muka! Macamtu jugak dengan hidup.
Dah nama pun peluang. Mestilah ada risiko. Setiap
risiko yang kita ambil tapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja
kalau semberono, tak study dulu, pakai buat asal siap, memang melingkup. Orang
nak bisnes, awak nak bisnes. Orang nak kawin awak nak kawin. Orang bukak butik
awak bukak butik. Orang main saham awak pun sibuk main saham. Tapi tak
bersedia, tak prepare. Last2 hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi
tak senang.
Ambil peluang yang ada. Gapai. Capai. Do it. But do
it wisely!
Ingat, hidup ni memang tak adil. Sebab kadang2
orang pengecut survive lama. Tapi kekal kat level tu je lah sampai bila2.
*****
"Teacher makin ke depan-ke depan, kami yang
belakang ni tak boleh nak dengar sangat soalan teacher. Sebab tu orang depan je
dapat jawab."
That's what I called 'privilege'. Kelebihan. Makin
kita berjaya dalam hidup, makin banyak kelebihan yang kita dapat. Dan dengan
kelebihan tu lah, orang kaya, orang pandai, orang femes akan terus kaya, pandai
dan femes. Dan yang mundur akan terus mundur sebab makin lama makin luas jarak
dia dengan sumber dan peluang yang jauuuuuuhhh nun di depan.
*****
"Teacher, kami tak boleh borak dah sebab dia
kat depan sana!" buat muka sedih sambil tunjuk rakan yang berada di depan.
To be honest. berapa banyak dalam hidup ni contoh
hubungan yang mula-mula akrab lepastu sepi? Berapa banyak kawan yang dah tak
jadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi?
*****
Welcome to a real life gambling, my dear!
- RR
Kuala Kurau
Posted in: Renungan
Monday, May 16, 2016
Berkurangnya Nilai-Nilai Murni Dalam Kehidupan Kita
Amalan hormat menghormati adalah satu perkara yang harus kita amalkan dalam
kehidupan harian kita, lebih-lebih lagi bila bercampur dengan masyarakat.
Seperti di dalam pengankutan awam, selalu kita dengar dan baca di media
sosial kisah pengajaran atau kempen mengenai budaya hormat menghormati di dalam
pengankutan awam.
Utamakan mereka yang lebih memerlukan, tetapi rupanya rakyat Malaysia
masih sedikit mempunyai kesedaran dalam hal ini.
Dikisahkan sebuah cerita oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhamad Safwan MY tentang seorang
lelaki warga tua yang tidak dipedulikan orang ramai semasa menaiki LRT;
Semalam, saya ada mesyuarat dengan pihak Petrosains di Menara Kembar
Petronas(KLCC). Saya telah bertolak kira-kira jam 8.30 pagi, meredah jalan yang
mempunyai pelbagai ragam pemandu, sambil mendengr berita pagi dengan penuh
perhatian sambil melayan muzik di aplikasi Spotify.
Saya ambil keputusan untuk naik LRT dari Bandar Puteri Puchong untuk ke
KLCC, bermakna saya perlu tukar ke RapidKL dari Puchong, transit di Sri
Petaling di Star LRT dan transit yang seterusnya di Masjid Jamek ke KLCC.
Seperti biasa, tren akan dipenuhi dengan ratusan penumpang yang duduk,
berdiri dan memegang palang besi untuk untuk mengelakkan mereka jatuh.
Bila sampai di stesen Bukit Jalil, seorang wanita mengandung masuk dan saya
terus menawarkan tempat duduk kepadanya kerana tiada lagi tempat duduk yang
kosong. Saya sumbat earphone ke telinga untuk layan lagu.
Apabila tiba di stesen LRT Sungai besi, lebih ramai penumpang mulai amsuk
ke gerabak kami termasuklah seorang pak cik tua.
Dia kelihatan memakai kain batik lama yang agak lusuh, seluar panjang dan
memakai sepasang selipar itu melangkah masuk dengan perasaan dan wajah yang
amat hampa sekali.
Saya memangdang kiri dan kanak untuk mencari tempat duduk kosong, tetapi
malangnya tiada tempat duduk yang kosong.
Lelaki berkenaan dilihat
berdiri di sana sambil memegang tiang besi di tengah gerabak, saya hanya
senyum dan menyambung membaca berita di telefon.
Sebaik tiba di stesen Chearas, Seorang penumpang lelaki muda berdiri untuk
turun dan meninggalkan tempat duduk itu kosong.
Saya segera menghalang seorang lelaki lain yang cuba mahu merebut kerusi
itu dan menawarkannya kepada pakcik tua tadi dan kemudian berlaku sesuatu di
luar jangkaan.
"Uncle, mari duduk di sini. You sudah lama berdiri,"
"Tak perlu. Saya 60 tahun dan masih kuat untuk kelihatan bodoh
memegang tiang besi ini sementara generasi muda kita sedang duduk dengan selesa
sambil mendengar muzik mereka.
"Mentaliti apa yang orang muda sekarang pakai? Tiada seorang pun yang
menawarkan tempat duduk pada saya hanya kerana saya kelihatan buruk atau kerana
saya lelaki tua, bukannya wanita tua?
"I dulu kerja askar menjaga negara tapi sekarang saya sedih tengok
orang Malaysia langsung takde hati perut mahu offer a seat. Bukan mahu minta
simpati, tapi bagilah empati sikit. Saya bukan orang bodoh. Saya memang
perhatikan je semua orang, Selepas tiga stesen, masih tiada yang mahu
menawarkan saya tempat duduk. Tak apalah nak, pakcik masih boleh berdiri lagi.
Ini tazkirah pagi untuk semua orang dalam gerabak ini. Saya akan keluar di
stesen seterusnya," katanya.
Luahan berkenaan membuakan orang ramai di dalam gerabak berkenaan menoleh
ke arahnya, ada antara mereka rasa bersalah telah mula berdiri dan menawarkan
tempat duduk itu kepada dua wanita berusia yang telah berdiri sekian lama. Yang
selebihnya hanya memandang kami.
Saya ingatkan, saya sudah menunjukkan contoh kepada mereka dengan membantu
menawarkan tempat duduk saya kepada wanita hamil. Saya ingatkan dengan
melaksanakan tanggungjawab sosial itu boleh memberikan contoh kepada yang lain
agar melakukan perkara yang sama terhadap golongan yang berusia pakcik dan
makcik berusia 60 tahun.
Saya ingat saya sudah melakukan perkara yang betul namun saya gagal untuk
menyedarkan orang lain ke arah lebih positif dan gagal menyuarakan perkara yang
betul.
Saya percaya kebanyakan daripada kita menilainya terlalu awal. Hakikatnya
dia seorang lelaki Melayu yang cukup prihatin untuk meneliti trend dan sikap
dalam masyarakat kita sendiri.
Pakcik itu telah mengajar saya satu pengajaran yang bermakna iaitu salah
tetap salah walaupun semua orang melakukannya dan benar tetap benar walaupun
tiada sesiapa yang melakukannya.
Jika anda anda seorang yang prihatin dan menjunjung tinggi nilai-nilai
murni, marilah kita membantu seberapa ramai orang yang mungkin. Bersama-sama
kita mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai pentingnya
mempunyai secubit rasa empati dan rasa ingin membantu orang lain.
- Siakapkeli.my
Posted in: Renungan
Friday, March 18, 2016
Renungan – Kenapa Cepat Marah?
Mari kita bermuhasabah diri, kenapa kita cepat marah atau cepat naik darah
atau baran? Sebelum mendidik hati supaya tidak cepat marah, kita perlu tahu puncanya
supaya mudah ditangani atau dirawat.
Di antara punca cepat marah yang biasa ialah:
1. Tidak dapat mengawal
emosi
Orang yang cepat marah adalah orang yang tidak dapat mengawal emosi dan
membiarkan perasaan marah menguasai dirinya. Orang yang cepat marah mudah
diperbodoh-bodohkan atau dimain-mainkan oleh orang lain, iaitu dengan tidak
keruan dan tidak lagi berfikir panjang.
2. Kurang sabar
Hati yang kurang sabar selalu cepat saja melenting apabila berhadapan
dengan kata-kata atau tindakan-tindakan pihak lain mencabar kesabarannya. Oleh
itu, perlulah dilatih hati supaya lebih bersabar dan berfikir berulang-ulang
kali sebelum mengeluarkan kata-kata kesat bagi memuaskan hati yang sedang
marah.
Orang yang kurang sabar mengidap sesuatu penyakit yang kronik atau orang
yang kemahuan/kehendak yang tidak kesampaian juga boleh menyebabkan seseorang
itu cepat marah atau baran.
3. Ego, bangga diri, riak
dan merasa diri lebih hebat daripada orang lain
Orang yang cepat marah juga disebabkan oleh ego. Orang ini akan rasa
tercabar apabila dipersenda-sendakan. Ia akan rasa kalah dan tidak dihormati.
Orang yang mempunyai sifat-sifat ego, bangga diri dan riak merasa dirinya lebih
hebat daripada orang lain. Oleh itu, ia akan cepat marah sebab ia tidak mahu
dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati, merasa terhina apabila
terjumpa orang yang lebih hebat daripadanya. Marah sebegini biasanya wujud
dalam bentuk emosi tidak puas hati.
4. Berfikiran negatif
Orang yang berfikiran negatif ialah orang yang memandang buruk terhadap
sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa
jua perkara. Orang seperti ini cepat marah kerana dihatinya tidak wujud istilah
maaf. Ia tidak mahu memberi maaf dan malu untuk meminta maaf kerana merasa ia
saja yang betul, walaupun kadang-kadang dalam hati kecilnya mengaku akan kelemahan
diri, tapi disebabkan ego diri atau takut maruah tercabar, ia tiak akan minta
maaf walaupun berada di pihak yang salah.
5. Berdendam
Jika seseorang itu masih menyimpan perasaan dendam atau irihati kepada
seseorang lain, ia akan cepat naik darah atau marah walaupun hanya disebabkan
oleh kesilapan yang sedikit, yang pada mata kasar boleh dimaafkan saja.
Waallahuaklam
Posted in: Renungan
Monday, January 18, 2016
Gambar-Gambar Yang Memberi Motivasi
Gambar atau foto boleh menimbulkan
banyak erti bagi yang dapat menikmatinya, baik menunjukan suatu ekspresi dan
seni maupun memberi makna tersirat, berikut beberapa foto yang boleh dijadikan
motivasi hidup, yang memberikan nilai untuk tidak pernah menyerah atau putus
asa akan suatu keadaan dan dapat berfikir positif dalam menjalani kehidupan,
selamat menikmati dan merenungi. Semoga bermanfaat.
Rancang sebelum melaksana sesuatu, agar kita tidak
buntu untuk menyiapkannya.
Dalam hidup, kita harus dapat mencari kesukaan dari hanya memikir akan kesulitan.
Dalam hidup ini, setiap orang memerlukan sahabat, seperti di dalam gambar ini. Ketika kamu susah, maka aku akan menjadi penolong. Ketika aku susah, dia akan menjadi pnolong. Syukur kalau dapat sahabat sebegini.
Harus terima kenyataan, kamu tidak boleh puaskan hati semua orang.
Kadangkala hidup ini ringan atau
berat, bergantung dari jalan yang
kamu pilih.
Kadangkala, yang menghulurkan tangan belum tentu benar-benar ingin menolongmu.
Mungkin suatu hari, kamu merasa hari itu terberat buat
dirimu, tetapi mungkin boleh jadi ia adalah hari penghasilan terbesar buat dirimu.
Pantang menyerah,
jika dapat bertahan sedikit lagi pasti berhasil.
Tanpa tindakan, maka sikap malas akan tertanam dalam diri.
Tanpa impian, maka kejatuhan akan berakar dalam diri. Semakin lama, akarnya
semakin mendalam. Sampai suatu hari hendak berdiri pun sangat susah.
Untuk bekerjasama, kita harus melepaskan ego dan saling menghormati.
Baru lah kita sama-sama menikmati hasilnya.
Walaupun mempunyai banyak sumber, tidak penting kalau tak
tahu cara menggunakannya, dan
selamanya kamu tidak akan pernah merasa cukup.
Posted in: Motivasi
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.