Wednesday, July 24, 2013

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam

Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri juga mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Katanya pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di ibu negara, Rabu. Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan...

Monday, July 22, 2013

SURAT SIARAN KPM CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 33 Tahun 2012: Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2013 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4 (31) bertarikh 30 November 2012. Dalam surat berkenaan, KPM tidak menyelaraskan cuti peristiwa dan cuti berganti bagi Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2013 kerana hari raya tersebut berada dalam Cuti Pertengahan Penggal 2, Tahun 2013. Surat berkaitan boleh dilihat dan dimuat turun dengan mengklik surat berikut: Surat Siaran KementerianPendidikan Malaysia Bilangan...

Friday, July 19, 2013

Mampukah Kita Bersabar Dan Bersyukur?

Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya; “Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.” Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima...

Wednesday, July 17, 2013

Banggakah Dapat Membuat Fitnah Sesama Manusia?

Kedatangan bulan Ramadhan, aku disuakan dengan pertuduhan/fitnah oleh manusia berhati busuk. Apabila diminta bukti fitnah yang dilontarkan, mereka yang selidiki fitnah ini, berkata, "Tiada bukti, cuma menyelidik pertuduhan saja". Masyallah, entah apa agenda pereka fitnah ini, mereka tentunya bangga dengan fitnah yang dilemparkan. Aku percaya, pereka fitnah ini juga adalah Islam, yang bersolat dan berpuasa tentunya tapi mengapa fitnah tetap dilakukan? Aku ibaratkan manusia seperti ini adalah mereka yang sedang menjamu makan yang enak-enak ditempat pembuangan najis! Menjijikkan. Solat dan puasa mereka ini tidak memberi apa-apa...

Tuesday, July 9, 2013

Syarat Minimum SPM 7A Untuk Mohon Jadi Guru

Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini. Ketika ini, syarat asas...

Saturday, July 6, 2013

KENANGAN SRU3-NPQEL FASA 3

Alhamdulillah. Tahniah buat rakan-rakan yang telah berjaya menamatkan Kursus NPQEL Ambilan 1/2013 di IAB Cawangan Utara. Semoga segala dapatan kursus yang diperolehi dapat menambah pengetahuan dan dipraktikkan dalam menjana tugasan sebagai pemimpin sekolah. Buat semua pensyarah, terima kasih atas bimbingan dan ilmu yang dicurah. Video Gambar Kumpulan SRU3-NPQEL Fasa 3    Gambar-gambar kenangan Kursus NPQEL juga boleh dilayari melalui Ruangan GALERI. Terima kasih. ...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi