
PETALING
JAYA: Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diterima dan
diluluskan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata laporan tersebut seterusnya akan
dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat.
Beliau
mengumumkan demikian pada majlis jamuam malam sempena ulang tahun ke-21 dan
kempen rayuan derma tabung pembinaan bangunan Huazong, di sini.
Turut
hadir presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Duta Besar China ke Malaysia
Datuk Chai Xi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri di Jabatan
Perdana...

Klip
video di bawah memaparkan sikap bertanggungjawab si abang yang membantu adiknya
melintas parit kecil amat menyentuh perasaan.
Di
zaman ledakan ICT dan kesibukan
dengan laman sosial masing-masing, sedikit sebanyak membataskan pergaulan dan
kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kalangan manusia. Agak jarang
kedapatan ibu bapa yang mengajar nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Tiada
lagi tunduk hormat bila melintas di hadapan orang yang lebih tua, tiada lagi
rasa ingin membantu orang lain, tiada lagi rasa bersalah bila melihat sampah
dibuang merata-rata, dan banyak lagi nilai murni lain yang beransur hilang
dalam...

Merujuk
kepada laman Kementerian Pelajaran Malaysia, dimaklumkan kepada pelajar yang
ingin membuat Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah
Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian
Pelajaran Malaysia bermula 29 Januari 2013 (Selasa).
Semakan
boleh juga dibuat dengan mengklik link berikut: Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di SekolahBerasrama Penuh Tahun 2013
-
Kementerian Pelajaran Malaysi...

Merujuk
kepada laman SPPBS, dimaklumkan bahawa SPPBS akan dibuka untuk kemasukan
prestasi MURID TERCICIR 2012 dan Cetakan Pelaporan mulai 21 Januari 2013
sehingga 10 Februari 2013.
SPPBS
akan dibuka untuk kemasukan prestasi murid tahun 2013 setelah semua urusan
kemaskini APDM selesai (dijangka awal Mac 2013 tertakluk kepada perubahan).
-
Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Makluma...

SABAK
BERNAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 200,000
guru muda di seluruh negara mempunyai peranan untuk melonjakkan kualiti dan
melaksanakan transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru muda adalah sebahagian daripada
bilangan keseluruhan guru di negara ini yang akan terus berada dalam sistem
pendidikan negara bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Oleh
itu, katanya, menjadi amanah besar kepada mereka untuk memikul tugas penting
melonjakkan kualiti pendidikan dan transformasi pendidikan menerusi...

Sweden mengalami masalah kekurangan
sampah dan mula mengimport sampah dari negara jiran Norway. Jumlahnya sebanyak
800,000 tan setahun, dan ini sangat berlawanan di saat seluruh dunia mengalami
masalah melupuskan sampah yang bertimbun.
Orang sweden antara penghuni bumi yang
kurang membazir, puratanya mereka mengitar semula 96% sampah yang mereka buang.
dan baki sampah yang tinggal mereka melaksanakan program insinerator iaitu
sampah untuk tenaga yang mampu untuk membekalkan elektrik untuk beratus ribu
rumah. Oleh sebab itu masalah kekurangan sampah unik ini berlaku.
Berlainan di Malaysia, sebuah negara
agama rasminya Islam,...

Setiap
orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik waktu datang bersembahyang di
masjid sahaja. Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di
rumah Allah.
Jangan
lagi dilabelkan dia baik andai selalu naik haji dan buat umrah berulang kali. Tasbih
di tangan, wirid dan zikir tidak lekang kerana itu semuanya ibarat berladang,
baru sahaja menanam pokok tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat
dan baik hasilnya. Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang
memuaskan.
Orang
yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana? Bagaimana
sikapnya di dalam pergaulan...

Dalam
kembara menghadiri temuduga Kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara, saya bersama dua orang rakan iaitu Encik Suhaimi PKKO SK Pulau Redang dan Encik
Jaafar dari Unit Linus PPD K.Terengganu telah memulakan perjalanan bermula jam
8:00 pagi pada 22 Januari 2013.
Hentian
pertama untuk sarapan pagi adalah di kedai makan yang terletak dalam kawasan
masjid Hadhari Jertih Terengganu.
Masjid Hadhari Jertih Terengganu
Meneruskan
perjalanan, dan perhentian seterusnya di kedai makan kawasan Titiwangsa.
Pemandangan di Hentian Titiwangsa
Menuju
Jitra kedah dan bermalam...

...

MIRI:
Kementerian Pelajaran disaran menimbang kemungkinan memasukkan wang bantuan
RM100 secara terus ke dalam akaun pelajar atau ibu bapa mereka sebagai suatu
cara pengagihan yang lebih cepat dan sistematik.
Presiden
Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina mencadangkan agar pelajar
membuka akaun bank bagi membolehkan bantuan berkenaan disalurkan sebelum sesi
baru persekolahan bermula.
"Ini
akan memastikan pelajar dan ibu bapa menerima bantuan itu pada November atau
Disember untuk membolehkan mereka menggunakannya untuk membeli barangan
keperluan seperti pensil dan buku," katanya kepada Bernama di sini Selasa.
Ghani
berkata...

MELAKA:
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan dibentangkan kepada jemaah menteri
dalam satu sesi khas pada 30 Jan ini bagi tujuan kelulusan, kata Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelan itu kini 99.9 peratus siap dan
apabila dilaksanakan kelak akan melonjakkan taraf pendidikan di Malaysia
menjadi antara terbaik di dunia.
"Kita
nak tingkatkan kedudukan kita daripada apa yang ada sekarang ini kepada satu
pertiga yang terbaik di dunia tempoh 13 tahun. Ia suatu anjakan yang amat besar
dalam sistem pendidikan kita.
"Anjakan
besar yang akan melibatkan semua...

JOHOR
BAHARU: Kementerian Pelajaran hanya menerima enam permohonan dari pegawai
pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk melibatkan diri
dalam politik.
Timbalan
Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata permohonan kurang
memberangsangkan itu berkemungkinan disebabkan mereka bimbang dikenakan tindakan
sekiranya terlibat dengan aktiviti sedemikian.
"Mungkin
mereka (guru) takut dedahkan identiti sedangkan mereka tidak perlu ragu-ragu
kerana kerajaan tidak akan mengambil tindakan.
"Contohnya,
tiada tindakan diambil terhadap pelajar yang aktif berpolitik selepas pindaan
terhadap Akta Universiti dan Kolej...

BATU
PAHAT: Kementerian Pelajaran kini dalam peringkat akhir kajian untuk menjadikan
mata pelajaran tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan, kata Timbalan
Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau
berkata kerajaan sedar banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang enggan mendaftar
dengan kementerian kerana khuatir kurikulum mereka termasuk mata pelajaran
tahfiz disekat oleh kementerian.
"Sehubungan
itu kajian untuk menyelaras kuriukulum tahfiz sebagai mata pelajaran kebangsaan
telah dijalankan dan kini dalam peringkat akhir dan akan selesai tidak lama
lagi," katanya kepada pemberita Jumaat.
Beliau
menyampaikan bantuan khas awal...

Bermula menceburi bidang perguruan pada tahun 1989, saya
telah menghadiri pelbagai kursus untuk peningkatan kerjaya. Bermula dari
peringkat sijil, diploma dan ijazah telah saya lalui. Pada hari ini, Alhamdulillah
permohonan saya untuk mengikuti kursus NPQEL telah diterima pihak Institut
Aminuddin Baki (IAB) dan akan ditemuduga pada 23 Jan 2013 yang akan diadakan di
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Semoga saya dan kawan-kawan yang turut
sama dipanggil temuduga dapat melaluinya dengan cemerlang dan seterusnya
berjaya dalam temuduga tersebut.
Semakan kursus boleh dibuat mulai 8 Jan 2013 hingga 22 Jan
2013...

Peristiwa kesombongan iblis ini Allah
ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan
kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Adam.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan
dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana
keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia
membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam
a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah
keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi
seburuk-buruk rupa. Di sinilah...

Apabila
tiada fans kelab, pemain yang menyumbat gol, terpaksalah pemain itu sendiri
yang menjadi penonton dan memberi sokongan. Klip video dapat dilihat di bawah:
- YouTube
Anda minat barangan
berikut:
...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.