
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan. Kadar gaji minimum-maksimum dan kenaikan gaji tahunan DG41-DG54 Kadar gaji minimum-maksimum...

KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu. "Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang...

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Universiti Terbuka Malaysia (OUM) akan terus komited terhadap usaha membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui Institut Pembangunan Profesional (IPD), Sekolah Pembelajaran Sepanjang Hayatnya, kata naib canselornya Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali hari ini. Beliau berkata sejajar dengan matlamat itu, institut berkenaan menawarkan latihan berasaskan modul yang relevan dengan keperluan industri. Bermula dengan hanya empat program, kini institut itu menawarkan 57 program, 43 daripadanya mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," kata beliau pada majlis konvokesyen...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan CUEPACS bahawa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor pendidikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari. Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak seharusnya timbul terutama di kalangan guru kerana peruntukkan cuti bersalin 90 hari adalah hak mereka dan ketua jabatan tidak boleh sewenang-wenangnya menolak atau memotong tempoh cuti berkenaan. “Isu ini tidak seharusnya timbul kerana apabila guru memohon cuti, pihak sekolah selalunya akan menyediakan guru ganti bagi meneruskan...

PUTRAJAYA, 14 Mac (Bernama) -- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran. Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, pukul 9 pagi pada hari yang sama. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi. Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri. Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad...

KULAIJAYA, 10 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri). Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat," katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan...

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Khamis akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman. "Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu. Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai...

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A. Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus. Dalam pengumuman beliau pada satu perhimpunan...

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) merayu kerajaan agar terus melaksanakan skim perkhidmatan kenaikan gred Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kaedah tahun perkhidmatan yang membabitkan kira-kira 450,000 warga pendidik di seluruh negara. Presiden KPPK Hashim Adnan berkata ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012 pada Oktober lepas yang menjanjikan laluan kerjaya lebih baik kepada warga pendidik melalui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). "Kita harap pengumuman Perdana Menteri berhubung penambahbaikan SBPA...

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos. Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.