Saturday, February 25, 2012

KEPUTUSAN SBPA DIJANGKA 12 MAC DEPAN

MELAKA, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan. "Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan). "Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar...

Monday, February 20, 2012

CUEPACS - SBPA DIKEKALKAN PADA 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN

PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu. Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu. "Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu. "Ia juga...

Thursday, February 16, 2012

PENGISIAN DATA SPLG

Guru-guru yang telah mengikuti sebarang kursus boleh mengisi atau mengemaskini maklumat kursus yang dihadiri dengan mengakses laman SPLG. Sebagai panduan, guru boleh melihat laman tersebut di sini, dan bagi pengisian data, pilih MODUL INDIVIDU dengan mengklik ikon tersebut. Guru-guru juga boleh mengakses terus ke aplikasi SPLG bagi pengisian data melalui blog cgazmi.blogspot.com dengan mengklik butang SPLG yang terdapat di bahagian atas blog tersebut (sebagai panduan klik gambar untuk kelihatan lebih jelas). Harap maklum. ...

PERHIMPUNAN PPSMI

PETALING JAYA, 15 Feb (Bernama) -- Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu. Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS) Shamsudin Hamid berkata antara 5,000 dan 10,000 ibu bapa akan menghadiri perhimpunan "Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah. "Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan...

Saturday, February 11, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKU 2012

Sabtu, 11 Februari 2012 – Satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sek. Keb. Undang telah berjaya diadakan dengan penyertaan terdiri dari murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid Pra Sekolah. Gambar kejohanan tersebut boleh dilihat di sini (Klik) - Kejohanan Merentas Desa SKU 2012 !-- /* Font Definitions */ @font-face {font-family:Cambria; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:""; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt;...

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia"...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi