Monday, January 30, 2012

15 SEKOLAH LAGI KLUSTER KECEMERLANGAN

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Sebanyak 15 buah sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata ini merupakan fasa keenam, dan dalam lima fasa sebelum ini sebanyak 167 sekolah telah menerima pengiktirafan tersebut. "Semua sekolah yang telah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing," katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini Isnin....

Sunday, January 29, 2012

PENSYARAH KOREA BIMBANG TULISAN JAWI SEMAKIN DILUPAKAN

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa...

Wednesday, January 18, 2012

KAJI MASALAH PONTENG SEKOLAH

PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Universiti Malaya akan menjalankan kajian terperinci mengenai masalah ponteng sekolah, kata Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata isu ponteng sekolah masih menjadi penyumbang terbesar kepada masalah disiplin pelajar. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, di sini Wee berkata, kajian yang dijangka mengambil masa enam bulan itu akan berusaha mengenalpasti punca sebenar ponteng sekolah. Beliau berkata, jumlah murid...

Thursday, January 12, 2012

SBPA DITANGGUH, PM AKAN UMUM BUTIRAN

CYBERJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan. Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sambil berkata, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak. "Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut," katanya kepada media di sini hari ini. Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan keputusan kerajaan...

Wednesday, January 11, 2012

DILEMA PELAJAR TERENGGANU

GURU PRIHATINTerengganu Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini setelah saya dapati pemilihan pelajar-pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau ke sekolah-sekolah pilihan di Terengganu, termasuk sekolah-sekolah di bawah kerajaan negeri, seakan-akan dikuasai oleh kuasa-kuasa politik. Selaku guru sukan yang diarahkan oleh Guru Besar, saya diminta memastikan pelajar sentiasa aktif dalam bidang kokurikulum sama ada dalam sukan dan koakademik. Malah saya selalu menekankan kepada pelajar betapa pentingnya pencapaian kokurikulum sebagai satu tiket ke asrama penuh. Penekanan ini telah berjaya...

PROGRAM KHAS - TIDAK TAHU MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA

PUTRAJAYA, 10 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mengendalikan program khas kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengenal pasti latar belakang pelajar tersebut dan aliran sekolah yang telah mereka lalui bagi mencari penyelesaian terbaik. "Kita nak kenal pasti mereka ini datang dari sekolah mana, bandar atau luar bandar, sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Dari situ kita akan susun balik, mungkin sekolah-sekolah yang dikenal pasti, kalau perlu...

Tuesday, January 10, 2012

BAYARAN GAJI JAN 2012 PENJAWAT AWAM BERDASARKAN SSM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini. "Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012," katanya. Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA...

Thursday, January 5, 2012

PEMBANTU PENGAJAR BAHASA INGGERIS

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kumpulan terakhir seramai 50 orang pengajar bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA, Sepang petang Rabu untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di Terengganu, Johor dan Pahang. Mereka akan berada di Malaysia untuk memperkaya dan meningkatkan pengarahan bahasa Inggeris di sekolah menengah dengan menyediakan penceramah bahasa itu sebagai contoh siapa yang boleh menawarkan maklumat dan pemahaman dalam masyarakat dan budaya Amerika Syarikat. "ETA akan menyumbang dengan menganjurkan kelab dan aktivtiti kurikulum...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi