
KUALA LUMPUR: Satu usaha lebih serius perlu dirangka di negara ini bagi menggalakkan penyertaan graduan lepasan ijazah dalam bidang perguruan untuk menjadi pendidik kepada kanak-kanak sejak di peringkat prasekolah. Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Help, Dr Francis Lee, berkata ketika ini, hanya segelintir guru prasekolah mahupun sekolah rendah di Malaysia mempunyai kelulusan itu dan situasi terbabit agak membimbangkan berikutan ia dikhuatiri mengganggu perkembangan minda dan pembelajaran kanak-kanak. Menurutnya, penyaluran ilmu daripada graduan yang juga individu berpendidikan tinggi tidak sepatutnya...

DOA AKHIR TAHUN Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal terakhir Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah: Maksud Doa: Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari...

Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri. Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak peduli dengan kepentingan orang lain. Mereka melihat sumbangan orang lain hanya dengan sebelah mata dan dan mengambil tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu (egois). Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaah sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan pelbagai bentuk yang lain. Yang...

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kementerian Pelajaran menegaskan tidak timbul isu ketidakadilan dalam pelaksanaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) khasnya kepada sekolah luar bandar berbanding di bandar. Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi sebaliknya berkata, SAPS bukan bertujuan untuk menilai dan mengukur pencapaian sesebuah sekolah, sebaliknya ia berfungsi untuk mengesan kelemahan murid berkaitan pelajaran di sesebuah sekolah seawal yang mungkin. ‘‘SAPS merupakan sistem analisis data standard bagi semua sekolah tanpa mengira jenis dan lokasi sama ada dari segi pengoperasian, ketetapan gred markah dan data...

PUTRAJAYA 21 Nov. – Kementerian Pelajaran akan mengaplikasikan amalan-amalan baik yang dipraktiskan oleh sekolah-sekolah biasa sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keupayaan guru di sekolah terbabit memimpin pelajar sehingga mencapai keputusan cemerlang harus dimanfaatkan. ‘‘Kalau dapat kenal pasti amalan-amalan baik itu kita akan terapkan di semua sekolah supaya yang kurang baik dapat ditingkatkan jadi baik. ‘‘Ini kerana yang membezakan sekolah itu dengan sekolah lain...

LABUAN 19 Nov. - Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari pada Januari ini di empat negeri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut. Katanya, kementerian berasakan program tersebut tidak perlu diteruskan, tetapi segala kajian yang telah dibuat akan dilakukan penelitian secara lebih mendalam. “Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri...

Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlang KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon. EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan), berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan bersifat mempertikai integriti pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta warga pendidik di Terengganu. Beliau mempersoalkan jika benar dakwaan...

Pada hari Khamis 17 November 2011 baru-baru ini, SK Undang telah mengadakan suatu Majlis JasaMu DiKenang sempena persaraan En. Mokhtar bin Hj.Yusof iaitu Guru Besar SK Undang yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 November 2011, selamat bersara diucapkan. Semoga En. Mokhtar dan keluarga diberi ketenangan dan bahagia dalam menjalani kehidupan seterusnya..insya-Allah. Gambar-gambar majlis tersebut boleh dilihat dengan klik di sini: MAJLIS JASAMU DIKENANG ...

SK Undang telah dapat mengekali pencapaian UPSR pada tahun lepas di mana seramai 6 orang pelajar memperolehi keputusan 5A dengan jumlah calon seramai 55 orang. Murid-murid tersebut ialah: 1. Nurul Syairah bt. Noor Syamrizal Baharin 2. Sakinah bt. Mohd Yusof 3. Siti Aisyah Aqilah bt. Ibrahim 4. Ummi Raimi bt. ibrahim 5. Nurul Ain Syuhadah bt. Yahya 6. Nur Iliya Nabilah bt. Mazlan Untuk melihat keputusan penuh sila klik di sini: KEPUTUSAN PENUH UPSR SK UNDANG 2011...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menambah waktu pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) bagi mempertingkatkan kemampuan pelajar dalam mata pelajaran itu, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata, peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK ditambah dari 240 minit kepada 330 minit seminggu, manakala bagi SJK Cina dan Tamil ditambah dari 60 minit menjadi 120 minit seminggu. Menjawab soalan tambahan Datuk Ab Halim Ab Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) mengenai kaedah digunakan bagi memperkasakan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar sekolah...

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan. Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka. "Kita minta...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.