Monday, October 31, 2011

PPSMI: PAGE MINTA PM CAMPUR TANGAN

PUTRAJAYA: Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, campur tangan berhubung isu pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Karim, berkata kerajaan perlu menarik balik keputusan pemansuhan PPSMI kerana keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan PPSMI adalah satu dasar yang baik untuk pelajar luar bandar dan bandar. Beliau berkata, kajian dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menunjukkan 39 peratus pelajar dan 55 peratus ibu...

BAHAYA FITNAH DALAM HIDUP

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat. Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia. Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang...

Sunday, October 30, 2011

LEBIH 20,000 KHATAM AL-QURAN SERENTAK

Sebahagian daripada lebih 20,000 pelajar KAFA membaca ayat-ayat suci Al-Quran menggunakan e-Book pada majlis khatam beramai-ramai di Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU - Terengganu semalam mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (KAFA) negeri ini khatam Al-Quran. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, jumlah itu meningkat berbanding catatan tahun lepas seramai 16,929 orang. "Untuk majlis kali ini, kita mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records," katanya kepada pemberita selepas Majlis...

Friday, October 28, 2011

NAMA-NAMA ALLAH & KHASIATNYA - ar-Rahman

'ar-Rahman' memberi erti bahawa Allah memberi rahmat kepada seluruh makluk-Nya tanpa memilih kasih dengan tidak membezakan antara makluk berakal atau tidak, antara manusia yang baik atau yang jahat, yang beriman atau yang kafir....

Saturday, October 22, 2011

2,642 ORANG GURU UPSR TERENGGANU TERIMA LAPTOP

KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justru berbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamaddun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR...

Friday, October 21, 2011

NAMA-NAMA ALLAH & KHASIATNYA-ALLAH

'Allah' nama Tuhan Yang Maha Esa. Perkataan Allah ini mempunyai erti yang meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalam seluruh Nama-Nama Allah (Asmaul-Husna) iaitu Tuhan yang tunggal yang mempunyai segala sifat kesempurnaan dan kepimpinan yang Maha Besar lagi Maha Tinggi serta Maha Kuasa. Diantara Nama-Nama Allah yang berjumlah 99 atau lebih itu, 'Allah' inilah yang paling banyak tersebut di dalam Kitab Suci Al-Quran iaitu 2696 kali. ...

Thursday, October 20, 2011

KAMU SUKA KETAWA?

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya...

Wednesday, October 19, 2011

10 SEKOLAH LATIH PENIPU

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran. Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan. Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan...

Sunday, October 16, 2011

BANTUAN PELAJAR DIAGIH DISEMBER

TELUK KEMANG 15 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberitahu pemberian wang bantuan RM100 kepada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seperti diumumkan dalam Bajet 2012, akan disalurkan pada Disember ini. Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas kerajaan menimbangkan bantuan tersebut perlu diberikan kepada ibu bapa atau keluarga pelajar terbabit sebelum sesi persekolahan bermula. Untuk itu, katanya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kewangan akan berbincang mencari kaedah sesuai bagi memastikan peruntukan kira-kira RM500 juta itu sampai kepada golongan sasar. ''Pada mesyuarat Kabinet semalam saya memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal sebegini kita minta satu kelonggaran supaya wang bantuan ini...

SAINS, MATEMATIK KE BAHASA MELAYU LANGKAH TEPAT

SEREMBAN 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah tepat. Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini. "Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu. "Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil," katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGRM) di sini hari ini. Hadir sama Menteri...

Saturday, October 15, 2011

KENAIKAN GAJI GURU SETIMPAL BEBAN TUGAS: NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang. “Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan,...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi