Tokoh agama, cendekiawan yakin subjek mampu bentuk sistem hidup KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk pelajar beragama Islam dalam semua peperiksaan awam dan sijil pengajian tinggi bagi memperkukuh dan memartabatkan pendidikan Islam, sekali gus meletakkan Islam di arus perdana kehidupan. Cadangan itu dikemukakan tokoh agama dan akademik dalam kertas kerja dibentangkan pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali pertama yang berakhir, di sini semalam. Dalam kertas kerja mereka, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, Datuk Dr Ismail Ibrahim, Tan Sri Prof Dr Mohd Kamal Hassan, Prof Zakaria Stapa, Prof Dr Abdul Latif Samian dan Dr Abdul Halim Tamuri menyatakan Pendidikan Islam sepatutnya dapat membina...

SABTU, 24HB SEPT. 2011 - SK Undang, K.Terengganu (SKU) telah mengadakan aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform bermula pada 22 hingga 24 Sept. 2011 bertempat di padang SKU. Gambar aktiviti tersebut boleh dilihat dalam ruangan ALBUM SK UNDA...
Imbuhan Tawaran Baru ambil kira semua aspek bukan hanya peperiksaan KUALA LUMPUR: Sekolah yang terlalu taksub untuk mencatat prestasi dengan keputusan semua A dalam peperiksaan awam sehingga sanggup bertindak di luar batasan, ditegur kerana kecemerlangan institusi pendidikan bukan diukur dari segi pencapaian akademik saja. Sebaliknya, pengiktirafan itu termasuk pemberian ganjaran kepada pengetua, guru besar dan guru di bawah Tawaran Baru, mengambil kira penilaian menyeluruh yang turut meliputi aspek pencapaian kokurikulum dan pelajar serta keberhasilan pembangunan modal insan selaras Falsafah Pendidikan Negara. Berikutan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pengetua dan guru besar harus bersikap lebih terbuka dalam memahami hasrat kementerian berhubung...

RABU, 21HB SEPT.2011 - SK Undang, K.Terengganu (SKU) telah mengadakan Sambutan Hari Raya berserta Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Permulaan sambutan telah diadakan aktiviti perhimpunan di Dataran SKU bagi mendengar ucapan dan persembahan oleh murid-murid SKU seterusnya menjamu pelbagai jenis makanan dan kuih-muih. Gambar sambutan aktiviti tersebut boleh dilihat dalam ruangan ALBUM SK UNDANG....
KANGAR: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah rendah di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan pecah amanah. Farida Ariani Fadzil, 49, dituduh melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400 yang sepatutnya dibayar kepada 12 murid tahun satu pada 4 November 2008 di pejabat Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, guru yang tidak diwakili peguam itu tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...
Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu. Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu. Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis. Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam...
KETIKA Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri ada menyatakan pelajar sekolah pada hari ini perlu dielakkan daripada belajar secara menghafal atau rote learning. Golongan guru pula perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan melakukan penambahbaikan dalam tugas supaya pelajar tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini. Sebagai ahli akademik, saya amat bersetuju dengan saranan Datuk Seri Najib Razak dan saya melihat belajar secara menghafal mendatangkan banyak kesan negatif kepada pelajar. Belajar secara menghafal ini kebiasaannya sesuai dipraktikkan kepada kanak-kanak yang mindanya masih dalam proses perkembangan. Mereka menghafal tanpa memahami apa sebenar dihafalnya. Lazimnya, kanak-kanak...

HARI MALAYSIA disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malays...
NGO bimbang pengajar dari Amerika Syarikat bawa budaya BaratKUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pendidikan menyarankan Kementerian Pelajaran mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) lebih menarik bagi membolehkan murid memperoleh asas linguistik kukuh pada peringkat rendah. Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat (KGGMB), meminta penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan memanfaatkan makmal komputer supaya subjek berkenaan lebih menyeronokkan. Presidennya, Mohd Sabri Arsad, berkata langkah membawa masuk guru dari Amerika Syarikat (AS) bukan tindakan bijak kerana guru asing dikhuatiri membawa masuk budaya Barat yang bercanggah dengan cita rasa tempatan. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim...

* Klik doa untuk besarkan doa tersebut atau download di sini: Amalan Doa Menghadapi Peperiksaan. Usaha dan Tawak...

Peperiksaan UPSR akan menentukan kemana arah pelajar tersebut sebaik sahaja menamatkan sesi sekolah rendah pada tahun berikutnya, samada di sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh ataupun maktab rendah sains mara (MRSM). Prestasi pelajar akan dinilai melalui peperiksaan penting ini bagi membolehkan pelajar mendapat peluang belajar setanding kebolehan yang dimiliki.Di bawah ini dilampirkan Jadual Peperiksaan UPSR Bertulis 2011 bagi seluruh negara bermula 13 September 2011 hingga 15 September 2011: SELASA 13 September 2011 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu...

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Peperiksaan bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 akan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa ini.Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran, seramai 497,691 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. - BERNAMA...
SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.