Tuesday, June 21, 2011

BAYAR GURU LEBIH MASA

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya guru yang terpaksa bekerja lebih masa hingga lewat petang bagi melatih murid antaranya guru sukan, diberi insentif atau bayaran tambahan bagi menaikkan semangat guru seterusnya menghasilkan pelajar lebih cemerlang. Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya menyokong penuh sekiranya guru yang membuat kerja tambahan atau menjalankan pelbagai tugas termasuk mengajar lebih satu subjek diberi insentif bersesuaian dengan kerja keras mereka. Beliau berkata, sekiranya guru mendapat bayaran bagi kerja tambahan yang dilakukan, ia bukan saja lebih adil bagi mereka malah guru akan lebih berkobar-kobar untuk mengajar selain akan memastikan isu paksaan bekerja lebih masa di sekolah tidak lagi timbul....

Monday, June 13, 2011

EC MALAYSIA TAWAR LEBIH PELUANG PENDIDIKAN

Bangunan akademik di EC UK bercirikan era Victoria dan dihiasi lanskap menarik SEAWAL penulis menjejakkan kaki ke pekarangan Epsom College (EC), sekolah berasrama dan harian yang menempatkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun yang terletak di Epsom Downs, United Kingdom (UK), mata sudah terpukau dengan keindahan landskap dan keunikan bangunan bercirikan era Victoria yang terdapat dalam kawasan seluas 32 hektar itu. Sambil berjalan menuju ke bangunan utama untuk dibawa bertemu Pengarah Kemasukan dan Komunikasi EC, Paul Green, kelihatan beberapa pelajar bergerak pantas menuju ke lokasi tujuan masing-masing...

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi