KUALA LUMPUR: Lebih ramai guru lelaki diperlukan bagi menjalankan tugas sebagai guru disiplin, memudahkan penghantaran ke sekolah pedalaman dan sesuai dengan hasrat menjadikan sukan elemen penting mulai tahun depan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, berkata disebabkan faktor itu pihaknya akan mengambil lebih ramai guru lelaki, malah berusaha untuk memastikan pengambilannya seimbang, dengan masing-masing 50 peratus di antara guru lelaki dan perempuan.Menurutnya, sehingga April 2010, nisbah guru lelaki dan perempuan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta bantuan kerajaan di seluruh negara ialah pada kadar 1:2.“Sebab itu antara faktor kita mahu seimbangkan guru wanita dan lelaki, kerana guru lelaki ini kita dapat tumpukan mereka untuk menjalankan tugas...
HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta satu lagi makmal diwujudkan untuk menilai kedudukan dan tahap pencapaian setiap guru supaya proses kenaikan pangkat dapat dibuat secara lebih telus. Menurutnya, penilaian terperinci mengenai masalah guru termasuk isu kenaikan gaji dapat dilakukan melalui makmal khusus itu.“Saya minta satu lagi makmal diwujudkan bagi menilai kedudukan dan tahap pencapaian setiap guru untuk memastikan supaya proses kenaikan pangkat dapat dibuat lebih telus.“Jangan ada terlepas pandang, hanya kerana mereka jauh di pedalaman, seolah-olah mereka tidak diambil kira.“Saya rasa ada sesetengah guru berasa begitu, seolah-olah tidak diberikan perhatian dan disebabkan itu, kita hendak memastikan supaya ada satu sistem lebih telus,...

KUALA LUMPUR, 1 April 2010: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan aduan NUTP, selain tugas mengajar, ada guru terpaksa...
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.