Monday, April 20, 2015
Sistem Digital, Guru Terseksa?
Baru-baru
ini, heboh orang ramai bercakap mengenai tahap pencapaian pelajar Malaysia yang
didakwa masih terkebelakang berbanding negara lain.
Tetapi
kualiti pendidikan dijangka lebih terjejas pada masa depan jika tinjauan
mengenai tekanan guru yang dilakukan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) diambil kira.
Setiausaha
Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, tinjauan terbaharu NUTP yang dibuat tahun
lalu menunjukkan tekanan dihadapi guru di Malaysia semakin meningkat sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya disebabkan pengenalan pelbagai
program pendidikan baharu serta penggunaan sistem elektronik (e-sistem) untuk
merekodkan segala aktiviti di sekolah.
Menurutnya,
keadaan fizikal dan mental guru yang ‘letih’ akibat beban tugas tambahan ini
menyebabkan mereka tidak mampu menyampaikan pendidikan berkualiti kepada
pelajar.
“NUTP
tahun lalu ada minta guru senaraikan beban tugas mereka. Memang tugas masukkan
data secara online ini antara yang paling menimbulkan tekanan hebat. E-sistem
ini menyebabkan guru menderita,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama
Sinar Harian, baru-baru ini.
Menurutnya,
guru terpaksa membazirkan masa berjam-jam sehari untuk mengisi maklumat pelajar
dalam pelbagai sistem elektronik berbeza yang diperkenalkan kementerian di
bawah program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sejak 2011.
"E-sistem
ini ada berpuluh jenis, (jabatan pendidikan) negeri ada, persekutuan ada,
Kementerian Pendidikan ada. Sedangkan data sama (contohnya e-kehadiran, e-salah
laku, e-disiplin) yang sudah dimasukkan dalam sistem A, perlu dimasukkan sekali
lagi dalam sistem B.
“Disebabkan
ini, ada guru yang akhirnya memilih untuk bersara awal kerana tak lagi rasa
seronok untuk mengajar seperti dahulu kerana terlalu terbeban dengan tugas
memasukkan data ke dalam e-sistem,” katanya.
Menurutnya,
ada aduan diterima mengenai e-sistem tidak dapat diakses pada waktu puncak
sehingga menyebabkan guru terpaksa habiskan masa sehingga jam 2 atau 3 pagi
hanya untuk memasukkan data.
“Guru
manusia, bukan mesin. Kalau masukkan data sampai jam 3 atau 4 pagi, datang
sekolah dalam keadaan mengantuk, macam mana dia nak fokus pada pelajar.
Akhirnya kesan kepada pelajar, menjejaskan kualiti pendidikan,” katanya.
Yim
Pheng berkata, antara penyelesaian masalah ini adalah melantik pembantu guru,
iaitu cadangan NUTP yang sudah diluluskan pada 2013 oleh Kementerian Pendidikan
namun belum dilaksanakan.
Satu
e-sistem tunggal dan berpusat perlu diwujudkan supaya guru tidak perlu berulang
kali memasukkan data sama dalam sistem berbeza.
Jangan ‘Humban’ Semua Program
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), katanya, juga menyebabkan
terlalu banyak program baharu diperkenalkan di sekolah dalam masa singkat,
menyebabkan tekanan guru bertambah kerana mereka tidak dapat menguasai sesuatu
program secukupnya sebelum diarahkan beralih ke program lain.
“Sepatutnya
beri jarak masa yang sesuai supaya guru dapat sesuaikan diri dengan sesuatu
program dan berehat secukupnya sebelum beralih ke program seterusnya,” katanya.
Beliau
berkata, walaupun diakui guru tertekan, dasar baharu di bawah PPPM adalah baik
untuk pelajar pada masa akan datang kerana menekankan kemahiran berfikir
belajar.
Bilangan
pelajar juga terlalu ramai menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas.
“Satu
kelas ada sampai 40 hingga 50 murid. Di bawah PBS, seorang guru perlu beri
perhatian secara individu kepada pelajar. Itu yang menyebabkan guru tertekan
kerana tidak cukup masa,” katanya sambil menambah jumlah pelajar yang
sewajarnya di bawah PBS adalah 20 hingga 20 orang dalam satu kelas.
Beliau
juga berkata, guru perlu menghadiri terlalu banyak mesyuarat sehingga
menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kelas.
Katanya,
isu itu pernah dibangkitkan dalam laporan NUTP bertajuk ‘Pandangan dan Syor
NUTP: Beban Guru’ pada 2005 yang mengkaji tekanan dalam kalangan guru berkaitan
beban kerja tambahan.
Yim
Pheng berkata, susulan penerbitan laporan itu, Kementerian Pendidikan
menubuhkan jawatankuasa menangani beban kerja guru dan sejak itu, lebih 10
mesyuarat diadakan untuk membincangkan kaedah dan penyelesaian sesuai.
Walaupun
terdapat perubahan di peringkat awal laporan itu diterbitkan 10 tahun lalu,
semuanya kembali kepada asal kini apabila rungutan diterima daripada guru yang
terpaksa hadiri terlalu banyak mesyuarat.
Menurutnya,
isu ini boleh diselesaikan jika pengetua atau guru besar sekolah mampu
menyelesaikan masalah dengan cekap tanpa memerlukan guru meninggalkan kelas
untuk menghadiri mesyuarat.
“Kalau
dapat agihkan tugas sama rata kepada semua guru dan kendalikan sekolah secara
lebih profesional serta ada strategi, saya rasa kita dapat kurangkan terlalu
kerap sangat mesyuarat. Sekarang s ada e-mel, WhatsApp, banyak perkara boleh
dapat maklum balas dan bincang (tanpa mesyuarat),” katanya.
Beri Cikgu Rehat Secukupnya
Katanya,
tanggapan lapuk guru hanya bekerja separuh hari tidak tepat kerana kajian
dibuat NUTP menunjukkan guru bagi sekolah sesi pagi yang hadir ke sekolah pada
jam 7 pagi hanya pulang paling awal jam 2 petang malah, ada yang perlu bertugas
pada waktu petang atau malam untuk program tambahan atau mesyuarat.
“Pada
waktu mereka tidak ada kelas, mereka gunakan masa itu untuk tanda buku, buat
persediaan mata pelajaran seterusnya, masukkan data dalam e-sistem. Sekarang kita ada terima aduan ada
sekolah yang ingin memasukkan kelas tambahan dalam jadual tetap guru. Jadi bila
guru nak rehat?,” katanya.
Katanya,
guru juga kurang rehat apabila perlu ke sekolah pada Sabtu dan Ahad serta cuti
umum disebabkan pelbagai aktiviti luar, program tambahan dan mesyuarat.
Selain
itu katanya, kajian NUTP mendapati sesetengah guru terutama guru muda mempunyai
masalah keyakinan diri semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, tidak
tahu berkomunikasi dengan ibu bapa serta tiada kemahiran menyelesaikan masalah
pelajar di dalam kelas.
“Itu
yang kadang-kala timbul isu guru pukul pelajar sampai cedera. Ini semua
disebabkan tekanan. Jadi kita cadangkan Kementerian Pendidikan buat kursus
psikologi untuk ajar guru imbangi emosi semasa mereka tertekan,” katanya.
Selain
itu, dasar pendidikan yang kerap berubah punca tekanan guru meningkat, termasuk
sistem PBS yang diperkenalkan empat tahun lalu.
Ada
sekolah balik kepada budaya peperiksaan apabila diberi kelonggaran adakan ujian
bawah PBS.
“Kita
cadang kepada kementerian, sekolah mesti hanya ada peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun. Ibu bapa mesti ada keyakinan terhadap sekolah. Jangan bila tiada
ujian, ibu bapa kata anak tak belajar. Itu masih terikat mentaliti peperiksaan,”
katanya.
Katanya,
apa yang guru mahukan adalah masa mencukupi dengan anak murid supaya mereka
dapat mengembangkan potensi pelajar dan melahirkan modal insan yang baik.
“Saya
nampak Timbalan Perdana Menteri (yang juga Menteri Pendidikan) Tan Sri
Muhyiddin Yassin cukup prihatin terhadap beban kerja guru. Tetapi belum ada
penyelesaian,” katanya.
Tuesday, March 24, 2015
Anjakan Minda Pemimpin Pendidikan Abad Ke-21
Pemimpin pendidikan terutama di sekolah
seperti pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua panatia dan ketua bidang di
zaman transformasi ini perlu membuat anjakan minda (mindset shift) untuk bukan
sahaja kejayaan transformasi organisasi yang dipimpin, malahan kejayaan
individu dan sistem pendidikan seluruhnya.
Sekurang-kurangnya lapan aspek yang
berkaitan dengan cara berfikir dan bertindak kumpulan pemimpin dan pengurus
pendidikan tersebut perlu diubah selaras dengan perubahan gaya kepimpinan dan
pengurusan global di luar bidang pendidikan. Zaman di mana ketua bersikap
seolah-olah dia sahaja yang tahu dan betul, orang lain tidak tahu, sentiasa
salah dan mesti mengikut kehendaknya telah berlalu dan tidak relevan lagi. Berikut
disarankan lapan perkara atau cara berfikir dan bertindak yang perlu diubah
oleh pemimpin dan pengurus pendidikan abad ke-21.
1. Daripada Berfokus Masalah Kepada Berfokus Penyelesaian - Sebagai pemimpin sememangnya kita
sering menghadapi banyak masalah dan cabaran. Sikap yang diserlahkan seorang
pemimpin melalui cara berfikir dan bertindak apabila menghadapi masalah
berbeza-beza mengikut dan sekaligus menggambarkan kekuatan daya kepimpinannya.
Pemimpin yang lemah apabila menghadapi masalah dan cabaran, fikiran dan
tindakannya berlegar sekitar mencari apa dan siapa yang menjadi punca masalah,
mengapa masalah timbul dan menyesali keadaan atau tindakan orang lain yang
menyebabkan masalah timbul tanpa cuba memahami isu sebenar dan cara mengatasi
atau menyelesaikan masalah.
Pemimpin yang berjaya dan berkesan
seringkali tidak menganggap isu atau masalah yang dihadapi terutama dari
sesuatu perubahan sebagai masalah, sebaliknya sebagai peluang baginya belajar
menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berbeza dari kebiasaan. Pemimpin
seperti ini tumpuan pemikiran dan tindakannya adalah mencari jalan penyelesaian
sama ada secara individu atau jemaah bersama rakan dalam organisasi
pimpinannya. Dia akan mencari peluang mempengaruhi sesiapa sahaja yang
dipimpinnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Pelbagai cara digunakan
yang matlamatnya ialah menyelesaikan masalah tanpa bising menyalahkan orang
lain yang didakwa menyebabkan masalah tersebut.
2. Daripada Menetapkan Matlamat Kepada Orang Lain Kepada Menjajarkan
Matlamat Bersama - Sememangnya setiap pemimpin perlu ada maltamat (goal)
untuk diri dan organisasinya. Dia perlu tahu ke mana hala tuju kehidupan dan
pekerjaannya dan organisasi yang dipimpinnya. Namun untuk mencapai matlamat
diri dan organisasi, dia tidak sepatutnya menyuruh (dictate) orang lain berbuat
sesuatu mengikut kehendaknya semata-mata tanpa memikirkan kesukaran atau
masalah yang dihadapi orang yang disuruh.
Ada kalanya matlamat organisasi telah
ditetapkan dengan perancangan yang baik oleh pemimpin sebelumnya atau pihak
atasan yang lebih tinggi daripadanya. Tidak perlu sebenarnya untuk dia
menetapkan matlamat organisasi yang baru melainkan dia hanya perlu membuat
penjajaran (alignment) kepada pelaksanaan perancangan untuk mencapai matlamat
yang dikongsi bersama anggota
dalam organisasi.
Dalam merancang matlamat organisasi,
pemimpin abad ke-21 tidak membuatnya secara bersendirian atau sentiasa mengikut
kehendaknya semata-mata. Pandangan dan buah fikiran orang ramai termasuk pakar
dalam bidang berkenaan perlu diambil kira. Apabila percanggahan atau perbezaan
pendapat berlaku, penjajaran dalam bentuk kata sepakat perlu diperoleh.
3. Daripada Memberi Nasihat kepada Menimbulkan Kesedaran - Pemimpin
alaf baru tidak menganggap dirinya serba tahu sehingga dia mendakwa hanya layak
memberi nasihat dan tidak layak untuk menerima nasihat apatah lagi tunjuk ajar.
Sebanyak mana kita belajar, seluas mana pengalaman kita dan sejauh mana kita
telah lalui liku-liku hidup pasti ada lagi perkara yang tidak kita ketahui.
Kadang-kadang kita menyangka kita tahu dan mengambil tindakan yang betul
tentang sesuatu perkara namun kerap kali sangkaan kita meleset kerana apa yang
kita ketahui selalunya terbatas kepada konteks, masa, maklumat dan situasi
tertentu sahaja.
Oleh itu, untuk mengajak dan
mempengaruhi orang lain mencapai matlamat organisasi yang kita pimpin, lebih
baik kita menimbulkan kesedaran mereka tentang pentingnya kita memikir,
merancang dan mengambil tindakan yang strategik secara bersama untuk proses
pembetulan dan penambahbaikan kepada dasar dan strategi sedia ada. Banyak cara
boleh diteroka untuk menimbulkan kesedaran warga organisasi yang bukan dalam
bentuk nasihat. Antaranya, coaching dan mentoring, pembelajaran dan pembangunan
(learning and development) dan pembangunan profesional berterusan
(continuous professional
development atau CPD). Kesemua kaedah tersebut boleh mendatangkan kesedaran
kendiri warga organiisasi tanpa perlu terlalu memberi nasihat berulang-ulang
yang boleh membosankan.
4. Daripada Tahu Semua Hal kepada Rasa Ingin Tahu - Sebagai ketua,
perbanyakkan menyoal daripada menjawab. Soalan atau permintaan juga boleh
dijawab atau direspons dengan soalan. Sebagai contoh, soalan permintaan “Tuan,
bolehkah saya bercuti esok?” boleh
dijawab “Mengapa anda hendak bercuti?”. Banyak lagi contoh soalan yang boleh
dijawab dengan soalan.
Menjawab soalan dengan jawapan atau
memberi jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan menggambarkan orang yang
yang disoal atau dikemukakan masalah atau diminta pendapat, tahu semua hal.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, zaman seseorang mendakwa serba tahu
telah berakhir. Satu perkara kita tahu, puluhan perkara malahan mungkin ribuan
lagi yang kita tidak tahu walaupun dalam perkara yang sama.
Oleh itu, sebagai pemimpin mahupun
pengikut adalah lebih baik kita timbulkan rasa ingin tahu dengan lebih lanjut
sebelum membuat keputusan tentang sesuatu walaupun mungkin kita telah tahu
konsekuennya.
5. Daripada Mengarah dan Mendesak kepada Mempengaruhi - Pemimpin
yang hanya pandai mengarah, mengerah, memerah dan memarah akan berakhir dengan
pengikut mengatakan porah kepadanya. Gambaran ini sesuai bagi seorang pemimpin
yang mengarah dan mendesak dalam gaya kepimpinannya. Pemimpin sedemikian,
terutama di sekolah dikuatiri boleh menjejaskan keberkesanan sekokah yang
sekaligus kemenjadian murid kerana guru dan staf yang boleh bertindak negatif
ekoran tindakan yang pasti tidak disukai.
Pemimpin sekolah sedemikian seringkali
dikaitkan dengan pemimpin yang lemah, kurang berhemah dan seperti tidak pernah
mengikuti latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan sebelum atau sepanjang
perkhidmatannya. Pemimpin yang pernah mengikuti kursus kepimpinan dan
pengurusan pendidikan seperti National Professional Qualification for Educational
Leadership (NPQEL) atau lain-lain kursus anjuran Institut Aminudin Baki (IAB)
pasti tahu bahawa definisi memimpin ialah usaha mempengaruhi orang lain dalam
lingkungan kepimpinannya untuk mencapai matlamat organisasi.
Maksud mempengaruhi ialah mengajak, memujuk,
memupuk dan menanamkan rasa suka untuk bekerja bersamanya bagi mencapai hasrat
atau visi organisasi dengan bahasa dan kaedah yang baik. Selain mempengaruhi,
memimpin juga membawa konotasi membuat perubahan (change) dari kurang baik
kepada lebih baik. Dalam
pendidikan, Dato’ Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
menyarankan bahawa istilah memimpin itu sendiri bermaksud mendidik atau
sebaliknya mendidik itu adalah memimpin. Hal ini bermaksud mendidik ialah
proses mempengaruhi orang lain iaitu murid dan orang-orang di sekitarnya untuk mencapai objektif
pembelajaran supaya perubahan berlaku kepada diri murid itu, sekolah dan sistem
pendidikan negara.
6. Daripada Mengkritik atau Menghukum kepada Menghargai atau Memuji - Kritikan
dan hukuman oleh pemimpin ke atas pengikut tidak dinafikan boleh membawa
kebaikan kepada organisasi. Namun apabila selalu digunakan oleh pemimpin kepada
pengikutnya boleh menyebabkan pengikut demotivated. Kritikan selalunya
digunakan pemimpin ke atas pengikut yang rendah mutu kerja dan hasilnya.
Hukuman pula ialah natijah yang diterima pengikut apabila kerja dan hasil
kerjanya tidak mencapai jangkaan ketua atau organisasi. Kritikan juga merupakan
hukuman. Malahan kadang-kadang hukuman berbentuk kritikan lebih berat kesannya
daripada bentuk yang lain.
Oleh kerana kritikan dan hukuman selalu
dikaitkan dengan kesan yang negatif, ramai yang tidak suka sama ada orang yang
menerima kritikan dan hukuman atau orang lain di sekelilingnya atau pakar
pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Mereka lebih cenderung
untuk menerima penghargaan, pengiktirafan atau pujian. Sememangnya, tiada siapa
yang gemar kepada kelemahan, kekurangan dan kesilapan. Namun selain melakukan
ksilapan, seseorang itu pasti banyak juga melakukan kebaikan kepada organisasi.
Adalah lebih baik kita perbanyakkan menghargai, mengiktiraf dan memuji kerja
atau hasil kerja seseorang terutama orang bawahan kita apabila membuat kerja
dengan baik daripada mengkritik atau menghukum kesilapan kecil yang selalunya
tidak disengaja.
Orang yang sering dihargai dan dipuji
akan besar jiwanya. Sebaliknya orang yang sering dikritik dan dihukum kecil
jiwa dan harga dirinya. Orang yang besar jiwa dan harga dirinya juga akan
menghasilkan mutu kerja yang tinggi dan besar keuntungan yang diperoleh
organisasi. Oleh itu sebarkan penghargaan dan pujian. Kesilapan kecil lupakan
dan maafkan sahaja.
7. Daripada Mengurus kepada Mengupaya - Mengurus ialah
proses mengekalkan (maintain) kecekapan dan keberkesanan organisasi. Untuk
mengekal kecekapan dan keberkesanan organisasi ketua perlu aktif merancang, mengorganisasi,
mengawal dan memimpin kumpulannya dengan pelbagai cara dan gaya pengurusan.
Selalunya pihak yang menerima kesan daripada gaya dan cara pengurusan seseorang
ketua ialah pengikut. Ketua yang mengurus selalunya aktif sedangkan pengikut
pasif menerima arahan ketua tanpa atau kurang diberi pengupayaan
(empowerment)..
Kepimpinan abad ke-21 adalah kepimpinan
yang mengutamakan pengupayaan daipada pengurusan. Pemimpin yang mengupayakan
pengikutnya adalah pemimpin yang memberi kepercayaan untuk msmbuat perubahan
tanpa perlu terlalu disuruh dan diawasi. Dia cukup memberi garis panduan dan
motivasi kepada pengikut untuk bekerja bersungguh untuk mencapai matlamat
organisasi. Namun mengikut Ibrahim Bajunid, pengupayaan perlu didahului dengan
pembolehdayaan (enablement) melalui kursus dan latihan.
8. Daripada Menyediakan Penyelesaian kepada Meneroka Kemungkinan - Walaupun
pemimpin abad ke-21 memberi tumpuan atau fokus kepada penyelesaian masalah,
namun dia tidak cenderung untuk menawarkan apatah lagi menyediakan jawapan atau
penyelesaian kepada masalah. Sebaliknya dia lebih cenderung untuk meneroka
kemungkinan untuk mencari jalan bagi bukan sahaja mengatasi atau menyelesaikan masalah
malahan mendapat keuntungan yang lebih besar.
Pemimpin seperti ini selalu dikaitkan
dengan pemimpin yang kreatif dan inovatif serta berani mencuba dan mengambil
risiko. Mereka selalunya berfikiran terbuka dan berlapang dada terhadap sesuatu
yang baharu. Berbekalkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman serta
bantuan tenaga muda, yang lebih kreatif, kritis dan inovatif, pemimpin seperti
ini mampu msmbawa perubahan besar kepada organisasi.
- drjamiladimin
Posted in: PendidikanSunday, February 8, 2015
Kepimpinan Untuk Pembelajaran
Apabila
dikaji secara mendalam, konsep kepimpinan, lebih-lebih lagi dalam pendidikan,
adalah sama dengan konsep pengajaran. Mengapa guru mengajar? Jawapannya
tentulah untuk membantu murid belajar. Kata sendi ’untuk’ di atas bermaksud
tujuan (purpose) iaitu tujuan pengajaran adalah membantu atau memudahcara
(facilitate) murid belajar. Oleh itu, secara mudah bolehlah kita katakan bahawa
pengajaran (teaching) adalah untuk pembelajaran. Hal ini bermaksud, guru yang
baik pengajarannya (guru berkesan) mampu menghasilkan pembelajaran murid yang
berkesan juga. Pengajaran dan pembelajaran berkesan mampu mengubah (transform)
bukan sahaja individu yang terlibat dengan proses pendidikan itu, malahan
organisasi pendidikan dan sistem pendidikan keseluruhannya.
Jika
pengajaran mampu mempengaruhi perubahan diri dan orang lain secara individu
atau kumpulan, pengajaran bolehlah disama ertikan sebagai kepimpinan kerana
kepimpinan juga bermaksud tindakan mempengaruhi diri dan orang lain untuk berubah.
Tepat sekali Kamras dan Kopp (2010) yang menganggap pengajaran sebagai
kepimpinan (teaching as leadership). Hal ini selaras dengan MacBeth (2002) yang
menyatakan ”Leadership, teaching and learning are integrally connected”. Dengan
premis ’pengajaran adalah untuk pembelajaran’ dan ’pengajaran sebagai/adalah
kepimpinan’ maka logiknya ialah ’kepimpinan adalah untuk pembelajaran’. Oleh
itu, frasa kepimpinan untuk pembelajaran secara mudah bermaksud kepimpinan
boleh membantu atau boleh bertujuan untuk membantu proses pembelajaran. Dalam
konteks sekolah, kepimpinan untuk pembelajaran membawa maksud menyediakan
pemimpin masa hadapan melalui proses pembelajaran, sama ada pembelajaran guru
atau pembelajaran murid. Mereka dipimpin untuk memimpin.
Bagi
The Cambridge Network seperti dilaporkan oleh MacBeth (2002) kepemimpinan untuk
pembelajaran adalah model kepimpinan yang menggalakkan sifat-sifat berikut:
1. Independent of mind,
inter-dependent, critical and informed
2. Persistent in its
questioning of received wisdom
3. Demonstrating through
its actions a persistent commitment to equality
Hal
ini menggambarkan bahawa dalam kepimpinan untuk pembelajaran, pemimpin itu
mempunyai pemikiran yang bebas, saling bergantung antara satu sama lain,
kritikal dan sentiasa bermaklumat. Dia juga secara berterusan menyoal
perkara-perkara penting dengan soalan tahap tinggi dengan tujuan untuk
mempelajari kebijaksanaan (wisdom). Dia juga sentiasa mempamerkan
tindakan-tindakan yang menggambarkan komitmen tinggi untuk memastikan kesamaan
dalam pendidikan.
Dilaporkan
juga oleh John MacBeth bahawa Hong Kong’s Education Commission Report (2000)
telah mengusulkan tiga perubahan utama peranan guru kelas iaitu:
1. Daripada seorang yang
menyampaikan ilmu kepada seorang yang memberi inspirasi kepada murid untuk
membina dan membangun ilmu dengan kefahaman mendalam,
2. Daripada seorang yang
melaksanakan kurikulum kepada seorang yang terlibat dalam pembangunan kurikulum
berasaskan sekolah,
3. Daripada seorang yang
melaksanakan dasar semata-mata kepada seorang yang memimpin dan menyumbang
kepada perubahan.
Hal
ini menggambarkan kepimpinan untuk pembelajaran sebagai kepimpinan yang akan
membawa perubahan bukan sahaja kepada diri pemimpin itu sendiri, malahan
organisasi, pengikut, murid dan seluruh warga yang dipimpin sebagai suatu
sistem.
-
drjamiladimin
Posted in: PendidikanTuesday, January 27, 2015
Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK 2015
Urusan
Kenaikan Pangkat Secara Timed-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) calon yang berkelayakan Tahun 2015.
Muat turun
pekeliling: Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK 2015
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
Posted in: Perkhidmatan GuruTuesday, January 20, 2015
Teachers: Quality or Quantity?
Are teachers competent in the subjects they are teaching?
THIS
news about the small percentage of school teachers from Sarawak – allegedly
only 50 out of the 500 earmarked to teach in the state this year – has become a
political issue. For the parents (and grandparents!) of the 460,000 pupils now
beginning their studies, the quality of teachers is more important than the
statistics.
The
parents are worried about the quality of teachers that their children are
getting. For example, if the subject is English, are the teachers good at the
language, able to improve the standard of English as a whole? For that matter,
in any other subject?
How
the teachers fit in or adapt to the circumstances they are placed in reflects
the type of teachers they are – dedicated or just for a job to do.
Modern
teachers are not expected to behave like saints or angels. The days of ideal
teachers like the early Christian missionaries are over. There is no ideal
teacher like JK Wilson of Budu fame anywhere now. I was under a few teachers
from Kerala who taught the subjects that they were good at. Kerala was a
communist-run state in India and yet teachers from there did not impart any ‘-
ism’ to our school.
According
to the Sarawak Teachers’ Union, there are several reasons why teachers from the
peninsula would not teach in the state for long. Among them: those engaged to
be married or if already married, one spouse is miles away from the other.
Contrast
that with the behaviour of the locals; they
stay
teaching much longer even until retirement. Their problem is the factor of home
town; they prefer to teach in a school in their own home town. Imagine a
situation: while the wife is teaching in Lio Mato, the husband is farming in
Bau. Or a husband is teaching in Ba Kelalan and the wife in Sematan. They put
up with it!
These
are natural human problems. A smart government would think of ways and means to
accommodate these human needs. That teacher engaged to be married soon should
be allowed to get married first before posting him or her to Sarawak. Better
still, look for someone else in Sarawak who is better prepared to work in the
Land of the Hornbills. Forget about recruiting a teacher with such problems.
That policy of integrating and uniting people through the medium of teaching is
not for him or her. There are other tools or dimensions of integration and
unity – political, economic, socio-cultural, to mention a few. The education
authorities would save a lot of trouble by concentrating on the local resources.
Continue to train young men and women from Sarawak, and recruit them if they
are good for teaching purposes.
The
news – about only 50 out of 500 teachers being from Sarawak – is being disputed
by some quarters. The number doesn’t matter; what matters is the quality of the
teachers. That one about to get married is out for the time being. That spouse
longing for the company of the other is also out.
Concentrate
on those who are dedicated, ready and willing to teach the subjects they are
trained for, not of religions nor of political ideologies other than the Rukun
Negara.
It
is impossible to produce an ideal teacher. So we have to make do with what we
have.
Surely
it is not impossible to post a married couple of teachers to the same school,
and to provide them with decent living quarters so they can rear their family
together!
Unfortunately,
we are not living in an ideal world. There are a lot of imponderables and
uncertainties in the way.
Click
- READ MORE HERE
-
The Borneo Post
Posted in: PendidikanTuesday, January 13, 2015
500 Guru Bantu Pulihkan Psikologi Murid Mangsa Banjir Di Terengganu
Bantuan
untuk murid sekolah yang menjadi mangsa banjir tidak hanya setakat pemberian
pakaian dan peralatan sekolah, malah mereka turut diberi bimbingan kaunseling
untuk mengurangkan tekanan dan trauma disebabkan bencana itu.
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata sebanyak 500
sukarelawan terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling telah memberi
bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling kepada murid yang menjadi mangsa
banjir untuk mengurangkan kesedihan mereka.
"Pasukan
ini telah pun bergerak di semua daerah yang dilanda banjir dengan mengadakan
aktiviti pengurusan emosi di pusat pemindahan banjir, malah pasukan sama juga
membantu mangsa banjir di Tumpat, Kelantan pada 3 Jan lalu.
"Program
prihatin kaunseling perdana pasca banjir pula akan diadakan secara serentak
pada Khamis ini melibatkan 500 guru kaunseling dan 5,000 murid terlibat banjir
di 60 buah sekolah seluruh Terengganu," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan barang
persekolahan kepada 5,000 mangsa banjir oleh Kumpulan Perbankan RHB di sini
Selasa.
Turut
hadir Pengurus RHB Bank Wilayah Timur, Shaharuddin Ming dan Ketua Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNT, Ngah Bidin.
Zakaria
berkata melalui program perdana itu, aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi
kaunseling perkongsian musibah banjir oleh murid, permainan kecil dan pelan
tindakan pengurusan diri pasca banjir.
"Seorang
guru kaunseling akan membimbing 10 orang murid dan sumbangan kelengkapan
sekolah iaitu beg dan alat tulis oleh Kumpulan Perbankan RHB akan diberi kepada
mereka selepas program itu selesai.
"Diharap
kaunseling ini akan meningkatkan semula keyakinan mangsa banjir untuk terus
bersemangat dan ceria meneruskan pembelajaran mereka," katanya.
-
BERNAMA
Posted in: SekolahThursday, January 1, 2015
Monday, December 29, 2014
Sesi Persekolahan 2015 Di Seluruh Negara Ditangguh Seminggu
Kementerian
Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di
seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri
di Semenanjung sekarang.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata
dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad),
manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
"Penangguhan
itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan.
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI
PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
(klik pada gambar untuk kelihatan lebih besar)
"Keadaan
guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan
perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan
mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin
berkata sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah
sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.
Sebelum
ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
"Sebagai
Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang
bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti
dijadualkan," katanya.
Beliau
turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali
pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan
kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.
Setakat
pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722
orang.
-
BERNAMA
P/S:
Klik tajuk di bawah untuk melihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM
> KENYATAAN MEDIA YAB MENTERIPENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHANTAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Posted in: Kementerian Pendidikan MalaysiaSaturday, December 20, 2014
Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2015
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan
memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 untuk kakitangan
awam.
Bagi
penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang
kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka.
Tarikh
pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
Keratan Jadual Gaji 2015 Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jadual
Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji boleh dimuat turun di sini: Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2015.
-
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Posted in: Jabatan Akauntan NegaraFriday, December 19, 2014
Wednesday, December 17, 2014
Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah
Bagi
membantu pihak pentadbiran sekolah rendah, berikut dimuat naik Templet
Pengiraan NKRA Sekolah Rendah yang boleh diubah suai mengikut tahun dan nama
sekolah masing-masing.
Contoh Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah Yang Boleh Diubah Suai
Templet
tersebut adalah dalam bentuk Microsoft excel (xls/xlsx) boleh dimuat turun
dengan klik tajuk berikut: Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah atau boleh juga dimuat turun melalui pautan
diruangan MATERIALS yang terdapat di dalam blog saya.
Posted in: PendidikanSunday, December 7, 2014
Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu (TrEMS)
Terengganu
Education Monitoring System (TrEMS) atau Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri
Terengganu merupakan satu sistem perekodan pemantauan berpusat secara atas
talian yang dibangunkan berdasarkan kepada MS ISO Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) 2010 bagi menggantikan sistem pemantauan manual yang sedia ada.
TrEMS
dapat membantu pihak pengurusan mengurus dengan lebih efektif di mana ianya
dapat memaparkan maklumat pemantauan dengan lebih pantas dan berkesan,
memastikan semua guru yang mengajar dicerap oleh pengurusan sekolah,
mengelakkan pertindihan sekolah dan pemantauan berulang. Di samping menjimatkan
masa dalam proses carian rekod, ia juga dapat menjana laporan-laporan berkaitan
pemantauan dengan lebih bersistematik.
Menghadiri Taklimat Literasi Digital: Sistem Pemantauan
Pendidikan
Negeri Terengganu (TrEMS) bersama Guru Besar sekolah-sekolah
Kuala
Terengganu di SMK Seri Nilam ; 7 Disember 2014.
Sistem
tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut (Sila Klik): Sistem Pemantauan Pendidikan NegeriTerengganu (TrEMS) atau boleh juga layari melalui pautan diruangan ONLINE
LINK di dalam blog saya.
Muat
turun Manual pengguna:
Posted in: Jabatan Pendidikan TerengganuThursday, December 4, 2014
China Teachers For Govt Schools
CHINA
has given its commitment to provide teachers and experts in Mandarin and
Mathematics for national schools in Malaysia.
Deputy
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said with the help from China, Malaysia
could expedite its plan to encourage more students to master a third language
and Mathematics starting next year.
“We
need about 30,000 Mandarin teachers as we need three of them in each of our
10,000 national schools.
“This
matter was raised at the Umno general assembly recently,” he said here last
night.
At
present, he said, Mandarin was being offered as a subject in 600 national
schools nationwide.
Muhyiddin,
who yesterday paid a courtesy call on Chinese Vice-Premier Zhang Gaoli at the
Great Hall of the People before attending a dinner hosted by the latter, also
held a bilateral meeting with China’s Education Minister Yuan Guiren.
Muhyiddin,
who is also education minister, said China had advanced teaching techniques for
Mathematics and had already sent its experts to teach students in the United
Kingdom.
At
the same time, he said, Malaysia would help China in expanding the learning and
teaching of Bahasa Melayu.
-
NST
Posted in: PendidikanMonday, December 1, 2014
Kisah Sedih Disebalik Keputusan UPSR
Mari
kita sama-sama membaca kisah ini, Bacalah walaupun panjang kerana cerita ini
pasti menyentuh hati anda. Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat buat
anak-anak yang akan mengambil UPSR ditahun yang mendatang;
Ayub
bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah
dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.
Ayub
mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah
di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.
Ayahnya
bekerja kampung sahaja; sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub
membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan
berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.
Allah
mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya
dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan
bantuan sedaya yang mampu.
Hati
saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung
tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan
semua buku dan alatan tulis.
Masih
ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di
atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )
Lawatan
sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar
sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya
dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam
hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.
Ayub;
saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘pengikut – follower’, tidak
tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.
Sepanjang
tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di
telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab
saya.
“Ayub,
ingatlah , emak ayah bukan orang senang”
“Ayub,
kurangkan main”
“Ayub,
kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub,
tengok ayah, kesiankan kerja susah”
“Ayub,
dirikan solat”
Ayub
hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke
dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik
satu motor beramai-ramai. Kadangkala Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu
sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati
saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub.
Kelmarin,
selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu
saya akan ‘banjir’ dengan air mata. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang
berdiri berdebar.
“Bahasa
Melayu Pemahaman A. Bahasa Melayu Penulisan A”
Saya
lihat riak mukanya lagi.
”Matematik
A dan, Sains A”
Saya
lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat
dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.
Ketika
mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba.
Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia
gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.
Saya
menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya
selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten
belajar.
Saya
membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu.
Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang
hampir hilang semuanya.
Saya
terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya
terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis
selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak
disangkanya sendiri.
Masyaallah.
Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada
misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.
Akhirnya,
hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya,
apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang
dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari
jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.
Allah.
Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang
hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang
yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.
Hidup
saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi
Allah. Untuk tuhanku.
Tahniah
Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.
-
Facebook
Posted in: Renungan
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.





















