Tuesday, January 27, 2015
Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK 2015
Urusan
Kenaikan Pangkat Secara Timed-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) calon yang berkelayakan Tahun 2015.
Muat turun
pekeliling: Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK 2015
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tuesday, January 20, 2015
Teachers: Quality or Quantity?
Are teachers competent in the subjects they are teaching?
THIS
news about the small percentage of school teachers from Sarawak – allegedly
only 50 out of the 500 earmarked to teach in the state this year – has become a
political issue. For the parents (and grandparents!) of the 460,000 pupils now
beginning their studies, the quality of teachers is more important than the
statistics.
The
parents are worried about the quality of teachers that their children are
getting. For example, if the subject is English, are the teachers good at the
language, able to improve the standard of English as a whole? For that matter,
in any other subject?
How
the teachers fit in or adapt to the circumstances they are placed in reflects
the type of teachers they are – dedicated or just for a job to do.
Modern
teachers are not expected to behave like saints or angels. The days of ideal
teachers like the early Christian missionaries are over. There is no ideal
teacher like JK Wilson of Budu fame anywhere now. I was under a few teachers
from Kerala who taught the subjects that they were good at. Kerala was a
communist-run state in India and yet teachers from there did not impart any ‘-
ism’ to our school.
According
to the Sarawak Teachers’ Union, there are several reasons why teachers from the
peninsula would not teach in the state for long. Among them: those engaged to
be married or if already married, one spouse is miles away from the other.
Contrast
that with the behaviour of the locals; they
stay
teaching much longer even until retirement. Their problem is the factor of home
town; they prefer to teach in a school in their own home town. Imagine a
situation: while the wife is teaching in Lio Mato, the husband is farming in
Bau. Or a husband is teaching in Ba Kelalan and the wife in Sematan. They put
up with it!
These
are natural human problems. A smart government would think of ways and means to
accommodate these human needs. That teacher engaged to be married soon should
be allowed to get married first before posting him or her to Sarawak. Better
still, look for someone else in Sarawak who is better prepared to work in the
Land of the Hornbills. Forget about recruiting a teacher with such problems.
That policy of integrating and uniting people through the medium of teaching is
not for him or her. There are other tools or dimensions of integration and
unity – political, economic, socio-cultural, to mention a few. The education
authorities would save a lot of trouble by concentrating on the local resources.
Continue to train young men and women from Sarawak, and recruit them if they
are good for teaching purposes.
The
news – about only 50 out of 500 teachers being from Sarawak – is being disputed
by some quarters. The number doesn’t matter; what matters is the quality of the
teachers. That one about to get married is out for the time being. That spouse
longing for the company of the other is also out.
Concentrate
on those who are dedicated, ready and willing to teach the subjects they are
trained for, not of religions nor of political ideologies other than the Rukun
Negara.
It
is impossible to produce an ideal teacher. So we have to make do with what we
have.
Surely
it is not impossible to post a married couple of teachers to the same school,
and to provide them with decent living quarters so they can rear their family
together!
Unfortunately,
we are not living in an ideal world. There are a lot of imponderables and
uncertainties in the way.
Click
- READ MORE HERE
-
The Borneo Post
Posted in: PendidikanTuesday, January 13, 2015
500 Guru Bantu Pulihkan Psikologi Murid Mangsa Banjir Di Terengganu
Bantuan
untuk murid sekolah yang menjadi mangsa banjir tidak hanya setakat pemberian
pakaian dan peralatan sekolah, malah mereka turut diberi bimbingan kaunseling
untuk mengurangkan tekanan dan trauma disebabkan bencana itu.
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata sebanyak 500
sukarelawan terdiri daripada guru bimbingan dan kaunseling telah memberi
bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling kepada murid yang menjadi mangsa
banjir untuk mengurangkan kesedihan mereka.
"Pasukan
ini telah pun bergerak di semua daerah yang dilanda banjir dengan mengadakan
aktiviti pengurusan emosi di pusat pemindahan banjir, malah pasukan sama juga
membantu mangsa banjir di Tumpat, Kelantan pada 3 Jan lalu.
"Program
prihatin kaunseling perdana pasca banjir pula akan diadakan secara serentak
pada Khamis ini melibatkan 500 guru kaunseling dan 5,000 murid terlibat banjir
di 60 buah sekolah seluruh Terengganu," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan barang
persekolahan kepada 5,000 mangsa banjir oleh Kumpulan Perbankan RHB di sini
Selasa.
Turut
hadir Pengurus RHB Bank Wilayah Timur, Shaharuddin Ming dan Ketua Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNT, Ngah Bidin.
Zakaria
berkata melalui program perdana itu, aktiviti yang akan dijalankan ialah sesi
kaunseling perkongsian musibah banjir oleh murid, permainan kecil dan pelan
tindakan pengurusan diri pasca banjir.
"Seorang
guru kaunseling akan membimbing 10 orang murid dan sumbangan kelengkapan
sekolah iaitu beg dan alat tulis oleh Kumpulan Perbankan RHB akan diberi kepada
mereka selepas program itu selesai.
"Diharap
kaunseling ini akan meningkatkan semula keyakinan mangsa banjir untuk terus
bersemangat dan ceria meneruskan pembelajaran mereka," katanya.
-
BERNAMA
Posted in: SekolahThursday, January 1, 2015
Monday, December 29, 2014
Sesi Persekolahan 2015 Di Seluruh Negara Ditangguh Seminggu
Kementerian
Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di
seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri
di Semenanjung sekarang.
Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata
dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan
bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad),
manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
"Penangguhan
itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan.
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI
PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
(klik pada gambar untuk kelihatan lebih besar)
"Keadaan
guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan
perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan
mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin
berkata sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah
sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.
Sebelum
ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor
dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
"Sebagai
Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang
bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti
dijadualkan," katanya.
Beliau
turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali
pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan
kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.
Setakat
pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722
orang.
-
BERNAMA
P/S:
Klik tajuk di bawah untuk melihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM
> KENYATAAN MEDIA YAB MENTERIPENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHANTAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Posted in: Kementerian Pendidikan MalaysiaSaturday, December 20, 2014
Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2015
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan
memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 untuk kakitangan
awam.
Bagi
penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang
kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka.
Tarikh
pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:
Keratan Jadual Gaji 2015 Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Jadual
Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji boleh dimuat turun di sini: Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2015.
-
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Posted in: Jabatan Akauntan NegaraFriday, December 19, 2014
Wednesday, December 17, 2014
Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah
Bagi
membantu pihak pentadbiran sekolah rendah, berikut dimuat naik Templet
Pengiraan NKRA Sekolah Rendah yang boleh diubah suai mengikut tahun dan nama
sekolah masing-masing.
Contoh Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah Yang Boleh Diubah Suai
Templet
tersebut adalah dalam bentuk Microsoft excel (xls/xlsx) boleh dimuat turun
dengan klik tajuk berikut: Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah atau boleh juga dimuat turun melalui pautan
diruangan MATERIALS yang terdapat di dalam blog saya.
Posted in: PendidikanSunday, December 7, 2014
Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu (TrEMS)
Terengganu
Education Monitoring System (TrEMS) atau Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri
Terengganu merupakan satu sistem perekodan pemantauan berpusat secara atas
talian yang dibangunkan berdasarkan kepada MS ISO Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) 2010 bagi menggantikan sistem pemantauan manual yang sedia ada.
TrEMS
dapat membantu pihak pengurusan mengurus dengan lebih efektif di mana ianya
dapat memaparkan maklumat pemantauan dengan lebih pantas dan berkesan,
memastikan semua guru yang mengajar dicerap oleh pengurusan sekolah,
mengelakkan pertindihan sekolah dan pemantauan berulang. Di samping menjimatkan
masa dalam proses carian rekod, ia juga dapat menjana laporan-laporan berkaitan
pemantauan dengan lebih bersistematik.
Menghadiri Taklimat Literasi Digital: Sistem Pemantauan
Pendidikan
Negeri Terengganu (TrEMS) bersama Guru Besar sekolah-sekolah
Kuala
Terengganu di SMK Seri Nilam ; 7 Disember 2014.
Sistem
tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut (Sila Klik): Sistem Pemantauan Pendidikan NegeriTerengganu (TrEMS) atau boleh juga layari melalui pautan diruangan ONLINE
LINK di dalam blog saya.
Muat
turun Manual pengguna:
Posted in: Jabatan Pendidikan TerengganuThursday, December 4, 2014
China Teachers For Govt Schools
CHINA
has given its commitment to provide teachers and experts in Mandarin and
Mathematics for national schools in Malaysia.
Deputy
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said with the help from China, Malaysia
could expedite its plan to encourage more students to master a third language
and Mathematics starting next year.
“We
need about 30,000 Mandarin teachers as we need three of them in each of our
10,000 national schools.
“This
matter was raised at the Umno general assembly recently,” he said here last
night.
At
present, he said, Mandarin was being offered as a subject in 600 national
schools nationwide.
Muhyiddin,
who yesterday paid a courtesy call on Chinese Vice-Premier Zhang Gaoli at the
Great Hall of the People before attending a dinner hosted by the latter, also
held a bilateral meeting with China’s Education Minister Yuan Guiren.
Muhyiddin,
who is also education minister, said China had advanced teaching techniques for
Mathematics and had already sent its experts to teach students in the United
Kingdom.
At
the same time, he said, Malaysia would help China in expanding the learning and
teaching of Bahasa Melayu.
-
NST
Posted in: PendidikanMonday, December 1, 2014
Kisah Sedih Disebalik Keputusan UPSR
Mari
kita sama-sama membaca kisah ini, Bacalah walaupun panjang kerana cerita ini
pasti menyentuh hati anda. Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat buat
anak-anak yang akan mengambil UPSR ditahun yang mendatang;
Ayub
bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah
dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.
Ayub
mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah
di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.
Ayahnya
bekerja kampung sahaja; sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub
membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan
berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.
Allah
mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya
dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan
bantuan sedaya yang mampu.
Hati
saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung
tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan
semua buku dan alatan tulis.
Masih
ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di
atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )
Lawatan
sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar
sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya
dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam
hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.
Ayub;
saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘pengikut – follower’, tidak
tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.
Sepanjang
tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di
telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab
saya.
“Ayub,
ingatlah , emak ayah bukan orang senang”
“Ayub,
kurangkan main”
“Ayub,
kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub,
tengok ayah, kesiankan kerja susah”
“Ayub,
dirikan solat”
Ayub
hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke
dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik
satu motor beramai-ramai. Kadangkala Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu
sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati
saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub.
Kelmarin,
selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu
saya akan ‘banjir’ dengan air mata. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang
berdiri berdebar.
“Bahasa
Melayu Pemahaman A. Bahasa Melayu Penulisan A”
Saya
lihat riak mukanya lagi.
”Matematik
A dan, Sains A”
Saya
lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat
dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.
Ketika
mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba.
Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia
gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.
Saya
menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya
selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten
belajar.
Saya
membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu.
Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang
hampir hilang semuanya.
Saya
terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya
terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis
selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak
disangkanya sendiri.
Masyaallah.
Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada
misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.
Akhirnya,
hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya,
apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang
dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari
jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.
Allah.
Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang
hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang
yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.
Hidup
saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi
Allah. Untuk tuhanku.
Tahniah
Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.
-
Facebook
Posted in: RenunganThursday, November 27, 2014
Sediakan Komputer Riba Lengkap Perisian
Kementerian
Pendidikan perlu menyediakan komputer riba yang lengkap dengan perisian setiap
mata pelajaran kepada kesemua murid dan pelajar di seluruh negara sebelum
melaksanakan Buku Teks Digital Interaktif Pintar pada 2016.
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata,
penyediaan kesemua kemudahan tersebut perlu dilakukan dalam tempoh setahun
supaya gelombang kedua transformasi buku teks berjalan lancar.
Katanya,
kementerian juga disaran menyemak semula senarai sekolah yang mempunyai
kemudahan internet berkelajuan tinggi 4G memandangkan banyak kawasan di luar
bandar masih tertinggal.
“NUTP
menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan pendidikan negara ke tahap
yang lebih baik seiring dengan negara-negara maju lain, namun masih banyak
perkara perlu diteliti sebelum inovasi itu dilaksanakan.
“Contoh
paling mudah, sekiranya kita ingin menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada
seseorang, kita perlu memastikan kemudahan jalan raya turut disediakan supaya
pihak berkenaan dapat menikmati kemudahan tersebut,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas mengenai langkah Kementerian Pendidikan yang bakal melancarkan buku
teks digital bermula 2016 hingga 2025 sebagai kesinambungan daripada
pelaksanaan gelombang pertama transformasi buku teks.
Tambah
Hashim, pihaknya juga berharap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang juga Menteri Pendidikan dapat meneliti semula kenyataan Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang akan memberi
Netbook 1Malaysia kepada semua warga pendidik di seluruh negara.
Katanya,
pengumuman Ahmad Shabery itu dibuat sempena Hari Guru lalu, bagaimanapun
difahamkan masih ramai guru belum menerima kemudahan tersebut sehingga kini.
Sementara
itu, Ketua Moderator Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia (KiTM), Mohd. Nor
Izzat Mohd. Johari berkata, kementerian perlu memastikan saiz pangkalan data
buku teks digital mampu menampung jumlah penggunaan supaya kelemahan yang
berlaku dalam sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (SPPBS) tidak
berulang.
Katanya,
kelemahan SPPBS sebelum ini menyebabkan ramai guru merungut kerana mereka gagal
menyiapkan tugas tepat pada masanya, malah terpaksa memasukkan data pelajar
pada lewat malam kerana sistem tersebut tidak boleh dilayari walaupun selepas
waktu pejabat.
“Kejadian
tersebut adalah memalukan kerana usaha membangunkan pendidikan secara
menyeluruh dan holistik gagal akibat kelemahan capaian internet.
“Selain
itu, kerajaan juga perlu memastikan komputer riba yang bakal digunakan dalam
sistem buku teks digital mempunyai spesifikasi lengkap tidak seperti pemberian
Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan,” katanya.
-
Utusan
Posted in: PendidikanWednesday, November 26, 2014
Pencapaian UPSR 2014 Menurun
Pencapaian
keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak
0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013. GPN pada tahun 2013 ialah
2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan
pencapaian calon yang lebih baik.
Ketua
Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan
analisis keputusan UPSR di kementerian itu di PUTRAJAYA hari ini, berkata calon
yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304
orang. Jumlah itu ialah 7.89 peratus daripada 460,407 calon yang menduduki
peperiksaan. Pencapaian itu juga menurun sebanyak 1.26 peratus berbanding 2013
yang mencatatkan 42,646 calon mendapat keputusan cemerlang semua gred A,
katanya.
Di
SARAWAK, sebanyak 1,862 calon
berjaya mencapai keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki
mereka, menurun 0.08, peratus berbanding 1,916 orang pada tahun lepas. Pengarah
Pendidikan Negeri Serina Sauni berkata jumlah sekolah mencatat pencapaian 100
peratus kelulusan bagaimanapun meningkat kepada 116 buah sekolah berbanding 84
buah sekolah tahun lepas.
Di
TERENGGANU, Ketua Sektor Penilaian
dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Mohammed Embong
berkata pencapaian GPN negeri meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14
berbanding 2.20 pada tahun 2013, dan jumlah ini mengatasi pencapaian peringkat
nasional sebanyak 2.29.
Bagaimanapun
jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran
menurun sebanyak 1.90 peratus atau 476 calon berbanding tahun lepas.
Tahun
ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10 peratus yang berjaya
memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas, katanya
semasa
mengumumkan analisis keputusan UPSR negeri itu di Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu di Kuala Terengganu.
"Berdasarkan
analisis yang dibuat, faktor utama penurunan pencapaian calon mendapat semua A
adalah disebabkan oleh pencapaian mata pelajaran Sains yang 1,286 orang atau
55.70 peratus murid gagal mendapat A, bermakna mereka memperoleh 4A 1B,"
katanya.
Sementara
itu sebanyak 49 daripada 377 sekolah di negeri itu berjaya memperoleh peratus
semua A, dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu merupakan
sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.23,
katanya.
"Bagaimanapun,
pencapaian keputusan UPSR pada tahun ini adalah terbaik dalam tempoh 14 tahun
dari segi pencapaian Baik (minimum C bagi semua mata pelajaran) dan menunjukkan
peningkatan dari segi pencapaian Gred Purata (GP)," katanya,
Di
KELANTAN, pencapaian keputusan UPSR
mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mendapat GPN sebanyak 2.16 mata. Timbalan
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata pencapaian
GPN negeri itu menyamai pencapaian tahun lepas.
Sebanyak
3,600 calon negeri atau 11.15 peratus daripada 31,987 calon yang menduduki UPSR
tahun ini, memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil, katanya pada
majlis pengumuman keputusan UPSR negeri itu di Kota Bharu.
Di
PERAK, sebanyak 2,847 atau 7.6
peratus daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR lulus cemerlang dengan
memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. Pengarah Pendidikan Negeri Mohd
Idris Ramli berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu
bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49 peratus tahun lepas.
Di
NEGERI SEMBILAN, sebanyak 1,833 atau
10.5 peratus daripada 17,510 calon yang menduduki UPSR 2014 mencapai keputusan
penuh 5A atau 7A. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pkharuddin Ghazali
berkata dalam penguasaan semua A, jurang perbezaan antara bandar dan luar
bandar berkurangan daripada 4.4 peratus kepada 3.5 peratus.
Di
SABAH, pencapaian pelajar yang
mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR meningkat 0.14 peratus iaitu sebanyak
1,231 daripada 44,427 calon. Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip
memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa dari segi GPN juga pencapaian
calon UPSR Sabah meningkat dengan
mencatat 2.71, berbanding 2.76 tahun lalu, dan adalah yang terbaik berbanding
pencapaian dalam tempoh lima tahun.
Sementara
itu, di JOHOR, jumlah pelajar yang
mendapat semua A menurun 1.12 peratus berbanding tahun lepas dengan 4,811
pelajar catat keputusan cemerlang.
-
Bernama
Posted in: UPSRThursday, November 20, 2014
Keputusan UPSR 2014 Pada 26 Nov
Keputusan
peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 akan dikeluarkan pada
26 Nov.
Menurut
kenyataan Lembaga Peperiksaan pada Rabu, calon boleh mendapatkan keputusan
mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
Selain
itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR 2014 melalui mySMS
15888 dengan perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi hari yang
sama dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 2 Dis.
Sejumlah
473,175 calon menduduki UPSR di 8,299 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-
BERNAMA
Posted in: UPSRTuesday, November 18, 2014
Guru Lewat Ke Sekolah, Kesilapan Libatkan Integriti
Kehadiran
lewat ke sekolah secara berterusan hampir setiap hari walaupun hanya satu atau
dua minit adalah antara kesilapan melibatkan integriti dalam kalangan warga
sekolah termasuk guru, kata anggota Exco Perak Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri itu
berkata dalam persekitaran pendidikan, terdapat sebilangan warga sekolah yang
masih tidak mengendahkan isu integriti.
Beliau
berkata banyak contoh kesilapan kecil yang dilakukan itu, kemudian mendatangkan
masalah kepada guru atau penjawat awam berkenaan.
"Kes
seperti lewat masuk ke kelas, guru masuk kelas tetapi pembelajaran dan
pengajaran tidak berlaku, tidak memeriksa buku latihan murid, tidak menulis
Buku Rekod Mengajar dan sebagainya masih berlaku.
"Kes-kes
ini sebenarnya termasuk dalam tafsiran ketiadaan integriti yang boleh mendorong
seseorang itu melakukan salah laku yang lebih besar selepas itu," katanya
ketika merasmikan Hari Integriti Jabatan Pendidikan (JPN) Perak di sini hari
ini.
Muhammad
Amin berkata integriti penting dalam membina jati diri insan sebagai komponen
kekuatan sesebuah negara bangsa.
"Semua
agama, kerajaan, masyarakat, jabatan serta perniagaan melihat integriti sebagai
elemen yang sangat penting untuk dipelihara kerana ketiadaan integriti akan
menyebabkan negara menjadi huru hara, perniagaan menjadi bankrap dan masyarakat
akan hilang norma kemanusiaan," katanya.
Posted in: Perkhidmatan Guru
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.






















