Monday, November 3, 2014
13 Sekolah Diiktiraf SBT Kohort 5
MUHYIDDIN
Yassin menyampaikan watikah pengiktirafan dan replika cek kepada guru besar SK
Air Merah, Indon Osman dan wakil pelajar, Aida Fathini Abdul Jalil pada Majlis
Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohart 5 di Audiotorium Bahagian
Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengiktirafan 13 buah
sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 5.
Beliau
yang juga Menteri Pendidikan membuat pengumuman itu pada Majlis Pengiktirafan
SBT Kohort 5 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.
Sekolah-sekolah
berkenaan adalah:
1.
Sekolah Kebangsaan (SK) Air Merah, Kedah
2.
SK Seri Wakaf Baharu, Kelantan
3.
SK Kubang Kerian 3, Kelantan
4.
Sekolah Menengah (SM) Sains Rembau, Negeri Sembilan
5.
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet, Pahang
6.
SK St. Thomas, Pahang
7.
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Pahang
8.
SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
9.
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang
10.
SK Lingga Baru, Sabah
11.
SK Saujana Impian, Selangor
12.
SK Kampong Raja, Terengganu
13.
SK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya.
Tuesday, October 28, 2014
Pelajar Gagal Bertutur BM
Peranan
sekolah tertentu yang sebahagian besar pelajarnya terdiri daripada pelajar Cina
dan India yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik akan dikaji
semula, kata Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau
berkata, ia susulan kajian Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, ramai kalangan pelajar bukan Melayu
tidak boleh bertutur bahasa Melayu walaupun lulus peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Beliau
berkata, pihaknya akan bertemu Penyelidik Utama ATMA, Datuk Profesor Dr Teo Kok
Seong dalam masa terdekat untuk meneliti kajiannya yang membabitkan pelatih
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 itu.
“Kami
akan ambil maklumat sebenar dan perlu melihatnya secara menyeluruh termasuk di
mana dan kenapa ia berlaku.
“Jadi,
satu kajian berhubung peranan sekolah pelajar berkenaan akan dibuat selepas
melengkapkan maklumat berkaitan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan
Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat Sektor Pendidikan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam.
Turut
hadir, Setiausaha Kementerian Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad
dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
ATMA
mendedahkan hasil kajian yang dilakukan terhadap 14,000 pelatih di 79 kem PLKN
di seluruh negara pada 2010 mendapati 604 pelatih bukan Melayu langsung tidak
boleh berbahasa Melayu.
Sementara
itu, mengulas perbezaan standard pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Idris berkata,
perkara itu juga diambil serius dan pihaknya akan menanganinya menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
-
hmetro
Posted in: PendidikanWednesday, October 15, 2014
Perincian Takwim Persekolahan 2015
Klik
Gambar Untuk Kelihatan Lebih Besar
Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Persekolahan Sesi 2015 dengan
perincian persekolahan mengikut penggal seperti mana berikut:
PERINCIAN PERSEKOLAHAN
MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
PERINCIAN PERSEKOLAHAN
MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri
Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan & Putrajaya
Muat turun: Takwim Persekolahan 2015
Posted in: Kementerian Pendidikan MalaysiaSunday, October 12, 2014
TVET Bakal Jadi Pendidikan Arus Perdana
Penekanan
terhadap Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TVET) dalam Bajet 2015
adalah isyarat awal bahawa bidang latihan kemahiran akan menjadi pendidikan
arus perdana di negara ini.
Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata sudah tiba masanya untuk
memberi tumpuan terhadap pembangunan latihan kemahiran kepada generasi muda
setaraf dengan tumpuan terhadap akademik.
"Ini
satu peralihan di mana pendidikan vokasional akan diarusperdanakan, kita akan
lihat kolej vokasional, sekolah vokasional, kolej komuniti, politeknik dan
pusat latihan dinaik taraf dan diperbesarkan dan diberi penekanan,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Lembah Bidong di sini hari ini.
Semalam,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015
mengumumkan daripada RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan,
sebanyak RM1.2 bilion untuk program TVET selain RM50 juta diperuntukkan kepada
Mara bagi pelaksanaan program TEVT.
Sehubungan
itu, Idris menyeru ibu bapa agar tidak lagi sekadar mengharapkan anak mereka
cemerlang dalam akademik sahaja, sebaliknya turut memberi fokus terhadap bidang
latihan kemahiran tinggi yang sangat diperlukan dalam industri tertentu ketika
ini.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanTuesday, October 7, 2014
Penangguhan Pelaksanaan Kursus i-Think Dalam Talian Tahun 2014
Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menerima maklumat daripada Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mengenai
ketidakpuasan hati guru mengenai pelaksanaan Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT)
ini atas sebab-sebab capaian internet yang tidak stabil dan kekangan masa yang
diberikan untuk guru mengikutinya.
Sehubungan
dengan itu, dimaklumkan KiDT ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun ini dan
akan dilaksanakan pada tahun 2015 secara dalam talian dan luar talian
(offline).
Sekolah
yang terlibat dengan rintis KiDT di 1,000 buah sekolah boleh meneruskan kursus
ini sehingga tahun 2015.
Klik Pada Gambar Untuk
Kelihatan Lebih Jelas
Maklumat lanjut boleh muat turun dengan megklik pautan berikut: Surat Penangguhan KiDT
Posted in: PendidikanFriday, October 3, 2014
Negara Ketinggalan Jika Tidak Kembalikan PPSMI, Kata Dr. Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad mendesak kerajaan mengembalikan semula Pembelajaran dan Pengajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau negara akan tertinggal
di belakang, lapor Bernama.
Bercakap di Kelantan, antara negeri yang
paling kuat menentang PPSMI, Dr Mahathir berkata, pengetahuan Sains dan
Matematik berkembang dengan pesat dan semuanya hanya boleh didapati melalui
Bahasa Inggeris.
Katanya, jika pelajar tidak diajar
kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris, negara akan tertinggal
di belakang.
"Jika kita mahukan ilmu
pengetahuan, khasnya Sains dan Matematik, kita mesti gunakan Bahasa Inggeris
kerana hampir semua pengetahuan dalam bahasa ini," katanya kepada
pemberita selepas memberikan ucaptama kepentingan Bahasa Inggeris pada abad ke-21
di Kolej Wadi Sofea di Kelantan, semalam.
"Kita akan menjadi bangsa yang
tidak akan mencipta apa-apa jika kita tidak mahir dalam Sains dan Matematik,
yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris," katanya.
PPSMI ialah nama rasmi bagi dasar
pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua
peringkat pendidikan.
Dasar PPSMI sering menjadi isu
perdebatan yang hangat sejak dilaksanakan pentadbiran Dr Mahathir pada 2003.
Dasar ini diputuskan untuk dimansuhkan
pada 8 Julai, 2009 dan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012 seperti diumumkan
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
Ia menimbulkan kemarahan Dr Mahathir
sejak awal lagi apabila pemimpin kerajaan yang menggantikan beliau tunduk
kepada tekanan pelbagai pihak terhadapnya.
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak
menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari
pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri.
Antara isu yang diketengahkan pihak
tersebut termasuklah kesukaran murid mengikuti pelajaran dan guru menyesuaikan
diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan
bahasa ibunda murid, terutama di peringkat sekolah rendah.
Posted in: PendidikanTuesday, September 30, 2014
Semakan Penempatan Guru DG41 - (Menengah) Bil. 7/2014
Semakan
Penempatan Baharu Bagi Guru yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) DG41 boleh disemak bermula semalam iaitu 29 Oktober 2014 di
Portal KPM di ruangan aplikasi berkala atau klik pautan berikut: SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATANPENDIDIKAN (PPP) DG41-(MENENGAH) BIL 7/2014
Setelah
dibuat semakan, diminta untuk
menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian untuk mendapatkan maklumat
lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.
-
Portal KPM
Posted in: Perkhidmatan GuruThursday, September 25, 2014
Perlu Pendekatan Baharu PdP Subjek Agama Islam
Guru
perlu memikirkan semula pendekatan baharu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) terutama bagi subjek agama Islam bagi menarik minat dan
meninggalkan kesan positif kepada sikap serta rohani pelajar, kata Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pendidikan berkata guru juga harus sentiasa membuat refleksi
mengenai kekuatan dan kelemahan diri, mengkaji perubahan luar serta kehendak dan
nilai masyarakat yang sentiasa berubah.
"Perubahan
dalam kurikulum pendidikan Islam memerlukan guru untuk melihat kembali amalan
bilik darjah yang sesuai serta relevan dengan ciri-ciri dan situasi baharu
pelajar serta melengkapkan diri dengan strategi PdP di dalam bilik
darjah," katanya pada majlis penutup Multaqa (perhimpunan) Pengetua dan
Guru Besar Institut Pendidikan Agama (IPA) di Kajang hari ini.
Beliau
berkata proses PdP yang bersifat tradisional perlu diubah ke arah lebih
berorientasikan masa hadapan dan bersifat dinamik.
Langkah
itu perlu untuk mendorong murid belajar, bersikap intuitif, terlibat secara
langsung dan mencabar daya keintelektualan, yang hasilnya akan dapat
memartabatkan agama Islam itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi, katanya.
–
Bernama
Posted in: PendidikanMonday, September 22, 2014
AWAS!!! Taktik Terbaru Untuk Mencuri Kereta
Sedarlah
semua! Tolong sebar-sebarkan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk ke dalamnya.
Kita start engine kereta dan bersedia
untuk berundur.
Bila
kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada
kertas yg melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita.
Jadi kita parking balik kereta, buka
pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas atau apa jua benda yang menghalang
penglihatan kita tadi.
Bila
anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri akan keluar
dari tempat sembunyinya, masuk ke dalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin
akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan
tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih di dalam kereta. Jadi sekarang
pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan segala kunci
kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI
DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika
kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu.
Tanggalkan kertas itu kemudian. Bersyukur kerana anda membaca email ini.
Saya
harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita.
Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda
sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.
Zaman
sekarang macam-macam boleh jadi. Kena banyak beringat.
p/s:
Semoga kita dijauhi dari perbuatan jahat manusia.
Posted in: UmumUPSR: Kertas Matematik, Bahasa Tamil Dibatalkan, Tarikh Baharu Peperiksaan 9 Okt
Kementerian
Pendidikan hari ini mengesahkan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2014 bagi Mata Pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil bocor.
Berikutan
itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ujian
Matematik dan Bahasa Tamil yang berlangsung pada 10 September lalu dibatalkan.
Katanya,
tarikh baharu bagi ujian Matematik dan Bahasa Tamil ditetapkan pada 9 Oktober
ini.
Kenyataan Akhbar: Klik Gambar Untuk Kelihatan Lebih Jelas
Klik
kenyataan di bawah untuk maklumat lanjut:
-
Lembaga
Peperiksaan Malaysia
Posted in: UPSRMonday, September 15, 2014
Rahsia Dapat “A” Dalam Peperiksaan
Dewasa ini ramai ibu bapa yang sangat
mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan. Ia merupakan satu
petanda yang bagus kerana ini menunjukkan ibu-bapa di zaman ini sangat
mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, disamping keputusan
cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak
kita juga turut cemerlang.
Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz
Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah
Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar
biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan
cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan tapi juga dalam hidup hanya dengan
menukar SIKAP beliau.
Sekarang heboh soalan UPSR dah banyak
bocor. Kata orang, soalan ‘ganti’ selalunya lebih sukar. Saya tak pasti. Tapi
yg saya pasti ialah :
Jangan risau sangat jika anak tak dapat
A dlm UPSR, tapi kita perlu lebih risau jika mereka tak dapat A dalam sikap.
Maksudnya begini : saya sering melihat,
kejayaan hidup sebenarnya bukan atas faktor ‘pintar’ semata tetapi atas faktor
sikap. Kata psikologi, bukan IQ tapi EQ.
Saya bahkan tidak segan mengaku satu rahsia
di sini, sebenarnya saya pelajar ‘biasa’. Bukan ‘cream student’ yg otaknya gred
A, bagi apa sahaja dia terus hafal / faham.
No. Saya ni lembab sikit. Dulu ketika
menghafaz, ada rakan yg boleh hafaz satu mukasurat dalam masa 10 minit, saya
pula ambil masa rata-rata 45 minit. Maknanya lembab 4 kali ganda.Tapi akhirnya
dia gagal hafaz keseluruhan Quran sementara saya Alhamdulillah, ketika itu
setahun lebih cepat khatam dari waktu yg diberikan.
Apa rahsianya? SIKAP.
Saya berikan contoh di sini. Ketika SPM
saya amat jahil matematik. ‘Math moden’ itu pun saya anggap sukarnya seperti
‘Add math’. Markah asyik 30 sahaja. Kalau dapat 45 rasa macam dapat 95! Cikgu
matematik punya risau sampai masukkan saya bersama beberapa rakan lain dalam
kelas ‘emergency’. Matematiknya nazak!
Itu tahapnya. Dalam pada sama, saya
cemburu dengan seorang rakan yang markahnya asyik 90 ke atas sahaja. Saya
perlahan-lahan belajar darinya, cuba korek rahsia.
Memang mulanya susah nak faham. Tapi
saya perlu buat latihan 10 kali ganda. Jika dia buat latihan 2 buku hingga 10
malam selama sebulan, saya perlu buat latihan 20 buku hingga 2 pagi selama 3
bulan!
Itu yang saya lakukan. Formulanya
begini : dah tahu ‘otak lembab’, gandakan usaha.
Alhamdulillah sungguh tak sangka bila
SPM keluar, hasilnya dapat A1 ! Ia saya anggap ’10 perkara ajaib yg berlaku
seumur hidup’. Cikgu matematik pun ternganga macam tak percaya.
Tapi itulah rezeki. Dan Tuhan akan beri
apa yg kita mahu jika kita yang mulakan dahulu. Ubah sikap. Saya belajar bahawa
kejayaan boleh datang dgn sikap yang betul walaupun otak anda taklah ‘cream’
sangat.
Sikap seperti sanggup bekerja keras,
kuat berdoa, yakin padaNya, tidak mudah menyerah kalah, be humble untuk belajar
dengan orang lain dan bersyukur atas sekecil nikmat.
Saya percaya jika sikap ini ditanam
kepada anak kita, jangan risau walau apapun keputusan UPSR nya, dia tetap anak
terbaik anda kerana sikapnya ‘A’.
Bila sikapnya ‘A’, yakinlah walau
apapun ‘peperiksaan’ yang dilalui, dia tetap akan dapat ‘A’ juga.
‘A’ permanent. Ia bermula dari kualiti
sikap. Sikap terhadap Tuhan, diri dan orang lain.
Posted in: MotivasiSunday, September 14, 2014
Sedia Beberapa Set Soalan Elak Bocor
Kementerian
Pendidikan perlu merangka pelan kontingensi termasuk menyediakan beberapa set
soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan.
Pengerusi
Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin
berkata, selain mengelak kebocoran, tindakan menyediakan beberapa set soalan
akan membolehkan murid menduduki semula ujian tanpa perlu menunggu masa lama.
Menurutnya,
di bawah perancangan itu, kertas soalan akan disediakan oleh beberapa panel
guru selain dicetak oleh pencetak yang berlainan.
Menurutnya,
hanya Pengarah Pendidikan yang akan membuat keputusan pada saat akhir set
soalan yang akan digunakan untuk ujian sebenarnya dan sekiranya berlaku
kebocoran, hanya beliau yang perlu dipertanggungjawabkan.
“Saya
terkejut kerana pihak kementerian tidak pernah ada sebarang pelan kontingensi
untuk menghadapi kebocoran soalan seperti ini walaupun ini bukan pertama kali
berlaku.
“Ini
tidak adil untuk ibu bapa dan murid. Bayangkanlah nasib murid yang baru berusia
12 tahun terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak pasti seperti ini,”
katanya.
Mengulas
mengenai tindakan menggantung Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi Lembaga
Peperiksaan, Chee Kin berkata, tindakan itu adalah tidak adil memandangkan isu ini masih dalam siasatan.
Menurutnya,
menyalahkan satu pihak adalah tidak adil kerana keseluruhan proses penyediaan
soalan melibatkan banyak pihak.
Posted in: UPSRThursday, September 11, 2014
Kertas Bahasa Inggeris 1 Dan 2 UPSR Turut Bocor
Kertas
peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu
mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Menteri
Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11
pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat malam tadi yang disebarkan
melalui media sosial.
Beliau
berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata
pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan hari ini bocor dan terpaksa
ditangguhkan ke 30 Sept.
"Kita
akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang
sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara
ini tidak sepatutnya berlaku.
"Saya
sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf
kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan," katanya pada sidang
media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan
Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini
pada Khamis.
Posted in: UPSRWednesday, September 10, 2014
Soalan Sains UPSR Bocor, Peperiksaan Ditangguh
Kertas
peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang
dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.
Lembaga
Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi
peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.
Berdasarkan
siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan
tersebut telah tersebar menerusi media sosial.
"Lembaga
Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan
siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,"
menurut kenyataan itu.
Kertas
peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam
8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.
Klik
kenyataan di bawah untuk maklumat lanjut:
Posted in: UPSRTuesday, September 9, 2014
472,853 Murid Duduki UPSR Hari Ini
Seramai 472,853 murid menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama tiga hari di 8,299 pusat peperiksaan di
seluruh negara, bermula hari ini.
Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau perjalanan
peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Presint 16 (2) di Putrajaya hari ini,
mengucapkan selamat maju jaya kepada calon berkenaan dan berharap mereka
memberi fokus kepada menjawab soalan.
Seramai 1,533 calon mengambil UPSR di
11 sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya manakala 21,455 murid menduduki
ujian itu di Kuala Lumpur dan 1,307 orang lagi di Labuan.
Di KUALA TERENGGANU, kerajaan negeri akan memberi insentif khas kepada
sekolah yang mencapai sasaran 20 peratus calon mendapat 5A dalam UPSR tahun
ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul
Rahman berkata beliau akan meminta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan
Teknologi Ghazali Taib untuk mencadangkan bentuk insentif yang sesuai.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Zakaria Hussin pula berkata seramai 21,791 calon menduduki UPSR di 383 pusat
peperiksaan di negeri pantai timur itu.
Di KOTA BAHARU, seramai 32,926 calon menduduki peperiksaan itu 447
pusat peperiksaan yang dipantau 2,232 petugas, kata Pengarah Pelajaran Kelantan
Hussain Awang.
Daripada jumlah itu, 32,220 merupakan
calon sekolah kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 418 calon sekolah
swasta/persendirian dan 288 calon sekolah Yayasan Islam Kelantan.
Di IPOH, seramai 38,556 calon menduduki UPSR tahun ini, kata
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Perak Muhammad Nawawi
Yaakob.
Beliau memberitahu Bernama bahawa 876
pusat peperiksaan termasuk 11 pusat peperiksaan sekolah Orang Asli dibuka dengan
melibatkan 4,856 petugas.
Di KUANTAN, seramai 25,133 calon menduduki UPSR di 561 pusat di
seluruh Pahang melibatkan 561 pusat dengan 2,138 petugas peperiksaan.
Pengarah Pendidikan Negeri Rosdi Ismail
berkata seramai 106 merupakan calon berkeperluan khas (CBK) manakala enam yang
lain menduduki peperiksaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan
Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Di MELAKA, 13,780 calon termasuk 89 CBK menduduki UPSR di 244
pusat peperiksaan di seluruh negeri itu yang melibatkan 1,170 petugas,
kata Exco
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi
Melaka Datuk Md Yunos Husin.
Di ALOR SETAR, sebanyak 571 pusat peperiksaan dibuka bagi membolehkan
35,769 murid mengambil peperiksaan itu di seluruh Kedah.
Seramai 21 calon terpaksa menjawab
peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan, menurut kenyataan Jabatan
Pendidikan negeri.
Di KUALA PERLIS, seramai 4,110 murid termasuk 10 CBK menduduki UPSR di
77 pusat peperiksaan di seluruh negeri itu yang melibatkan 349 pengawas
peperiksaan, kata Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPN, Azman Ghazali.
- Bernama
Posted in: UPSR
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.





















