Saturday, April 19, 2014
1,160 Sekolah Dilengkapi Projek 1BestariNet
Sebanyak
1,160 sekolah di Sabah dilengkapi projek 1BestariNet, yang dikeluarkan YTL
Communications Sdn Bhd.
Pengarah
Jabatan Negeri Sabah (JPN) Sabah Datuk Jame Alip berkata pihaknya juga berjaya
menyelesaikan semua latihan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)
kepada 1,187 sekolah yang melibatkan 2,374 guru, pada tahun lepas.
"Guru
yang terlibat dalam latihan ini ialah Penyelaras Bestari atau guru ICT untuk
mentadbir VLE di sekolah masing-masing.
"Mereka
dipertanggungjawabkan untuk melatih guru-guru dan menjadi penggerak pelaksanaan
VLE," katanya ketika berucap pada perasmian Hari Profesionalisme
1BestariNet VLE peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang
disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Universiti Malaysia
Sabah di sini, hari ini.
Jame
berkata kementerian membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan yang merupakan pelaburan modal
paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.
Namun,
katanya, penggunaan ICT di sekolah terutamanya di negeri ini masih tidak
mencapai tahap memuaskan baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
Sehubungan
itu, beliau menyeru para pengetua, guru besar dan guru supaya mempelajari serta
mencontohi amalan terbaik, selain merasai sendiri pengalaman pengajaran dan
pembelajaran melalui Frog VLE selain mengaplikasi di sekolah masing-masing.
Melalui
projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sekolah-sekolah
di seluruh negara akan dilengkapi perkhidmatan rangkaian menggunakan teknologi
Yes 4G yang membolehkan ibu bapa, guru dan pelajar mempunyai capaian ke
platform persekitaran pembelajaran maya Frog.
Friday, April 18, 2014
Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar
Sebanyak
630 warga pendidik dan 566 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh
negara menerima Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 melibatkan
ganjaran berjumlah RM23.2 juta hasil kecemerlangan prestasi sekolah
masing-masing sepanjang tahun lalu.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 209 buah
sekolah bandar, 302 buah sekolah luar bandar dan 55 buah sekolah pedalaman.
Muhyiddin
berkata pencapaian pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding pada 2012
apabila sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar menerima
anugerah berkenaan.
"Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) yang menerima anugerah ini juga telah meningkat
daripada 54 buah sekolah (2012) kepada 74 buah sekolah dan begitu juga Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJK (T)) di mana berlaku peningkatan penerima anugerah
daripada 45 buah sekolah (2012) kepada 54 buah sekolah.
"Daripada
keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah telah menerima anugerah ini
sebanyak empat kali berturut-turut. Saya juga ingin menarik perhatian anda
dengan kejayaan satu-satunya Sekolah Kebangsaan Orang Asli iaitu Sekolah
Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang yang dicalonkan pada tahun ini seterusnya
berjaya menerima anugerah TBGB tahun 2013," katanya.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah
TBGB 2013 hari ini.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanSunday, April 13, 2014
Jemputan Majlis Komensmen IAB 2014
Buat
rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
Komensmen IAB, malah terdapat rakan yang menghubungi saya bagi mendapatkan
maklumat tersebut, di sini saya sertakan maklumat yang diterima melalui email
untuk rujukan dan tindakan rakan-rakan.
Sebelum
ini saya ada memasukkan perihal berkaitan majlis komensmen yang akan diadakan
pada 3 Mei 2014 di Klana Resort Seremban Negeri Sembilan. Sila klik di sini - Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013.
Muat
Turun:
Posted in: Institut Aminuddin BakiMonday, April 7, 2014
Kamalanathan: Guru, Pelajar Lemah Bertutur Bahasa Inggeris

Kementerian
Pendidikan hari ini mendedahkan berdasarkan kajian Cambridge tahun lalu, guru
dan pelajar di Malaysia masih lemah bertutur dalam bahasa Inggeris sebaliknya
lebih menumpukan kepada aspek penulisan bahasa itu.
Timbalan
Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan (gambar) berkata, sebahagian besar
pelajar di peringkat menengah dan rendah tidak menunjukkan penguasaan bahasa
Inggeris sepanjang tahun lalu.
“Sebahagian
besar pelajar tidak pernah ada kemajuan tahap penggunaan asas bahasa Inggeris
dan pelajar paling lemah dalam kemahiran bertutur. Lima aspek hasil dapatan ini
ialah murid, guru, kurikulum, pentaksiran, dan kelemahan pembelajaran.
“Guru
memerlukan pelbagai strategi berkesan dan mereka menyatakan memerlukan pelbagai
rujukan bagi menambah baik profesionalisme. Guru dibeban dengan kerja
pentadbiran,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk
Mansor Othman di Dewan Rakyat hari ini.
Pengarah
Projek Baseline Cambridge Malaysia, Dr Martin Robinson berkata awal tahun ini,
tahap pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah negara ini
disifatkan paling komprehensif kerana merangkumi semua peringkat persekolahan
dan seluruh negara.
Kajian
mereka membabitkan empat skil bahasa, iaitu bacaan, pendengaran, pertuturan dan
penulisan, berbanding kebanyakan negara yang hanya memfokus kepada bacaan dan
pendengaran.
-
themalaysianinsider
Posted in: PendidikanFriday, April 4, 2014
Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013
Buat rakan-rakan dan semua graduan NPQEL yang tertunggu-tunggu majlis komensmen, berikut adalah catatan emel terkini yang telah dihantar oleh pihak pengurusan Komensmen IAB daripada Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik (Pengurus Bersama);
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada Semua Graduan Komensmen IAB 2014 yang dihormati.
Emel dari pihak kami bertarikh 12 Mac 2014 adalah dirujuk.
Maka,dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa berlaku perubahan tempat untuk Majlis Komensmen. Bersama-sama ini disertakan beberapa maklumat terkini tentang majlis berkaitan untuk rujukan dan makluman bersama.
Tarikh : 2 - 3 Mei 2014
Masa : 8.00 am hingga 6.00 pm
Tempat : Grand Klana Ballroom,
Klana Resort Seremban
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan
(dulu dikenali sebagai Allson Klana Resort)
VVIP : YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan II
Untuk makluman, terdapat 2 sidang untuk majlis ini iaitu Sidang 1 untuk ambilan 1/2013 (sebelah pagi) dan Sidang 2 untuk ambilan 2/2013 (sebelah petang) yang akan melibatkan graduan seramai lebih kurang 997 orang.
Seperti yang telah dimaklumkan, penginapan tidak disediakan untuk graduan serta keluarga, namun demikian JK Penginapan sedang menyenaraikan beberapa nama hotel serta tempat penginapan yang sesuai dalam usaha membantu semua graduan. Senarai nama-nama hotel tersebut akan dinyatakan melalui emel. Namun demikian segala urusan tempahan tempat penginapan hendaklah dibuat sendiri oleh graduan.
Untuk makluman juga, surat jemputan sedang diedarkan ke alamat tempat bertugas masing-masing. Mohon kerjasama semua graduan agar sentiasa memberi perhatian jika terdapat panggilan telefon dari IAB, panggilan yang dibuat biasanya untuk pengesahan alamat bertugas. Surat jemputan ini juga akan dapat dicetak melalui portal rasmi IAB dalam masa terdekat.
Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis yang terkini untuk makluman dan rujukan semua.
Mohon hubungi pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Tahniah dan Selamat berkomensmen.
Muat Turun: Atur Cara Majlis
Seperti yang telah dimaklumkan, penginapan tidak disediakan untuk graduan serta keluarga, namun demikian JK Penginapan sedang menyenaraikan beberapa nama hotel serta tempat penginapan yang sesuai dalam usaha membantu semua graduan. Senarai nama-nama hotel tersebut akan dinyatakan melalui emel. Namun demikian segala urusan tempahan tempat penginapan hendaklah dibuat sendiri oleh graduan.
Untuk makluman juga, surat jemputan sedang diedarkan ke alamat tempat bertugas masing-masing. Mohon kerjasama semua graduan agar sentiasa memberi perhatian jika terdapat panggilan telefon dari IAB, panggilan yang dibuat biasanya untuk pengesahan alamat bertugas. Surat jemputan ini juga akan dapat dicetak melalui portal rasmi IAB dalam masa terdekat.
Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis yang terkini untuk makluman dan rujukan semua.
Mohon hubungi pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Tahniah dan Selamat berkomensmen.
Muat Turun: Atur Cara Majlis
Posted in: Institut Aminuddin BakiMonday, March 31, 2014
Beri Sekolah Kuasa Autonomi, Elak Fokus Semua A, Selamatkan Sistem Pendidikan, Kata Pendidik

Kerap
berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca
mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit
dibelanjakan setiap tahun.
Guru,
aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa
meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul.
Seorang
aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif
sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah
lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik pelajar.
Ulasan
tersebut dikemukakan selepas Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Frederico Gil
Sander, berkata kualiti pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada kadar
hutang isi rumah negara.
Gil
Sander mengulas tentang bagaimana tahap pelajar sekolah menengah di Malaysia
lebih rendah daripada negara lebih miskin seperti Vietnam dalam program
penilaian antarabangsa, Pisa.
Bekas
pegawai kanan Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Samiran, berkata guru dan
pegawai kecewa apabila kerja dan masa yang mereka laburkan untuk menggubal
polisi baru dipersiakan apabila kementerian mengubah polisi setiap beberapa
tahun.
Katanya,
contoh yang paling hampir adalah perubahan daripada Pelan Pembangunan
Pendidikan (PIPP) kepada PPPM yang bermula pada 2010.
Selari
dengan pemansuhan itu adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dihentikan pada 2012, selepas 10 tahun ia
diperkenalkan.
“Ramai
guru sukakan PIPP kerana ia menekankan pembangunan modal insan,” katanya.
PIPP
dirangka semasa zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan
Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri pendidikan.
“Setelah
melihat pelaksanaan penuh dan hasilnya, kita secara tiba-tiba beralih ke PPPM,”
kata Ramlan berhubung pelan yang diinisiatifkan oleh Menteri Pendidikan, Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Perubahan
paradigma terbesar dalam PPPM adalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
memerlukan guru mengukur pemahaman pelajar berdasarkan pengajaran harian.
PBS
tidak terlalu memfokuskan kepada gred tetapi pemahaman pelajar dan kebolehan
mereka mengaplikasikannya. Ini berbeza dengan budaya pendidikan sebelumnya yang
mengamalkan ujian bulanan dan peperiksaan dengan objektif mengumpul A sebanyak
mungkin.
Pelaksanaan
PBS yang lemah mendapat kritikan guru setelah mereka dibebankan dengan lebih
banyak kerja pengkeranian. Minggu lalu, kerajaan memperkenalkan PBS baru yang
mengurangkan kerja ‘pengkeranian’ guru.
Kumpulan
pendesak guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengakui PBS polisi yang
baik bagi memastikan pelajar memahami dan boleh mengaplikasikan apa yang mereka
pelajari di dalam kelas kepada kehidupan harian.
Namun,
masalah timbul apabila guru dan pentadbir sekolah dipaksa memenuhi kehendak
Jabatan Pendidikan yang taksub dengan markah sekolah lebih tinggi, kata
jurucakap SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari.
“Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menggesa guru di
bawah mereka supaya pelajar mendapat lebih banyak A. Mereka mahu kami menjangkau
KPI tersebut.
“Namun
sistem PBS tidak direka untuk itu,” kata Izzat yang juga guru di sebuah sekolah
menengah di Pahang.
Manakala
kumpulan pendesak guru-ibu bapa (Page) berkata, kerajaan boleh mengguna pakai
sistem program sekolahnya yang mencapai keputusan luar biasa memotivasikan guru
dan pelajar.
Program
yang kini melibatkan 10 sekolah di seluruh negara itu dikelolakan oleh Yayasan
Amir dan JPN.
Berdasarkan
laman sesawang Yayasan Amir, pengetua sekolah memantau operasi setiap hari
manakala Yayasan Amir menyalurkan kepakaran dan pengalaman dalam operasi,
pengurusan, pendidikan dan dana tambahan apabila diperlukan.
Setiausaha
Kehormat Page, Tunku Munawirah Putra, berkata sekolah diberi lebih kuasa bagi
mengaji pengetua lebih baik dan menghias persekitaran kelas bagi memotivasikan
guru dan pelajar.
Katanya,
sebagai contoh, guru diberi bilik darjah yang dihias poster dan kelengkapan
bersesuaian dengan mata pelajaran.
Ia
tidak seperti sekolah kebangsaan biasa yang meletakkan murid dalam satu kelas
dan guru beralih dari satu kelas ke kelas lain.
“Jadi
pelajar mendapat tempat dalam persekitaran kelas yang sesuai dengan mata
pelajaran seperti sains dan sejarah.
“Inovasi
lain ialah menampal hasil kerja pelajar di dinding bilik darjah dan
menukarkannya dengan kerap.
“Dengan
cara ini, pelajar rasa dihargai kerana rakan-rakan melihat hasil kerja mereka,”
katanya.
Beliau
berkata, kejayaan program itu menunjukkan sistem sekolah perlu dipisahkan
daripada pusat.
Itu
antara yang ditekankan Gil Sander mengenai kaedah meningkatkan kualiti sekolah
di Malaysia.
Posted in: PendidikanSunday, March 30, 2014
Urusan Kenaikan Pangkat Ke Gred DG42 Di Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPP Gred
DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke
Gred DG42. Mana-mana pegawai yang berminat hendaklah tersebut hendaklah
mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Ketua Jabatan untuk pertimbangan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di KPM bagi tujuan
kenaikan pangkat tersebut.
Perlu
diingatkan bahawa kenaikan pangkat oleh LKPPP ke Gred DG42 dan urusan lantikan
ke DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah dua urusan yang
berlainan. Mana-mana pegawai yang berminat bagi memohon bagi urusan kenaikan
pangkat ke Gred DG42 tetapi pernah memohon ke SPP bagi urusan lantikan ke Gred
DG41 perlu mengemukakan permohonan yang berasingan.
Sebarang
permohonan perlu dikemukakan menerusi JPN / Bahagian masing-masing. Sebarang
permohonan yang tidak dibuat menerusi JPN / Bahagian tidak akan diproses.
Keterangan
lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Makluman Kenaikan Pangkat ke DG42.
Muat
Turun:
- Kementerian
Pendidikan Malaysia
Posted in: Perkhidmatan GuruTuesday, March 18, 2014
Kenyataan Media: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN
TAN
SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS
merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain
itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan
semata-mata.
Jemaah
Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula
dilaksanakan di sekolah rendah
pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun,
pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS
dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini
adalah kerana guru-guru menyatakan
bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan
kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan
ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada
rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan
segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran
dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan
beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta
beberapa kelompok guru-guru untuk
mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan
PBS.
Isu-Isu Pelaksanaan PBS
Berdasarkan
kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati
terdapat tiga isu utama berkaitan
perlaksanaan pentaksiran sekolah.
Pertama, ialah penggunaan
Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan
pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.
Bagi
menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru
mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian
dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru
boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu
bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi
ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.
Isu kedua ialah pengurusan
fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Bagi
menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan
mengikut kesesuaian masa guru.
Ketiga, perekodan prestasi
murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang
sukar diakses dan memakan masa yang lama.
Oleh
kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan
merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi
memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak
perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara
offline.
Menerusi
PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata
pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan
bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan
(field study) atau kajian kes (case study).
Melalui
PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP
dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan
verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.
Moderasi
ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa
ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang
disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi)
pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan
markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.
PT3
ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke
tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke
sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan
pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
Untuk
memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci
tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan
adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran.
Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep
pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan
mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.
Penambahbaikan
PBS akan di laksanakan mulai April 1.
Muat
Turun:
- Kementerian
Pendidikan Malaysia
Posted in: PendidikanSunday, March 16, 2014
PBS: Guru Tidak Perlu Masukkan Data Secara Dalam Talian
Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan kajian bagi penambahbaikan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditangguhkan pelaksanaannya akan
diumumkan pada Selasa ini.
Timbalan
Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata antara perubahan yang
diputuskan ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian
murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.
Beliau,
yang juga Menteri Pendidikan berkata penambahbaikan hasil bengkel melibatkan
kira-kira 1,000 guru juga mencadangkan para guru tidak perlu lagi menyertakan
eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'.
"Data
hanya perlu dikemukakan apabila ibu bapa perlu melihatnya. Perincian lanjut
akan diumumkan pada 18 Mac ini," katanya ketika berucap pada Program
Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi, di
sini, Ahad.
Keputusan
penangguhan pelaksanaan PBS telah diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr
Khair Mohamad Yusof pada 23 Feb lepas untuk memberi ruang kepada satu kajian
bagi penambahbaikan diadakan.
Ini
bermakna guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan
mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan kelak.
Muhyiddin
berkata walaupun ada guru memaklumkan PBS adalah satu sistem yang baik dan
harus diteruskan, kementerian mengambil pendirian menyeluruh dan menangguhkan
pelaksanaannya untuk kebaikan bersama.
Beliau
berkata kementerian memahami rungutan dan masalah yang dihadapi para guru,
malah peka dengan kesulitan suami jika isterinya seorang guru yang marah dan
mendakwa pelaksanaan PBS menyebabkan masa bersama keluarga terhad.
"Sebab
itu kita tangguh seketika bagi ditambah baik...saya juga faham guru mesti
mengajar, bukan hanya memasukkan data," katanya merujuk kepada keperluan
guru memasukkan data secara online sebelum ini.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanFriday, March 14, 2014
Renungan: Kisah Pak Sheikh Dengan Atheis
Alkisahnya
suatu masa dahulu terjadilah perselisihan antara seorang atheis dan juga
seorang Pak Sheikh mengenai kewujudan tuhan, untuk menyelesaikan perbalahan
diantara mereka, kedua-duanya bersetuju untuk bertemu dan berdebat pada
keesokan harinya.
Keesokan
harinya, si Atheis datang tepat pada masanya ditempat yang dijanjikan,
penyokong kedua2 belah juga sudah ramai berkumpul untuk mendengar debat yang
hebat ini. Setelah hampir setengah jam, Pak Sheikh tidak kunjung tiba, Si
Atheis sudah mula tersenyum sambil berkata didalam hatinya, "Sheikh takut
nak berdebat dengan ku, sebab itu dia tidak datang".
Tidak
lama kemudian Pak Sheikh pun menjelma dan sambil tersenyum beliau meminta maaf
kerana terlambat. Sambil tersengih si Atheis bertanya, "mengapa pak sheikh
lambat, gentar untuk berdebat dengan saya ke?".
"Oh
tidak" jawab Pak Sheikh, "Saya terlambat kerana saya terpaksa
menyeberang sungai tadi, puas saya menunggu jika ada sampan-sampan yang lalu
atau sesiapa yang ingin menyeberang sungai agar saya boleh menumpang"
katanya lagi.
"Sedang
saya menunggu, tiba-tiba kayu yang hanyut di sungai itu berkumpul menjadi
laluan untuk saya, dari ranting yg kecil hinggalah ke batang pokok yang besar, kemudian
dengan selesanya saya meniti diatasnya dan sampai juga akhirnya saya di sini".
"Bohong"
tempelak si atheis,"Masakan boleh kayu-kayu itu berkumpul dengan
sendirinya, jika ia menjadi titi sekalipun mesti ada orang yang
membuatnya".
"Terimakasih"
balas Pak Sheikh, "Perdebatan kita sudah selesai" katanya lagi.
"Mengapa
kamu berkata sudah selesai?" tanya si Atheis.
"Kamu
sendiri sudah menjawab persoalan asas perdebatan kita ini" kata Pak
Sheikh.
"Jika
kayu yang sedikit itu tidak mampu dengan sendirinya bersatu menjadi titi,
bagaimana pula dengan dunia ini? Siapa yg mencipta langit dan bumi, bintang,
bulan dan matahari, tanah air angin dan api jika bukan tuhan yang maha berkuasa
dan maha bijaksana? Siapa yang mencipta kamu dan memberi akal supaya berfikir
tetapi kamu sendiri yang tidak mahu menggunakannya?
Tidak
diceritakan pula akan kesudahan kisah tadi tetapi itu sudah cukup untuk
membuatkan rakan yang tidak percayakan tuhan tadi untuk berfikir sejenak.
Manusia barat kebanyakannya kecewa dengan agama mereka sendiri yang penuh dgn
penipuan menyebabkan ramai yang tidak percayakan tuhan. Akan tetapi jika di
beri sedikit kiasan yg penuh makna, akan terdetik kembali akal mereka
memikirkannya.
Amat
sedih juga kerana ketika barat semakin menjauhi agama mereka, segelintir
masayarakat kita terpaut dengan agama mereka ini hanya kerana umpan cinta, wang
ringgit dan juga nikmat dunia yang sementara ini. Moga terbuka hati mereka
kembali kepangkal jalan suatu hari nanti.
Subhanaallah.
Posted in: RenunganTuesday, March 11, 2014
MH370 Hilang Mengelirukan Dan Sesuatu Yang Ajaib
Disamping
penggunaan teknologi moden, usaha pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang sejak
8 Mac lalu perlu juga menggunakan kaedah spritual yang diajar oleh Islam.
Bekas
Ketua Juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Norudin Abd Majid berkata, sebagai
seorang Islam yang beriman, kehilangan pesawat ini perlu juga dilihat dari luar
sudut sains dengan kembali kepada ajaran agama.
"Ia
hilang, 100 peratus hilang...fullstop!
"Sebagai
orang beriman, ini adalah ketentuan. Allah SWT menetukan segala-galanya.
(Kehilangan) ini mengelirukan dan menjadi perkara ajaib yang kita dan dunia
kena terima," kata beliau dalam temubual Buletin Utama malam tadi.
Beliau
juga berkata bahawa Allah memberi cara dan kunci untuk temui apa sahaja dan
manusia harus menggunakan segala usaha termasuk menggunakan kepakaran orang
tertentu untuk mengesan pesawat MH370 itu.
Ditanya,
siapakan orang itu, beliau berkata, "Doa daripada orang-orang yang soleh
yang dekat dengan Allah dan keluarga (yang terlibat), kerana mereka sedang
beremosi dan Allah sedang melihat mereka".
Beliau
menegaskan, penggunaan kaedah sain dan spritual perlu seiring dalam usaha
pencarian ini.
"InsyaAllah
akan ditemui, akan ditemui.
"Gabungkan
sains dan juga yang mencipta sains (Allah).
Pesawat
MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak
kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada pukul 12.41 pagi Sabtu, 8 Mac lalu.
Posted in: UmumFriday, March 7, 2014
Kamu Telah Menjual Agama Kamu, Sementara Kami Membelinya

Diceritakan
seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya
di Perancis.
Setelah
selesai mendapatkan barang-barang yang dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk
membayar.
Kebetulan
“cashier” yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yang berpakaian tidak
menutup auratnya.
Cashier
tersebut memandang wanita berpurdah itu dengan pandangan mengejek, kemudian dia
mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dengan
kasar ke atas meja.
Namun
wanita berpurdah itu tidak terpengaruh dengan provokasi wanita cashier itu, dia
tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram
dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan,
"Kita
mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah
salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer
agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah,
pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."
Wanita
berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang
wanita cashier tersebut. Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita
kulit putih, dengan sepasang mata biru, lalu dia berkata;
"Aku
adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku
dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami
membelinya.
Subhanallah.
Posted in: RenunganThursday, March 6, 2014
Pendidik, Ibu Bapa, NGO Sokong Pendekatan Lebih Mesra PBS
Warga
pendidik, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik
pendekatan lebih mesra guru dalam sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) yang akan diumumkan hujung bulan ini.
Mereka
menyifatkan sistem yang akan berfokuskan pengajaran itu sebagai pemangkin
sistem pendidikan negara yang baik selain menjadikan suasana pembelajaran dan
pengajaran lebih sihat.
Setiausaha
Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata,
kesediaan kerajaan menambah baik dasar tersebut meliputi psikometrik pelajar,
perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial adalah satu
perkembangan sangat positif.
Kata
beliau, pihaknya gembira kerana Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa
sistem baharu itu akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar di
samping mengimbangi elemen peperiksaan serta komponen lain.
Walau
bagaimanapun katanya, pihaknya amat berharap sistem baharu PBS itu tidak
mengulangi masalah sebelum ini terutama melibatkan E-sistem yang jelas
membebankan golongan pendidik.
"Guru
mula mengalami bebanan dan tekanan akibat PBS kerana masalah E-sistem dan tugas
perkeranian dalam kalangan guru.
"NUTP
telah mengumpulkan maklumat mengenai rintihan guru dan menyerahkan memorandum
mengenai Sistem PBS kepada Kementerian Pendidikan berkaitan masalah serius yang
dihadapi oleh mereka untuk memasukkan data ke dalam E-sistem," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam,
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan memberi jaminan
sistem baharu PBS akan lebih mesra guru dan berfokuskan pengajaran berbanding
sebelum ini.
Beliau
berkata, sistem baharu tersebut yang akan diumumkan pada 29 Mac ini selepas
siap dikemaskini turut memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar.
Dalam
pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional
(PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan berharap penambahbaikan PBS itu
mengambil kira pelbagai faktor yang menguntungkan semua pihak berkepentingan.
Jelasnya,
PIBGN akan terus memantau penerimaan PBS dalam kalangan guru dan perkembangan
akademik para pelajar.
"Saya
juga ingin mencadangkan penubuhan satu pasukan yang membuat pemantauan PBS dari
daerah ke negeri dan seluruh negara supaya mutu pelajaran terjamin. Ahli
pasukan itu perlu terdedah dengan PBS yang diamalkan di luar negara,"
katanya.
Sementara
itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan
mengucapkan penghargaan terhadap keprihatinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam isu berkenaan.
"PPIM
menyokong penuh usaha mencari jalan penyelesaian terbaik dan mengharap
kementerian dapat menjemput jawatankuasa Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM)
untuk berbincang secara hati ke hati bagi meleraikan sebarang kekusutan yang
ada," katanya.
-
Utusan
Posted in: PendidikanFriday, February 28, 2014
Renungan: Kerja Halal Tapi Gaji Belum Pasti

"Gaji
aku banyak tetapi tidak pernah cukup, makin banyak gaji makin tak cukup
jadinya, mengapa ya? Adakah konsep "live below your mean" harus aku
lakukan atau ada sebab lain disebaliknya? Tambahan pula dengan harga minyak
yang naik sekarang ini adakah aku harus lebih berjimat cermat.
Pernah
terdengar orang yang gajinya kecil tetapi mampu menyara keluarga yang ramai,
rata rata memberi komen, kerjanya halal dan rezekinya berkat, bagaimana pula
dengan diriku? Aku bukan melakukan kerja yang haram, macamana tidak berkat
pula?"
Adakah
persoalan ini sering melanda fikiran kita, tertanya-tanya mengapa, jawapannya
memang mudah cuma diri kita tidak sedar akan hukum alam mengenai duit itu
sendiri.
Sebenarnya
kertas yang dipanggil duit, wang atau fulus yang tersimpan didalam dompet atau
poket kita itu sebenarnya bukanlah duit, ia hanya mewakili duit. Saya yakin
ramai yang tahu tetapi kelalaian kita membuatkan kita terlupa. Konsepnya sama
dengan dosa dan pahala tetapi dosa dan pahala tidak dapat kita lihat kerana ianya
perjanjian/perhitungan antara kita dengan Allah, tetapi duit pula dapat dilihat
kerana ianya perjanjian kita sesama manusia, itupun setelah ia
di"fizikal"kan oleh manusia sendiri.
Di
zaman mulanya era perdagangan, manusia bertukar barangan (barter) untuk
membolehkan mereka menikmati hasil kerja titik peluh orang lain dengan hasil
diri mereka sendiri, Ali punya beras, Baba punya ubi, Ali dan Baba bersetuju
bertukar sesama sendiri, si Ali merasa ubi si Baba, dan si Baba merasa beras si
Ali, mereka memberi khidmat sesama sendiri dan dengan itu dapat merasa barangan
lain hasil titik peluh manusia lain mengikut persetujuan dengan kadar mana yang
dirasakan adil pada masa tersebut. Manusia ber"akad" bersetuju seakan
kontrak atau perjanjian didalam semua urusan.
Bila
urus niaga semakin kompleks, tidak lah lagi sesuai untuk bertukar barangan,
disini tercipta lah duit, jadi duit sebenarnya adalah untuk mewakili ganjaran
pada perkhidmatan yang diberikan. Jadi jika kita berkhidmat untuk orang lain
baru lah ada ganjaran untuk kita, jika kita berbuat baik, pahala, berbuat
jahat, dosa, berkhidmat atau berkerja, duit dari segi keuntungan perniagaan,
gaji atau pendapatan. pendapatan.
Didalam
dunia ini tiada yang percuma, semua ada tindakbalasnya, jika kita anggap udara
yang kita sedut setiap masa ini adalah percuma, fikirkan kembali, ia tidak
percuma sebenarnya, kita berkhidmat dengan tumbuh-tumbuhan, memberi karbon
dioksida dan pokok memberi kita oksigen, disebabkan manusia memusnahkan pokok,
lapisan ozone menjadi mangsa dan tak secara langsung kita jugak merasa
bahananya. Jangan anggap kita tiada kena mengena dalam hal ini sebab bukan kita
yang tebang pokok, bukan kita yang bakar hutan, kita kena ingat, perabot yang
kita pakai, roti canai yang kita makan, semuanya disebabkan oleh kita yang
mahukan kayu dan mahukan gandum dan ditambah dengan pembalak dan peladang yang
tamakkan keuntungan, dari resepi ini, kita semua merasakan masakannya (recipe
for disaster).
Jadi
berbalik kembali kepada gaji kita yang kita terima setiap bulan, adakah ianya
benar-benar hak kita? Katalah kita bersetuju/berakad/kontrak dengan majikan
untuk bekerja selama 10 jam sehari dengan gaji $1000 sebulan (contoh untuk
memudahkan pengiraan). Jika masa bekerja kita banyak gunakan untuk lepak lama
dikafeteria, baca suratkhabar, berbual kosong dengan rakan-rakan, buat part
time direct selling dan macam-macam lagi sedangkan ada fail-fail kerja yang
bertangguh diatas meja, katakan lah secara puratanya kita berkerja/berkhidmat
secara jujurnya 6 jam sahaja sehari, adakah $1000 sebulan itu duit kita? Sebenarnya
gaji kita yang "halal" hanyalah $600 sahaja.
Baki
$400 itu bukanlah hak kita dan bila ianya bukan hak kita (disebabkan kita
menerima ganjaran yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang kita berikan)
maka duit itu akan "lari" daripada kita.
Duit
sebenarnya ber"nyawa", duit tahu yang kita bukan tuannya dan suasana dunia
akan merubah untuk menegakkan keadilan, kerana Allah itu maha Adil. $400 yang
akan lari dari kita itu bukan kerana Allah tidak sayangkan kita, tetapi kerana
Allah maha adil memulangkan pada tuan punya duit tersebut.
Bagaimana
caranya? Apa sahaja kejadian yang menyebabkan kita terpaksa keluarkan duit
tanpa kerelaan kita, itu lah sebenarnya cara duit akan lari pada kita, sakit,
anak isteri sakit, kemalangan, kena saman, dirompak, diragut, sangkut dalam
traffic jam dan macam-macam lagi, semua itu adalah cara duit itu akan kembali
pada tuannya. Contohnya, bila kita rosak, mekanik kereta tersenyum duit masuk,
mekanik bayar cukai jadi duit itu kembali kepada tuan asalnya jika kita bekerja
dengan kerajaan bagi contoh diatas.
Kita
semua berkait antara satu sama lain, dari sudut quantum physic, kita semua
berkait (entanglement), begitu juga jika diambil kira dari "teori big bang"
dan juga kejadian Adam, kita semua berkait antara satu sama lain. Jadi jika
kita ambil hak orang lain, sesuatu akan berlaku dalam hidup kita untuk
memulangkan kembali hak tersebut.
Contoh
yang saya berikan diatas untuk diri kita yang berkerja, bagaimana pula mereka
yang mengambil rasuah, makan harta anak yatim, menipu, mencuri? Perhatikanlah
hidup mereka adakah aman dan tenteram? Anak-anak kita, adakah mereka boleh
menjadi soleh dan solehah jika makanan yang kita suap adalah bukan hak kita?
Allah melarang kita makan harta anak yatim, rasuah, riba dan sebagainya itu
adalah untuk melindungi kita sendiri sebenarnya, Allah mahu kita hidup aman dan
damai tetapi sikap kita sendiri yang mengundang musibah.
Semuanya
berpunca dari diri kita, jika kita sedar akan konsep ini, kita akan lebih
berhati-hati dalam tindak tanduk perbuatan kita kerana kita tahu semuanya akan
berbalik pada diri sendiri.
Jadi
gaji $1000 sebulan, tolak duit rumah, ansuran motor, makan cukup-cukup $1000,
tetapi disebabkan sakit, motor rosak, tayar pancit, duit $1000 tu tetap tak cukup.
Jadi sebelum kita bentangkan budget bulanan, periksa dulu adakan gaji yang kita
terima contohnya $1000 sebulan itu benar-benar $1000? Jika mahu 100%, ubah lah
cara kerja, buat lah kerja dengan ikhlas dan jujur supaya gaji yang kita terima
itu adalah hak kita sebenar-benarnya ganjaran atas perkhidmatan yang kita berikan.
Jika tidak mahu ubah cara kerja,tetap nak "mengular", ponteng dan
sebagainya, janganlah nak marah jika musibah berlaku kerana semuanya salah diri
sendiri. Sebelum salahkan takdir, fikirkan dahulu adakah kita yang mengundangnya?
Jadi
kenapa Islam menggalak kan sedekah dan zakat? Salah satu sebabnya menyucikan
harta, pendapatan kita supaya ianya kembali pada yang hak. Agak sukar untuk
betul mengira masa kerja dan gaji yang setimpal tetapi amat mudah untuk memberi
sedekah, $1 atau $1000 bukan jadi ukuran, ikhlas yang lebih utama.
Berfikir
itu mudah tetapi tidak ramai yang mahu melakukannya.
-
syurgadidunia
Posted in: Renungan
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.












