Monday, January 13, 2014
Rasuah: Guru Besar Dihukum Penjara
Guru
Besar SK Kajang Utama, Kajang dihukum penjara 3 tahun dan didenda RM30,000 oleh
Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan,
meminta serta memperoleh suapan RM3,000, tiga tahun lalu.
Keputusan
itu dibuat oleh Hakim, M. Bakri Abdul Majid terhadap Abdul Samad Abdul Ghani,
50.
M.
Bakri dalam penghakimannya berkata, pembelaan Abdul Samad adalah rekaan
semata-mata supaya disesuaikan bagi menyatakan wang rasuah tersebut untuk
sumbangan sekolah.
"Mahkamah
tidak terima pembelaan tersebut berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan
termasuklah keterangan pakar yang mengesahkan terdapat pindaan pada borang
permintaan sumbangan,"katanya.
Lelaki
itu didakwa meminta dan memperoleh rasuah RM3,000 daripada pengusaha kantin,
Zainun Hussain bagi menyambung kontrak kantin sekolah bagi sesi 2013.
Dia
didakwa melakukan perbuatan tersebut di
SK Kajang Utama, Kajang, jam 11 pagi pada 8 dan 14 November 2011.
Pendakwaan
dilakukan oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Mukhriz Mat Rus mengikut Seksyen 16(a)
(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.
Peguam,
Hazman Harun yang mewakili anak
guamnya memohon penangguhan hukuman penjara untuk memfailkan rayuan.
Hakim
membenarkan penangguhan hukuman penjara dengan jaminan RM8,000.
Monday, January 6, 2014
Kemasukan Prestasi Murid Ke Dalam SPPBS
Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan merujuk surat KP.LP.002.03.01.6.Jld.3 (42) telah
membincangkan isu berkaitan pelaksanaan SPPBS dan membuat keputusan bahawa Modul
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan
Sekolah (SPS) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2014 bagi perkara-perkara
berikut:
- Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
- Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sekolah Menengah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pentaksiran PS tahun 2014 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan PAJSK tahun 2014 untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sekolah Menengah.
MUAT
TURUN: Surat Kemasukan Prestasi Murid Ke Dalam SPPBS
-
Kementerian Pendidikan Malaysia
Posted in: PendidikanSunday, January 5, 2014
Kementerian Pendidikan Akan Siasat Kenaikan Harga Di Kantin Sekolah
Kementerian
Pendidikan akan menyiasat dan menyemak harga makanan dan minuman di kantin
sekolah di seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau dilakukan
pengusaha kantin yang boleh membebankan ibu bapa mahupun pelajar.
Menteri
Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata siasatan itu akan dilakukan
satu jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tan
Sri Abd Ghaffar Mahmud.
Bagaimanapun
setakat ini, katanya pihak kementerian tidak menerima sebarang aduan atau
laporan rasmi daripada pentadbir sekolah mahupun ibu bapa mengenai perkara itu.
"Pengusaha kantin sekolah tidak
sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual atas alasan kenaikan
harga beberapa jenis barangan terutamanya gula hingga membebankan
pelajar," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tok Has
di Besut hari ini.
Dalam
perkembangan lain, Idris berkata kementerian akan berusaha mencari jalan
terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan
pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh
kementerian baru-baru ini.
Katanya,
pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada
kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan
30,000
guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan
10,000 orang.
Antara
masalah lain ialah ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan
tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan di negeri berkenaan,
katanya.
"Mereka
memang wajar dibantu tetapi kena ingat kerana masih ramai memohon dari aliran
Bahasa Melayu manakala keperluan ialah untuk mengajar Bahasa Inggeris dan dari
kalangan yang mengajar Sejarah tetapi keperluan pula untuk mata pelajaran
Sains," katanya.
Idris
berkata satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan
bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti
ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama
tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau
sakit.
Sementara
itu, beliau meminta semua Anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri,
Pentadbiran Daerah maupun Pengetua dan Guru Besar memastikan tiada pelajar yang
tercicir dari persekolahan kerana faktor miskin.
"Sekiranya
ada, saya minta pentadbir sekolah segera membuat laporan kepada KPM di samping
memaklumkan juga kepada Ahli Parlimen, Adun, Pegawai Daerah dan Pegawai
Pendidikan Daerah supaya ia dapat diatasi segera," katanya.
-
Bernama
Posted in: SekolahSaturday, January 4, 2014
Sekolah Tamil Bawah Pokok Di Kelana Jaya
Kira-kira
20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan
ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.
Ini
ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu
itu dibuka semula.
Ibu
bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari
sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan,
Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.
"Jika
sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya
dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
sekolah itu, V Kumar, hari ini.
Menurut
Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai
pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk
menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.
Ibu
bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah
untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.
Pihak
kementerian memberitahu ibu bapa terbabit bahawa tanah di Kelana Jaya itu yang
sebelum ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijual kepada
pemaju swasta, tetapi rekod yang didapati mereka menunjukkan ia masih bawah
nama PKNS.
Ibu
bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama
beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan
tapak sekolah itu kekal.
Bangunan
sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu
meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang
bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka.
Video:
Sekolah Tamil Bawah Pokok Di Kelana Jaya
- Malaysiakini
Posted in: PendidikanFriday, January 3, 2014
Renungan: Jadilah Kunci Kebaikan!
Anas bin Malik berkata, bahwasanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ ، وَإِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ ، فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ ، وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ
“Sesungguhnya diantara manusia ada yang
menjadi kunci kebaikan dan penutup pintu kejelekan, Namun ada juga yang menjadi
kunci kejelekan dan penutup pintu kebaikan. Maka beruntunglah bagi orang-orang
yang Allah jadikan sebagai kunci kebaikan melalui kedua tangannya. Dan
celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan sebagai kunci kejelekan melalui
kedua tangannya”. (HR Ibnu Majah, dan dihasankan oleh Syaikh Al-Albani dalam
Shahih Sunan Ibnu Majah)
Dan barang siapa yang ingin dirinya
menjadi seseorang yang kunci pembuka pintu kebaikan serta menjadi penutup pintu
keburukan, maka hendaknya ia melakukan hal-hal berikut:
1. Mengikhlaskan segala perbuatan dan perkataan hanya untuk beribadah
kepada Allah. Karena hal tersebut adalah sumber kebaikan dan sumber kemuliaan
seseorang.
2. Berdoa kepada Allah agar diberi taufik menjadi seseorang yang membuka
pintu kebaikan. Karena sesungguhnya doa adalah kunci segala kebaikan, dan Allah
tidak akan menolak doa seorang hamba yang beriman yang memohon kepadanya.
3. Bersemangat dalam menuntut ilmu dan memperdalamnya. Karena sesungguhnya
ilmu mendorong seseorang kepada kebaikan dan kemuliaan, serta menghalangi dari
perbuatan jelek dan kerusakan.
4. Senantiasa beribadah kepada Allah, terlebih-lebih dalam hal-hal yang
wajib. Dan lebih khusus dalam masalah shalat, karena shalat dapat mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar.
5. Bersikap dengan akhlak yang mulia dan lemah lembut, serta jauh dari
akhlak yang buruk dan tidak beradab.
6. Berteman dengan orang-orang yang baik dan berkumpul dengan orang-orang
shalih. Karena sesungguhnya dengan berkumpul bersama mereka, para malaikat akan
menyelimutinya dan rahmat Allah akan mengelilinginya. Serta jauhilah
perkumpulan orang-orang yang buruk dan jelek, karena mereka adalah pengikut
para setan.
7. Menasehati orang lain, baik yang dikenal atau tidak dikenal, agar
menyibukkan mereka dengan kebaikan dan menjauhkannya dari kejelekan.
8. Selalu mengingat akan hari akhir, dimana seorang hamba akan berdiri
dihadapan Allah Ta’ala. Maka seseorang yang senantiasa berbuat baik akan
dibalas dengan kebaikan dan orang yang jelek dibalas dengan kejelekan pula, sebagaimana
firman Allah Ta’ala;
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
“Barangsiapa yang mengerjakan amal perbuatan kebaikan sebesar dzarrah pun,
niscaya ia akan mendapatkan balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan amal
kejelekann sekecil dzarrah, pasti ia akan mendapatkan balasannya”. (QS.
Al-Zalzalah 7-8).
9. Dan yang tidak kalah penting adalah seorang hamba senantiasa berharap
agar mendapatkan kebaikan, serta berusaha memberi manfaat kepada yang lainnya.
Sehingga apabila ia sungguh-sungguh berniat dan berharap akan mendapatkan
kebaikan serta memohon kepada Allah akannya, maka dengan izin Allah, ia akan
menjadi kunci kebaikan dan penutup pintu kejelekan.
Dan Allah Maha Kuasa atas
hamba-hambanya untuk diberikan taufik dan dibukakan padanya pintu kebaikan bagi
yang dikehendaki-Nya. Dan Allah-lah sebaik-baik dzat yang membuka pintu
kebaikan.
- Muslim.com.id
Posted in: RenunganWednesday, January 1, 2014
Tiada Lagi Facebook Di Sekolah
Bermula
tahun 2014, didapati laman Facebook tidak lagi dibenarkan akses melalui talian
1BestariNet.
Pengurusan
Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah menutuskan bahawa pengguna
1BestariNet tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan laman sosial seperti Facebook
untuk tujuan kolaborasi antara guru-guru dan murid-murid.
Kementerian
Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa setiap murid, guru dan ibu bapa telah
disediakan ID pengguna untuk mengakses Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE).
Bagi
kolaborasi untuk tujuan pendidikan, pengguna 1BestariNet boleh menggunakan
kemudahan Frog Pond dan Frog Community yang disediakan dalam VLE.
Paparan Mesej Apabila Melayari Facebook
Menggunakan 1BestariNet
Posted in: Kementerian Pendidikan MalaysiaPortal Kementerian Pendidikan Digodam
Ketibaan tahun baharu pagi ini
dikejutkan dengan insiden serangan ke atas beberapa laman web di negara ini
oleh penggodam.
Sekurang-kurangnya dua laman web milik
kerajaan dipercayai turut menjadi mangsa mereka.
Menurut gambar-gambar yang dimuatnaik
orang ramai, halaman utama portal Kementerian Pendidikan telah digantikan
dengan skrin hitam kosong dengan
perkataan" hacked "(digodam) bersama paparan kumpulan "Team
EvilSha0w " yang mendakwa mereka bertanggungjawab.
Sehingga pukul 2.30 petang tadi, laman
web MOE itu masih tidak boleh diakses.
Tahun lepas, kumpulan yang menamakan
diri mereka “Evil Shadow Team”,
dipercayai dari China , dilaporkan telah berjaya menggodam laman web milik
Microsoft India. Walau bagaimanapun, adalah tidak dapat dipastikan samada
kumpulan yang sama bertanggungjawab dalam serangan terbaharu ini.
Selain itu, terdapat perbezaan antara
penggodaman laman web MOE dengan beberapa laman web lain yang dipercayai turut
diserang semalam.
Pengguna yang melayari laman web rasmi
Program Malaysia Sebagai Rumah Kedua, disambut dengan paparan ‘pop –up’ yang
tertera "Greetz Marhaen".
Laman itu juga memaparkan paparan yang
menyuarakan bantahan kenaikan harga dan peningkatan kos sara hidup, termasuk
mempromosi perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka malam tadi.
Penggodaman yang hampir sama juga
berlaku di hampir 30 laman web yang dimiliki oleh syarikat-syarikat tempatan.
Senarai laman web ini, termasuk laman
web Stamford College, dapat dilihat dalam beberapa laman blog tempatan yang
mendakwa mereka telah dimaklumkan mengenai serangan itu.
Laman web yang digodam semua mempunyai
kenyataan yang sama, dengan lagu anti-kerajaan 'Janji Dicapati' digunakan
sebagai latar belakang.
Mesej di bahagian bawah paparan, antara
lain, tertulis mesej-mesej yang berkaitan dengan propaganda, rasuah, isu
perkauman dan agama.
Ketika dihubungi , Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan bahawa mereka telah
menerima laporan mengenainya dan sedang menyiasat serangan tersebut.
"Kami telah dimaklumkan tentang
beberapa aktiviti menggodam kel atas pelbagai portal termasuk beberapa laman
web kerajaan," Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi
memberitahu Astro Awani .
Beliau berkata pada masa ini, pentadbir
laman web terbabit sedang berusaha mengembalikan laman web masing-masing ke
asalnya.
Tetapi pada masa yang sama, SKMM
berkata pihaknya akan membantu dan memberikan sokongan sekiranya diperlukan.
"Pada masa ini, kami sedang menyiasat
kejadian itu. Nampaknya dalam serangan penggodaman ini ada cubaan mengubah
laman-laman web terbabit. Kami sedang mengenalpasti samada sesuatu yang lebih
memudaratkan telah berlaku, "kata Sharil .
Tambahnya, SKMM akan mengkaji sama ada
sebarang kesalahan telah dilakukan dan wujudnya penyalahgunaan rangkaian
internet atau apa-apa kesalahan yang boleh disiasat di bawah Akta Jenayah
Komputer (1997).
"Kita perlu menilai sejauh manakah
kesannya dan membuat keputusan seterusnya. Jangan membuat spekulasi atau
tanggapan melulu buat masa ini.”
Posted in: Kementerian Pendidikan MalaysiaSelamat Tahun Baru 2014
Selamat Tahun Baru 2014 semoga Tahun
2014 membawa lebih kejayaan dan keberkatan. Berikut adalah beberapa ungkapan
kata yang mungkin boleh dijadikan renungan atau motivasi diri:
Manusia tidak dapat tahu seluruh perkara, justru tahu banyak perkara tambah
baik dari tidak senang mengambil tahu meskipun satu perkara.
Bila anda berhasrat untuk berjaya, janganlah cuma memandang ke tangga namun
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua langkah seseorang itu tidak bisa berjaya yakni orang yang cuma
kerjakan apa yang disuruh serta orang yang tidak mahu kerjakan apa yang
disuruh.
Keberanian yang sebenar seperti layang-layang, sentakan angin yang
menentangnya bukan hanya melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.
Tiada manusia yang berjaya didalam seluruh yang dikerjakannya serta
kewujudan kita ini sesungguhnya harus meniti kegagalan. yang mutlak adalah kita
tidak jadi lemah semasa kegagalan itu berlangsung serta kekalkan usaha sampai
ke akhir hayat.
Janganlah bangga apa yang sudah anda upayakan, namun lihatlah apa yang
belum anda kerjakan.
Orang yang cemerlang melihat setiap rintangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, pada saat orang yang tidak cemerlang mengandaikan
tiap-tiap rintangan sebagai alasan yang mengakibatkan kemunduran.
Jagalah dirimu baik-baik, upayakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dilihat bukan kerana rupa,
pangkat, harta dan bijak semata-mata namun kesempurnaan budi serta adab yang
dibawa.
Esok tentu ada namun esok belum tentu untuk kita, berfikirlah untuk
menghadapi esok yang akan tiba.
Lombong emas didalam diri anda adalah akal fikiran, anda bisa menggali
sedalam-dalamnya serta sepuas-puas yang anda kehendaki.
Anda bisa mengetahui semakin banyak perihal diri seseorang itu dari adab
serta pertanyaannya, tidak dari jawapannya.
Tiap-tiap orang bisa meraih kejayaan di dalam perihal apa saja, seandainya
ia amat suka pekerjaan yang dikerjakan.
Posted in: MotivasiMonday, December 30, 2013
Program Baik, Pelaksanaan Belum Tentu
KELEMAHAN dalam SPPBS memberi tekanan hebat kepada guru,
sekali gus menjejaskan tumpuan golongan itu terhadap tugas hakiki.
- Gambar
hiasan
Sehari
lagi 2013 bakal melabuhkan tirainya, sekali gus meninggalkan dunia pendidikan
negara dengan pelbagai peristiwa untuk dikenang.
Dunia
pendidikan negara juga tidak ketinggalan dihimpit pelbagai isu panas dan kontroversi
walaupun sektor pendidikan dianggap ‘kurang popular’ berbanding ekonomi dan
politik.
Antara
isu hangat dunia pendidikan negara ialah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ia
dilihat satu kerugian kerana boleh merencatkan usaha memperkasakan sains dan
matematik dalam bahasa Inggeris.
Kebimbangan
itu turut disuarakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
berpendapat bahasa Inggeris paling sesuai untuk mengajar subjek Sains dan
Matematik kerana ia adalah bahasa ilmu yang mampu menjamin Malaysia
disenaraikan sebagai negara maju di dunia.
Selain
itu, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi Bahasa Inggeris di sekolah
kebangsaan menurun daripada 0.06 mata kepada 2.75 berbanding 2.69 yang
dicatatkan pada 2012.
Matematik
mencatat GPMP 2.27 berbanding 2.24 pada 2012 dan Sains dengan GPMP 2.36
berbanding 2.34 pada 2012.
Ia
dikatakan berpunca daripada pemansuhan PPSMI.
PPSMI terus dihimpit kemelut dan isu berpanjangan, apatah
lagi
menerusi keputusan peperiksaan nasional menunjukkan
penurunan pencapaian
peratusan pelajar.
- Gambar hiasan
Turut
menjadi perbincangan hangat ialah keluhan dan rintihan guru yang terpaksa
berdepan bebanan kerja melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS).
Walaupun
matlamat asalnya memudahkan tugas guru menghantar skor kepada pihak pusat, ia
menjadi igauan ngeri guru dan membebankan tugas mereka.
Sistem
Pangkalan Data PBS yang lemah membuatkan guru perlu memasukkan data pada waktu
lewat malam dan membuatkan mereka mengantuk pada waktu pagi.
Ini
menjejaskan mutu pengajaran dan pembelajaran sehingga pelajar tidak mendapat
pembelajaran sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian,
selain sibuk memasukkan data dan mengemaskan rekod.
Walaupun
banyak rungutan dan rintihan, belum ada penambahbaikan dilakukan bagi mengatasi
masalah itu.
Selain
itu, isu pemansuhan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada sistem Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) mencetuskan pelbagai reaksi.
PBS akan menjadi
penambah baik kepada PMR, namun
penjelasan mengenai pelaksanaannya yang masih
samar membimbangkan banyak pihak.
- Gambar hiasan
Pensyarah
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Profesor Dr Othman Lebar berkata, penjelasan PBS masih samar,
bahkan kurang menyeluruh.
“Hal
ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak, apatah lagi PMR sudahpun berakhir
tahun ini, sedangkan ibu bapa yang mempunyai anak di tingkatan tiga tahun
depan masih tidak mendapat gambaran penuh mengenai PBS.
“Justeru,
pelaksanaan PBS memerlukan penjelasan mendalam dan menyeluruh supaya pihak pelaksana
membabitkan guru dan sekolah dapat mendalami kehendak sebenar sistem baru itu.
“Pihak
bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu menerangkan dengan jelas mengenainya bagi
mengelak sebarang masalah,” katanya.
Turut
menarik perhatian dunia pendidikan tempatan apabila Pilihan Raya Kampus (PRK)
di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun ini berlangsung aman tanpa
sebarang provokasi melampau.
Walaupun
sebelum ini banyak kemelut melanda PRK terutama membabitkan isu nasional, tahun
ini calon yang bertanding lebih menumpukan kepada isu dalaman kampus terutama
kebajikan siswa.
Bagaimanapun,
masih ada segelintir kecil siswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup
memperjudikan masa depan dengan menyertai pelbagai demonstrasi bagi menyuarakan
ketidakpuasan hati.
Meskipun
Akta Universiti dan Kolej (AUKU) sudah dipinda dengan membenarkan golongan
siswa terbabit dalam kancah politik sihat, masih ada yang bertindak di luar
garisan norma dibenarkan.
Isu
transformasi KPM terutama menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 turut mendapat perhatian.
Antara
misi PPPM ialah meningkatkan lagi taraf profesion keguruan menjadi lebih
berprestij dan elit dengan pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30
peratus terbaik dalam negara dalam usaha mentransformasi profesion itu menjadi
profesion pilihan.
Menerusinya,
guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi
membantu guru mencapai potensi penuh.
Bagaimanapun,
timbul persoalan, bagaimanakah nasib graduan lain yang tidak mampu mencapai
tahap itu dan ke manakah mereka akan ditempatkan?
Dekan
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Prof Madya Dr Noor Shah Saad berkata, kelayakan bukan satu jaminan
kukuh untuk menjadi guru yang baik kerana masih banyak lagi latihan atau rutin
perguruan perlu diikuti sebelum mahir menjalankan tugas.
“Apa
disasarkan KPM (mengenai kelayakan guru) adalah usaha yang baik bagi
mencerminkan wawasan melahirkan guru berkelayakan cemerlang untuk masa depan.
“Namun,
ia perlu memikirkan juga masalah lain yang mungkin timbul akibat pelaksanaan
dasar itu seperti keciciran graduan tidak berkelayakan memenuhi prasyarat
ditetapkan.
“Mereka
yang memenuhi taraf kelayakan pula, adakah boleh menjadi guru yang baik dengan
hanya bersandarkan keputusan pada sehelai kertas semata-mata?” katanya.
KPM
juga berhasrat mengubah Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada universiti
latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020 dan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru bersedia untuk mengajar kemahiran
berfikir aras tinggi yang diperlukan murid.
Turut
menerima suntikan pembaharuan apabila sekolah vokasional dinaik taraf
sepenuhnya kepada kolej vokasional sebagai persediaan melahirkan pelajar
berkemahiran tinggi serta tenaga mahir dalam sektor industri untuk tempoh
jangka panjang.
- HMetro
Posted in: PendidikanWednesday, December 25, 2013
Bagaimana Pendidikan Shanghai Boleh Jadi Terbaik?
Streets Ahead: Students try out driving simulators.
Photo: Sanghee Liu
Social And Demographic
Factors Help Shanghai Students Hit Fast Lane For Academic Success
If
money is really key to buying a good education, then it is easy to see why
Shanghai produces some of the brightest children in China and, by extension,
some of the brightest in the world.
Students
from China's affluent financial hub have once again dramatically outperformed
their peers in the rest of the world, including Australia, in reading, maths
and science, according to new results of an international standardised test for
high-schoolers, the Program for International Student Assessment (PISA). The
math scores for the city's 15-year-olds, for example, put them three years
ahead of their average peers from other OECD nations.
But
China, uniquely, is not listed as a country in the rankings, and has only
shared Shanghai's scores, unlike nearly all the other countries, including
Australia, the US and Germany, which are all judged on their nationwide
results. (Hong Kong and Macau also send separate data).
It
has raised long-held concerns about the reliability of the test in its
representation of China. And for many, the test merely highlights the wide
disparity of education opportunities, depending on where you are born.
More
than 80 per cent of Shanghai high school graduates go on to university,
compared to less than a quarter nationwide. Shanghai's per capita gross
domestic product is more than double the national average and parents are able
to invest heavily in their children's education both at and outside school, to
an extent typical Chinese workers cannot.
"I
think it's common sense to emphasise that Shanghai doesn't represent the whole
of China," said Liang Xiaoyan, an advocate for equality in education at
Beijing-based NGO Western Sunshine Development.
She
said education funding in Shanghai is almost eight times more than that of
poorer provinces like Jiangxi and Guizhou.
At
one end of the spectrum, at the historic Shanghai Middle School, an exclusive
state-owned boarding school, more than 4 million yuan (about $725,045) has just
been spent on six new machines for its suite of university-grade science
laboratories. In its sprawling grounds the school has its own museum,
performing arts centre, and a sports centre complete with regulation-size
football field, tennis courts and swimming pool.
Zhang
Jianhua, the deputy director of academic affairs at Shanghai Middle School,
said top Chinese schools had long moved on from the stereotypes of dictatorial
rote learning. Her school, she said, was all about giving students the best
facilities in order for them to find their passion and nurture their talent.
On
top of the core maths, science and humanities subjects, students are given a
mind-boggling choice of more than 100 elective classes, including digital
photography, music production, robotics and anti-terrorism.
More
at home with those familiar with a misspent youth were a classroom full of
driving simulators that seemed more NASCAR than PISA.
"It
teaches students how to follow driving rules and prepares them for when they
take their driving tests," Ms Zhang says, seemingly ignoring that most of
the simulators were zipping along at 130km/h.
Tong
Xiaoxi, a professor at the Agricultural University of China, said the test
results only served to highlight the disparity of education standards in poorer
parts of China, with many schools struggling to provide basic heating and to
find qualified teachers.
Many
schools on the outskirts of Shanghai, which cater for the children of itinerant
migrant workers unable to access government-funded schools, still rely heavily
on a volunteer workforce.
"There
is a huge regional gap, and a huge gap between social classes in China's education
system," Professor Tong said.
Ms
Zhang denied Shanghai's test scores were skewed by privileged students like
hers, pointing out Shanghai Middle School provided only 80 students out of the
6000-plus randomly selected for the test.
Instead,
she says, social and demographic factors have been responsible for Shanghai's
strong test results. Confucian culture naturally dictates a strong work ethic,
and parents are wealthier and better-educated, having grown up after the worst
of the Cultural Revolution. And because of the one-child policy, most students
grow up with the vast weight of their parents' hopes and dreams piled squarely
on their shoulders.
"There's
definitely parental pressure, we all hear about the 'Tiger Mums'," said
Zhang Yilei, a 17-year-old Shanghai Middle School student who took the PISA
test last year.
"But
the desire to do well academically, to want to pave the way for a good future,
has to come from within. In this society, not just in China, it's becoming
tougher to find a job and have a good career."
Posted in: Pendidikan
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.















