Thursday, February 7, 2013
Pakar ICT Azli Paat Meninggal Dunia
KUALA
LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli
Paat meninggal dunia akibat deman panas Rabu malam.
Azli,
seorang pakar dalam bidang teknoloji maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn
Bhd, berusia 46 tahun.
Anak
kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir
di rumahnya di Bukit Segambut di sini kira-kira pukul 7 malam.
Allahyarham
meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad
Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, Khamis pagi.
Azli
merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan
organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau
juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat
bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau
juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi
panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit
Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel
penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah,
seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat
bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya,
Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
Pada
majlis Anugerah Teknoloji Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun
lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
-
BERNAMA
P/S: Suatu ketika dulu saya suka mengikuti siaran ICT bersama
Azli Paat. Banyak ilmu yang dapat dikutip dari siaran radio tersebut. Takziah
buat keluarga Allahyarham.
Wednesday, February 6, 2013
Kemaskini Maklumat Peminjam Pelajaran KPM
Bahagian
Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam proses pengemaskinian
maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah menerima pinjaman pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pinjaman
yang telah diberikan adalah meliputi program-program berikut:
- Program Ijazah Pertama Berintegrasikan Pendidikan di universiti tempatan.
- Program Ijazah Pertama Berintegrasikan Pendidikan di luar Negara.
- Program Ijazah Pertama Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jerman).
- Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
- Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PPGB).
- Program Pendidikan Jarak Jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (PJJ-OUM).
Keratan Surat Siaran Kemaskini Maklumat Peminjam Pelajaran KPM
(Klik gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Oleh
itu, sesiapa berkenaan perlu mengisi Borang Kemaskini Maklumat Peminjam KPM
(Borang A/PP 2013) khusus bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas di
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran
Malaysia, kecuali sekolah. Borang tersebut perlu dihantar selewat-lewatnya 1
Mac 2013.
Surat
siaran dan borang boleh dimuat turun dengan mengklik link berikut: Surat dan Borang Kemaskini Maklumat Peminjam KPM (Borang A/PP 2013)
-
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted in: Kementerian Pelajaran MalaysiaTuesday, February 5, 2013
Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen
Setiap
kali bermulanya pembukaan sesi persekolahan baharu setiap tahun, Kementerian
Pelajaran pasti berdepan senario pendaftaran murid tanpa dokumen sama ada di
kalangan ibu bapa warga tempatan mahupun rakyat asing yang bermastautin di
negara ini.
Namun
begitu, menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad, halangan itu tidak pernah dipandang ringan dan
sentiasa diperbaiki pihaknya bagi memastikan kanak-kanak dan remaja di negara
ini mendapat pendidikan sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa atau latar
belakang keluarga.
Beliau
memberitahu, terdapat banyak kategori berkaitan masalah pendaftaran murid atau
pelajar dari peringkat prasekolah hingga tingkatan enam seperti ibu bapa warga
tempatan yang tidak mempunyai dokumen yang mengesahkan kelahiran anak.
"Kes
seperti ini berlaku disebabkan banyak faktor antaranya termasuklah ibu bapa
bernikah di luar negara dan tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut, yang
menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak dapat mengeluarkan sijil
kelahiran anak.
"Namun,
murid berkenaan masih boleh memasuki sekolah dengan syarat ibu bapa mengisi dua
borang yang disediakan Unit Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan
negeri di samping perlu mendapat pengesahan daripada ketua kampung di kediaman
masing-masing,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Putrajaya, baru-baru
ini.
Menurutnya,
kesulitan pendaftaran masuk murid yang tidak mempunyai dokumen diri berlaku
apabila ibu bapa membuat tafsiran tiada halangan mendaftarkan anak mereka ke
sekolah walaupun tidak mempunyai sijil kelahiran.
"Ramai
yang masih persoalkan pihak sekolah tentang perkara ini yang mana kenapa anak
tidak boleh masuk sekolah walaupun ibu bapanya rakyat tempatan tetapi kita
mahukan kepastian tentang status anak, mungkin anak angkat sebab itu perlu ada
pengesahan ketua kampung,'' katanya.
Senario
tersebut, katanya, walaupun hanya melibatkan segelintir kecil ibu bapa namun
kementerian tetap memandang serius perkembangan itu kerana membuktikan masih
wujud kekeliruan berhubung garis panduan tersebut.
Katanya,
kesulitan juga berlaku apabila ibu bapa tidak mempunyai dokumen diri dan
senario tersebut sering berlaku di kalangan masyarakat Orang Asli dan pedalaman
namun melalui proses pendaftaran JPN, persekolahan murid tetap diteruskan.
Senario
lain yang turut berlaku adalah di kalangan ibu bapa rakyat asing yang bekerja
secara sementara dengan agensi kerajaan atau badan berkanun.
Kelompok
ini dikehendaki membayar yuran pendaftaran RM120 setahun per murid untuk
sekolah rendah manakala RM240 setahun per murid pula bagi sekolah menengah dan
tanpa sebarang kemudahan pendidikan seperti bantuan buku teks, bantuan makanan
atau wang khas RM100.
"Selain
boleh ke sekolah antarabangsa, kita juga menyediakan pusat pembelajaran
setempat misalnya untuk pekerja ladang Indonesia di Sabah dan kita pastikan
pembelajaran mempunyai konsep 3M (Membaca, Menulis dan Mengira),'' katanya.
Sementara
itu, kata beliau, ibu bapa warga asing yang mahu mendaftarkan anak mereka perlu
membayar yuran persekolahan sama ada RM120 atau RM240 beserta pas belajar.
Menurut
Mazlan, kesulitan seperti itu boleh diatasi sekiranya ibu bapa memainkan
peranan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan tidak menunggu
saat-saat akhir untuk mendaftarkan anak mereka memasuki sekolah.
"Paling
utama, kerajaan sentiasa menitik beratkan kepentingan pendidikan untuk semua,
tidak kira latar belakang keluarga murid terlibat, apa yang penting, dia tetap
mendapat pendidikan sewajarnya namun bagi warga negara asing, mereka harus
mematuhi peraturan yang ditetapkan,'' tegasnya.
Setakat
Julai tahun lalu, terdapat kira-kira 2,261 murid bukan warga negara bersekolah
rendah di negara ini termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di
seluruh negara dengan bilangan paling ramai dikenal pasti di Sarawak iaitu seramai
830 orang.
-
Utusan
Posted in: Kementerian Pelajaran MalaysiaMonday, February 4, 2013
Nilai Murni Perlu Seiring Dengan Kecemerlangan Pelajaran
KUALA
LUMPUR: Nilai-nilai murni seperti menghormati ibu bapa, menjaga kebersihan dan
harta awam perlu diterap dalam diri pelajar seiring dengan kepentingan mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menteri
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin berkata sikap itu perlu disemai sejak usia muda supaya menjadi
sebahagian daripada jati diri pelajar.
"Pelajaran
merupakan asas kepada kecemerlangan individu manakala nilai murni ini sebagai
sokongan yang memungkinkan kemampuan untuk melahirkan generasi
berkualiti," katanya pada majlis penyampaian anugerah cemerlang peringkat
Parlimen Lembah Pantai di sini.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanSunday, February 3, 2013
Akibat Percaya e-mel Cabutan Bertuah, Guru Tadika Rugi RM17,100
JOHOR
BAHARU: Seorang guru tadika berusia 36 tahun membuat laporan polis semalam
selepas mendapati dirinya ditipu satu sindiket melalui e-mel pada 13 Dis tahun
lepas.
Ketua
Polis daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan hari ini berkata e-mel
berbahasa Inggeris itu dari pihak tertentu menggunakan logo syarikat
penerbangan AirAsia memberitahu bahawa mangsa memenangi US$130,000 (RM403,715)
dalam satu cabutan bertuah di London sempena perayaan Krismas.
Katanya,
pihak sindiket itu memberitahu guru tadika itu hadiah tersebut telah siap sedia
untuk dimasukkan ke dalam akaun wanita itu melalui Telco Online Bank.
Wanita
itu dalam laporannya berkata pada bulan lepas beliau menerima satu lagi e-mel
dari pihak yang beralamat malaysiapolice@asia.com menyatakan bahawa siasatan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati cabutan bertuah itu sah di sisi
undang-undang.
"Berikutan
itu, pengadu telah memasukkan secara berperingkat-peringkat wang sebanyak
RM17,100 ke dalam akaun yang diberikan sindiket tersebut untuk mendapatkan
hadiah yang dikatakan telah dimenanginya itu," kata Ruslan.
Beliau
berkata e-mel dari AirAsia dan PDRM itu adalah palsu dan menasihati orang ramai
supaya tidak mudah terpengaruh dengan sindiket cabutan bertuah ataupun gores
dan menang.
Menurut
Ruslan, polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu mengikut
Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang membawa hukuman penjara maksimum
10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
-
BERNAMA
Posted in: UmumKementerian Pelajaran Galak Sekolah Kurang Murid Sertai Program G7
SEGAMAT:
Kementerian Pelajaran menggalakkan sekolah-sekolah kurang murid supaya
bergabung dan menyertai Program Gemilang 7 (G7) bagi meningkatkan pencapaian
murid dalam pelbagai bidang.
Timbalan
Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pendekatan tersebut
membolehkan sekolah-sekolah terbabit berkongsi pengalaman dan berbincang cara
memperbaiki kelemahan yang dihadapi.
"Sejak
gabungan sekolah kurang murid diperkenalkan, pencapaian murid di
sekolah-sekolah terbabit amat memberangsangkan dan ada yang sudah terkeluar
daripada kategori Sekolah Berprestasi Rendah atau kategori Band Enam atau
Tujuh," katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Secara Berkelompok Bagi Sekolah-sekolah G7 Sesi
2013 di Sekolah Kebangsaan Kemedak, Batu Anam, Segamat di sini Sabtu.
Sehingga
kini, katanya, terdapat 2,071 sekolah kurang murid di seluruh negara dengan
1,318 daripadanya adalah sekolah kebangsaan dan selebihnya Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
-
BERNAMA
Posted in: Kementerian Pelajaran MalaysiaGambar: Penyerahan Watikah Pengawas SKU 2013
SK
Undang telah mengadakan Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas
Perpustakaan Sekolah pada hari ini Ahad 3 Februari 2013. Majlis diadakan di
dataran SKU berserta Perhimpunan Mingguan.
Gambar
aktiviti boleh dilihat dalam ruangan GALERI
atau mengklik link berikut: Majlis Penyerahan Watikah Pengawas SKU 2013
-
SK Undang K.Trg
Posted in: SK UndangGambar: Sambutan Maulidur Rasul SKU 2013
SK
Undang telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul pada hari Khamis 31 Januari
2013. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan dan perarakan. Majlis seterusnya
diadakan di dewan SKU dengan aktiviti persembahan oleh murid-murid mengikut
rumah sukan masing-masing.
Gambar
aktiviti boleh dilihat dalam ruangan GALERI
atau mengklik link berikut: Sambutan Maulidur Rasul SKU 2013
-
SK Undang K.Trg
Posted in: SK UndangFriday, February 1, 2013
Renungan: Petua Elakkan Dari Sifat Sombong
Sombong,
bongkak, angkuh dan takabbur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Ia
salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela yang terkeji). Sifat
ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya,
walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.
Firman
Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai
hambaKu, mereka akan masuk Jahannam sebagai makhluk yang hina dina.”(Al
Mukmim:60)
Sabda
Rasulullah SAW.: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat
walau seberat zarrah dari perasaan takabbur atau sombong.”
Sifat
sombong atau takabbur ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, sombong lahir
dan sombong batin. Sombong lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan
tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang
dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.
Kesombongan
itu juga dapat dilihat melalui tutur katanya, seperti tidak mahu mengalah,
menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut
nasihat. Imam Al Ghazali berkata; “Orang yang sombong atau takabbur itu ialah
orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur
orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar.”
Orang
yang sombong atau takabbur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika
ada yang mengatasinya, ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan
akan berdendam dengan orang yang menandingnya.
Sombong
atau takabbur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di
dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya
kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi
Adam, katanya, “Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari
api sedangkan dia dijadikan dari tanah,” lalu dengan angkuhnya Iblis enggan
tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis
dan keturunannya.
Sombong
atau takabbur boleh dibahagi kepada tiga:
1. Sombong terhadap Tuhan
2. Sombong terhadap
RasulNya
3. Sombong sesama manusia.
Sombong
kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala
syariat dan peraturanNya. Sombong dengan Rasulullah ialah enggan mengikuti
petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda
adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi
Muhammad kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang
sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah kerana menganggapnya kolot,
orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi.
Merasa
lebih tinggi dari orang lain adalah sombong atau takabbur sesama manusia. Orang
berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain
rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat
dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat. Seorang
alim ulama’ bersikap sombong apabila ia memandang remeh terhadap orang lain
kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran
itu ditolaknya.
Sombong
ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa
panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.
- Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
- Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
- Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
- Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
- Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
- Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Lawan
daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya
seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk
padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Dari
Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah; “Tidak seorang pun kecuali di kepalanya
terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang
lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah
mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong,
Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh.”
Urwah
bin Azzubair berkata, “Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran
itu Rasulullah, para Nabi, para Sahabat , para aulia’ dan orang-orang soleh
suka merendahkan diri dan memiliki sifat tawadhuk.”
Rasulullah
S.A.W. bersabda: “Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara
menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat
kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka saya pilih Nabi
dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari
bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak.”
Tegasnya
untuk menghilangkan sifat sombong dan takabbur perlulah bermujahadah
bersungguh-sungguh. Moga-moga dengan berkat Mursyid, Allah anugerahkan kita
dengan rasa-rasa hamba, rasa rendah diri dan tawadhuk.
Wassalam
Posted in: RenunganThursday, January 31, 2013
Kabinet Lulus Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PETALING
JAYA: Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diterima dan
diluluskan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata laporan tersebut seterusnya akan
dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat.
Beliau
mengumumkan demikian pada majlis jamuam malam sempena ulang tahun ke-21 dan
kempen rayuan derma tabung pembinaan bangunan Huazong, di sini.
Turut
hadir presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Duta Besar China ke Malaysia
Datuk Chai Xi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan pengasas Sunway Group yang juga
wakil penaung bangunan Huazong Tan Sri Dr Jeffrey Chuah.
Pada
September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan
negara.
Antara
yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti
dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan
menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
Dalam
pada itu, Muhyiddin berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan
meminggirkan sekolah aliran Cina adalah tidak benar sama sekali.
"Komitmen
kerajaan adalah untuk memastikan mutu pendidikan di semua sekolah dapat
ditingkatkan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
"Oleh
sebab itu, Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 telah mengumumkan peruntukan
sebanyak RM100 juta khusus membiayai pembangunan dan penyelenggaraan sekolah
jenis kebangsaan Cina dan ianya diteruskan dalam Belanjawan 2013,"
katanya.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanWednesday, January 30, 2013
Video: Nilai Murni Semakin Terhakis Dalam Kehidupan Manusia
Klip
video di bawah memaparkan sikap bertanggungjawab si abang yang membantu adiknya
melintas parit kecil amat menyentuh perasaan.
Di
zaman ledakan ICT dan kesibukan
dengan laman sosial masing-masing, sedikit sebanyak membataskan pergaulan dan
kurangnya amalan nilai-nilai murni dalam kalangan manusia. Agak jarang
kedapatan ibu bapa yang mengajar nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Tiada
lagi tunduk hormat bila melintas di hadapan orang yang lebih tua, tiada lagi
rasa ingin membantu orang lain, tiada lagi rasa bersalah bila melihat sampah
dibuang merata-rata, dan banyak lagi nilai murni lain yang beransur hilang
dalam kehidupan manusia!
Semoga
klip video yang dipaparkan ini mendatangkan keinsafan dan amalan nilai-nilai
murni dapat terus kekal dalam kehidupan manusia sejagat. Diharap dalam
kesibukan kehidupan masa kini, ibu bapa masih mampu menitik beratkan nilai-nilai
murni yang baik di kalangan anak-anak mereka.
-
YouTube
Posted in: VideoTuesday, January 29, 2013
Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh Ambilan Kedua 2013
Merujuk
kepada laman Kementerian Pelajaran Malaysia, dimaklumkan kepada pelajar yang
ingin membuat Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di Sekolah
Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian
Pelajaran Malaysia bermula 29 Januari 2013 (Selasa).
Semakan
boleh juga dibuat dengan mengklik link berikut: Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu (1) Ambilan Kedua di SekolahBerasrama Penuh Tahun 2013
-
Kementerian Pelajaran Malaysia
Posted in: Kementerian Pelajaran MalaysiaSPPBS: Kemasukan Prestasi Murid Tercicir 2012
Merujuk
kepada laman SPPBS, dimaklumkan bahawa SPPBS akan dibuka untuk kemasukan
prestasi MURID TERCICIR 2012 dan Cetakan Pelaporan mulai 21 Januari 2013
sehingga 10 Februari 2013.
SPPBS
akan dibuka untuk kemasukan prestasi murid tahun 2013 setelah semua urusan
kemaskini APDM selesai (dijangka awal Mac 2013 tertakluk kepada perubahan).
-
Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat
Posted in: PendidikanSunday, January 27, 2013
Guru Muda Berperanan Lonjakkan Kualiti Pendidikan Negara
SABAK
BERNAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih 200,000
guru muda di seluruh negara mempunyai peranan untuk melonjakkan kualiti dan
melaksanakan transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata guru muda adalah sebahagian daripada
bilangan keseluruhan guru di negara ini yang akan terus berada dalam sistem
pendidikan negara bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.
Oleh
itu, katanya, menjadi amanah besar kepada mereka untuk memikul tugas penting
melonjakkan kualiti pendidikan dan transformasi pendidikan menerusi pelan
pembangunan itu agar dapat mencapai sasaran mulai tahun ini sehingga 2025.
"Ini
bermakna anda berperanan bukan sahaja melonjakkan kualiti pendidikan tetapi
juga menentukan di mana sistem pendidikan kita akan berada dalam tempoh tiga
dekad yang akan datang.
"Dalam
erti kata lain, masa depan sistem pendidikan negara kita terletak di tangan
anda," katanya ketika merasmikan Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M)
peringkat Zon Tengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar di sini
hari ini.
Muhyiddin
berkata kementerian turut menekankan kepentingan 'Higher Order Thinking
Skills" (HOTS) iaitu mahu guru mempunyai keupayaan baru, penguasaan ilmu
yang lebih tinggi, bijak berbicara dan dapat menganalisis serta menterjemah
ilmu pengetahuan yang bukan setakat dalam bidang biasa.
Sehubungan
itu, katanya program bimbingan guru akan ditingkatkan pada masa akan datang
selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Katanya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermurah hati memperuntukkan RM500
juta mulai tahun ini bagi melatih semula dan meningkatkan kemahiran guru dalam
bidang Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris supaya bidang utama
dalam kurikulum dapat dikuasai semua guru.
"Ini
dianggap sebagai langkah awalan dan pelbagai langkah lain akan dilaksanakan.
Seperti yang diketahui, dalam pelan tersebut terdapat 11 anjakan besar, dan
antara yang akan diberi tumpuan ialah menjadikan profesion perguruan sebagai
profesion pilihan dan bukan memilih profesion guru untuk mendapat pekerjaan.
"Guru
bukan satu pekerjaan tetapi satu profesion. Guru adalah orang yang bijak dan
mahir yang berperanan untuk memajukan masyarakat dan negara," katanya.
-
BERNAMA
Posted in: PendidikanSaturday, January 26, 2013
Sweden Pengimport Sampah Pertama Dunia
Sweden mengalami masalah kekurangan
sampah dan mula mengimport sampah dari negara jiran Norway. Jumlahnya sebanyak
800,000 tan setahun, dan ini sangat berlawanan di saat seluruh dunia mengalami
masalah melupuskan sampah yang bertimbun.
Orang sweden antara penghuni bumi yang
kurang membazir, puratanya mereka mengitar semula 96% sampah yang mereka buang.
dan baki sampah yang tinggal mereka melaksanakan program insinerator iaitu
sampah untuk tenaga yang mampu untuk membekalkan elektrik untuk beratus ribu
rumah. Oleh sebab itu masalah kekurangan sampah unik ini berlaku.
Berlainan di Malaysia, sebuah negara
agama rasminya Islam, yang manganjurkan Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada
Iman tapi sampah terdapat dimana-mana, hatta semasa memandupun sampah masih
boleh dibuang melalui tingkap kenderaan!
- mnn
Posted in: Umum
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

















