Thursday, January 17, 2013

Beranikah Anda Menaiki Tangga Ini


Henan, China: Berbagai cara dilakukan untuk menarik minat pelancong. Sebuah tangga lingkaran dengan ketinggian sekitar 300 kaki atau 91 meter dibina dan diletakkan di Taihang Mountainsm Linzhoud, Provinsi Henan, China. Dibina dengan tiang lurus dan terdapat anak tangga yang mengelilinginya hingga ke puncak.

Dengan menaiki tangga yang dinamakan Stairway To Heaven ini sampai ke ketinggian yang diinginkan, pelancong dapat menikmati pemandangan sekeliling gunung dan hutan di sekitar tempat tersebut.

Bagi menaiki tangga ini, ada syarat khusus yang dibuat oleh pihak yang mengurus tangga ini sebelum pelancong boleh menaikinya. Para pelancong atau pengunjung wajib menandatangani surat pernyataan bahawa mereka tidak mempunyai masalah berkaitan jantung dan organ penting lain serta harus berumur di bawah 60 tahun.

Selain perasaan letih menaiki setiap anak tangganya, tekanan angin yang kencang juga turut menyulitkan perjalanan untuk menuju ke puncak. Tidak digalakkan bagi pelancong yang fobia atau takut dengan ketinggian.




- The Sun

Anda minat barangan berikut:

Wednesday, January 16, 2013

Perodua Panggil Semua 74,000 Varian Baharu Myvi

KUALA LUMPUR: Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baharu, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan.

Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baharu ini menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS,” katanya menerusi satu kenyataan.

Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terlibat, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit.

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan.

Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur.

 - BERNAMA

Anda minat barangan berikut:

Amaran: Siapa Buang Sampah, Dia Akan Mati!

Ini adalah satu gambar yang penulis temui di laman internet.

Agak lucu apabila membacanya.

Tapi, mungkin juga si penulis itu menggunakan ‘reverse psychology’ untuk memberikan amaran kepada sesiapa sahaja tentang satu tabiat buruk.

Tabiat buruknya iaitu suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di zaman sekarang ini, boleh dikatakan hampir setiap dari kita tidak mempunyai kesedaran sivik tentang menjaga alam sekitar.

Membuang sampah di tepi jalan atau di mana-mana sahaja seolah-olah adalah satu kebiasaan bagi sesiapa sahaja.

Seharusnya, kita mempunyai satu perasaan bersalah kerana tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

Pergilah ke mana-mana sahaja, pastinya akan ada tangan-tangan kita yang mudah untuk mencampakkan sampah tidak kira tempat atau masa.

Mungkin, bagi penjaga kawasan seperti dalam gambar itu, dia geram dengan tabiat orang ramai di kawasan itu yang suka membuang sampah merata-rata.

Kiranya, itu juga satu usaha untuk membasmi gejala membuang sampah merata tempat.

- mynewshub

  Anda minat barangan berikut:

Kereta Api Langgar Rumah Setelah Dipandu Oleh Wanita

Stockholm, Sweden: Seorang wanita mencuri komuter yang kosong tanpa penumpang dan memandunya ke pinggir bandar Stockholm tapi telah tergelincir dan terhempas ke bagunan apartment.

Kemalangan awal pagi itu menyebabkan wanita tersebut cedera parah dan telah diterbangkan ke sebuah hospital Stockholm, kata jurucakap polis Lars Bystrom.

Bystrom berkata wanita itu ditangkap kerana disyaki membahayakan orang awam.

Tomas Hedenius, jurucakap yang melatih operator Arriva, berkata wanita yang dilahirkan pada tahun 1990 itu, mencuri kereta api empat gerabak di depoh luar Stockholm.

Dia kemudiannya membawa keretapi itu sejauh kira-kira sebatu (1.6 kilometer) ke stesen akhir keretapi, tapi malangnya ia terkeluar dari trek, sejauh kira-kira 30 ela (25 meter) dan terhempas ke dalam sebuah bangunan tiga tingkat.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan keretapi bahagian depan yang rosak dan terperosok ke dalam bagunan itu.


- Daily Record


Anda minat barangan berikut:
 

Bantuan Persekolahan Boleh Dimanfaat Pelbagai Cara


KUALA LUMPUR: Skim Bantuan Persekolahan RM100 yang mula diagih kepada pelajar sekolah pada Selasa, boleh dimanfaat dalam pelbagai cara asalkan pemberian itu memenuhi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat.

Ini kerana menurut aktivis sosial dan ahli akademik, inisiatif kerajaan itu merupakan bantuan sokongan bagi melancarkan proses pembelajaran pelajar dan tidak semestinya dihadkan kepada perkara material.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Datuk Ma'mor Osman misalnya, berpandangan pelaburan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah antara yang boleh dipertimbang ibu bapa.

"Melalui ini mereka mampu perkenal anak mereka kepada amalan menabung dan melabur. Bagi yang mampu mereka boleh labur semua RM100, bagi yang kurang mampu mereka boleh mula dengan RM20," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Ma'mor, ibu bapa juga boleh memanfaatkan pemberian itu untuk perbelanjaan sekunder persekolahan anak-anak mereka seperti tambang bas dan lain-lain keperluan berbangkit.

Bantuan yang diagih secara berperingkat sehingga 15 Feb itu merupakan kali kedua dilaksana kerajaan. Di bawah skim itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Belanjawan 2013, sejumlah RM498 juta diperuntuk kerajaan untuk 4.98 juta pelajar dari semua jenis sekolah di negara ini, tanpa mengira latar belakang keluarga.

- BERNAMA

Anda minat barangan berikut:
 

Tuesday, January 15, 2013

Video Kontroversi Presiden SW1M Merebak


KUALA LUMPUR — Satu klip video Presiden Suara Wanita 1Malaysia didakwa memperbodohkan seorang pelajar di hadapan sekumpulan mahasiswa di sebuah forum dimuat naik ke YouTube minggu lepas telah merebak pantas dalam kalangan ramai pengguna alam maya.

Dalam klip selama kira-kira 12 minit itu memaparkan keangkuhan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin bertutur di Forum Suara Mahasiswa “Seiringkah Mahasiswa dan Politik” di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah pada Disember lepas.

Paling menarik perhatian adalah cara Sharifah Zohra yang tidak setuju dengan pendapat seorang pelajar yang dikenali sebagai Bawani K.S. merampas mikrofon kemudia berkata “listen” (dengar) sebanyak 11 kali.

“Listen,listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen. When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’. Kalau nak samakan dengan negara lain, apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya because all the students in this hall are happy with whatever the government does for them!

“You must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’..‘Animals have problem’…‘kucing ada masalah’…‘anjing boleh menggonggong’…‘lembu kambing ada masalah’….‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’…‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’…‘pernah makan shark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’..” kata Sharifah Zohra.

Segalanya tercetus apabila Bawani yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Ramai memberi komen penuh sindiran menyelar keangkuhan Sharifah Zohra melalui Facebook dan Twitter.

Bahkan pengarah filem dan rapper kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee telah memuat naik klip versinya sendiri Namewee Tokok (009 Listen)mempersendakan Sharifah Zohra ke dalam akaun Facebook dan Twitter beliau pada hari ini.

Sementara itu, pemimpin Umno termasuk Saifduddin Abdullah dan Umno Youth chief Khairy Jamaluddin juga berasa video itu memalukan.

Khairy memuat naik mesej dalam menjarakkan diri beliau daripada dikaitkan dengan Sharifah Zohra.

“And on UUM issue. Please #listen to me: This Jabeen lady DOES NOT represent BN! Sekian,” said Khairy.

Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Nasional Nur Afifah Abdul Rahman menyatakan rasa kesal Sharifah Zohra memperlekehkan kebenaran seorang mahasiswa bersuara.

“Saudara Bawani tidak wajar diaibkan di hadapan khalayak sementelah dia memberi pendapat dengan wadah yang disediakan sendiri oleh program terbabit,” katanya.

Dalam reaksi balasnya melalui Facebook akaunnya pula, Sharifah Zohra memuat naik mesejnya berbunyi :”“Never argue with stupid people. They will drag you down to their level and then beat you with their experience.” (Jangan berbahas dengan orang bodoh. Mereka akan membawa anda ke tempat mereka dan kemudian mengalahkan anda dengan pengalaman mereka.)

 
klip video Presiden Suara Wanita 1Malaysia didakwa 
memperbodohkan seorang pelajar

 
Klip video versi Namewee - Namewee Tokok (009 Listen) 
mempersendakan Sharifah Zohra

 
- ABN News

Anda minat barangan berikut:

Monday, January 14, 2013

Air Terjun Membeku Menjadi Ais


Sungguh indah dan ajaib apabila Air Terjun Hukou di China yang mengalir perlahan-lahan menjadi beku. Suhu yang mencecah sehingga -10C di seluruh rantau County Xijie, memerangkap pergerakan aliran air yang membentuk ais.

Lagi gambar-gambar menunjukkan air terjun yang bertukar menjadi ais:






 
- Gambar Daily Mail & Google Image

Anda minat barangan berikut:

RM540 Juta Untuk Bantuan Persekolahan

BATU PAHAT: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM540 juta bagi diagihkan kepada 4.98 juta pelajar menerusi Bantuan Persekolahan RM100 yang akan mula dilaksanakan Selasa ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah yang akan diagihkan kepada pelajar di sekolah kerajaan adalah RM498 juta manakala selebihnya adalah untuk pelajar sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.

Seramai 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan menerima bantuan persekolahan RM100 yang akan diagihkan mulai Selasa ini dan dijangka berakhir pada 15 Februari depan.

“Pada masa sama, Kementerian Pelajaran masih menunggu baki nama pelajar sekolah-sekolah swasta dan agama yang masih belum diserahkan," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi memastikan kesemua pelajar menikmati bantuan tersebut, semua sekolah telah diberi arahan supaya tidak membuat sebarang potongan terhadap hutang atau yuran Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) tanpa persetujuan ibu bapa.

- Utusan

Anda minat barangan berikut:

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi