Friday, October 26, 2012

FADHILAH ATAU KEUTAMAAN IBADAH HAJI

Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa ada seorang Badui mendatangi Nabi s.a.w. Orang Badui berkata, “Wahai Rasulullah, aku keluar rumah dengan maksud berhaji, tetapi aku tidak sempat mengerjakannya karena waktunya sudah lewat, padahal aku sudah berihram. Maka suruhlah aku melakukan sesuatu yang dengannya aku dianggap mengerjakan haji atau pahalanya seperti pahala haji.”

Nabi s.a.w. menatap orang itu, lalu berkata kepadanya, “Lihatlah gunung Qubais itu. Meskipun engkau memiliki emas merah sebesar gunung itu, lalu engkau infakkan di jalan Allah, maka pahalanya tetap tidak akan setara dengan pahala haji.”

Beliau s.a.w. melanjutkan, “Orang yang akan mengerjakan haji dan telah mengemas barang-barang perbekalannya, maka setiap kali ia mengangkat sesuatu (dari barang-barang itu) atau meletakkannya, maka Allah S.W.T. mencatat sepuluh kebaikan baginya, menghapus sepuluh keburukan darinya, serta mengangkatnya sepuluh darjat (kemuliaan). Ketika ia mengendarai untanya, maka setiap kali unta melangkahkan kakinya, maka Allah S.W.T. mencatatkan bagi pengendaranya hal yang sama (yakni mencatat sepuluh kebaikan, menghapus sepuluh keburukan, serta mengangkat sepuluh darjat). Ketika ia tawaf di Baitullah, ia telah terbebas dari dosa-dosanya. Begitu pula ketika ia saí antara Shafa dan Marwah, ia keluar menjauh dari dosa-dosanya. Ketika ia menginap (mabit) di Masyáril Haram (Muzdalifah), saat itu pula ia keluar dari dosa-dosanya. Ketika melempar jumrah, saat itu pula ia keluar dari dosa-dosanya.”

Kemudian Nabi s.a.w. berkata kepada orang Badui tersebut, “Bagaimana kamu bias menyamai pahala yang sama dengan pahalanya orang yang berhaji.”

@SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN@

Sunday, October 21, 2012

Pelajar Digalak Guna Fb Berkomunikasi Dengan Guru

KLANG, 20 Okt (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin D'Cruz meminta pelajar sekolah mengunakan media sosial seperti Facebook untuk mengekalkan hubungan baik dengan guru mereka.

Beliau berkata melalui cara ini, pelajar yang telah menamatkan persekolahan boleh sentiasa merujuk guru untuk mendapatkan pandangan mengenai sesuatu isu sekiranya mereka mempunyai masalah berinteraksi dengan kolej atau profesor universiti.

"Pelajar yang telah menanamatkan persekolahan dan menghadapi masalah kesukaran berinteraksi dengan profesor kolej mereka perlu menggunakan media sosial seperti Facebook untuk berkomunikasi dengan bekas guru mereka di sekolah bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu isu kerana mereka sudah bertahun-tahun mengenali antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sijil tamat persekolahan di Sekolah Menengah Convent Klang di sini, hari ini.

Maglin menasihatkan semua sekolah di negara ini agar mencontohi Sekolah Menengah Convent Klang dalam menganjurkan majlis penyampaian sijil tamat persekolahan bagi pelajar mereka Supaya pelajar dapat merasai upacara sebenar sesuatu majlis penyampaian ijazah.

Kira-kira 290 pelajar Tingkatan Lima sekolah berkenaan yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bulan depan, menerima sijil masing-masing yang disampaikan Maglin pada majlis tersebut.

-- BERNAMA

Friday, October 19, 2012

BICARA INDAH Imam Al-Ghazali

-Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh-


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Wassalam.

Friday, October 12, 2012

KENAPA ORANG TAK SOLAT PUN BOLEH BERJAYA?

Ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap tetapi kita lihat, orang yang berjudi, minum arak, menipu dan sebagainya boleh pula berjaya, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, orang yang tidak solat tetapi berjaya, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kenapa begitu? Apakah kita berada dijalan yang benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat! Malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya!.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab;

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat apa kata Qarun, “Tidak, semua ini adalah hasil dari…ILMUKU”. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH. Saban waktu pula memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Apakah itu yang kita mahu?

Marilah kita sama-sama berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau pekerjaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT, dan ini buktinya anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi! Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim pula membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan apa-apa”

ALLAH menjawab, “Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak ganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah berusaha! Gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman;

“Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara itu, anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. Insyaallah, ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj Saya yakin tidak!

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Wassalam.

Sunday, October 7, 2012

30 Peratus Pelajar Terbaik Lepasan SPM Akan Ditawarkan Kursus Perguruan

BATU PAHAT, 6 Okt (Bernama) -- Pengambilan calon untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diiklankan mulai tahun depan dan sebaliknya akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang memperolehi keputusan terbaik.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Sebelum ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk temuduga selepas lulus itu.

Bagaimanapun mulai tahun ini, permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan tawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.

-- BERNAMA

Saturday, October 6, 2012

JPJ dedah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES

 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mendedahkan senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES (Automated Enforcement System) di seluruh negara, di mana anda boleh melihat senarai lokasi tersebut dengan mengklik 'link' yang tercatat di bawah;

·      RumusanLokasi AES

Menurut JPJ, senarai lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakhluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan ‘blackspot’.

-- Jabatan Pengangkutan Jalan

p/s : Nampaknya berniaga saman AES amat menguntungkan!

Thursday, October 4, 2012

Peraturan Larang Pelajar Bawa, Guna Telefon Bimbit Di Sekolah Masih Kekal

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Setakat ini Kementerian Pelajaran (KPM) masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.

Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lepas melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi oleh pelajar sekolah.

"KPM sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan murid-murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) di Parlimen di sini pada Rabu.

Liang ingin tahu perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian itu membenarkan pelajar sekolah membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar ini dilaksanakan.

Muhyiddin berkata kementerian telah menjalankan kajian dalam kalangan pelajar serta guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan peralatan komunikasi di sekolah.

Katanya kajian melibatkan 274 responden itu dijalankan di sembilan sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson.

Pada Julai lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.

-- BERNAMA

Monday, September 24, 2012

PPD Tonggak Kejayaan Pendidikan Negara

KUALA TERENGGANU, 24 Sept (Bernama) -- Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) akan lebih mencabar sebagai pendukung bagi merealisasikan pelan transformasi pembangunan pendidikan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin.

Menurut beliau peranan PPD kini sudah berubah dan tidak lagi terbatas hanya kepada aspek akademik lebih-lebih lagi dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Bagi mengukuhkan dan memantapkan profesionalisme pendidikan, PPD akan membantu pengetua sekolah, program dan dasar kementerian.

"Sebab itulah, kita buat program pemantapan PPD ini bagi mengukuhkan peranan mereka," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pemantapan Profesionalisme PPD peringkat kebangsaaan di sini Isnin.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.

-- BERNAMA

Sunday, September 23, 2012

DIMANA TAHAP NILAI KERJA BUAT KITA

Tidak terlewat sekiranya saya berkongsi pengalaman, dimana saya diarah mewakili pentadbiran sekolah tempat bertugas ke Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diadakan di semua daerah negeri Terengganu. Bagi daerah Kuala Terengganu diadakan pada Khamis 20 September 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kompleks Mengabang Telipot (rujuk surat).

  Surat Taklimat PBS - Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas
 
Untuk pengetahuan, surat yang dikeluar oleh Jabatan Pelajaran Terengganu dan ditandatangani sendiri oleh pengarah Pelajaran Negeri Terengganu ini mewajibkan  pentadbir sekolah hadir ke taklimat tersebut tetapi oleh kerana Guru Besar bercuti, manakala GPK Pentadbiran pula sibuk dengan urusan pertukaran beliau, saya pula dikerah ke taklimat tersebut.

Di sini bukan isu mengganti tempat pihak pentadbiran sekolah yang ingin saya ketengahkan tapi cara pihak yang mengendalikan taklimat tersebut agak tidak profesional di mana setelah mengambil masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk ketempat tersebut barulah diketahui taklimat tersebut dibatalkan. Di sini menunjukkan tiadanya perancangan teliti bagi menjalankan sesuatu program tersebut. Dimana letaknya integriti dalam melaksanakan tugasan pihak yang menguruskan taklimat tersebut. Andai memang terdapat halangan dalam melaksanakan taklimat ini disaat akhir, rasanya di zaman yang serba kemudahan ini, mungkin boleh memaklumkannya dengan lebih awal.

Saya percaya, pembatalan ini telah dibuat lebih awal, memandangkan pihak jabatan juga menyediakan minum pagi dan makan tengahari, sudah tentu pembatalan ini dimaklumkan lebih awal kepada pihak yang menguruskan makan minum.

Setelah pembatalan tersebut, saya terpaksa pula bergegas ke sekolah bagi meneruskan sessi P&P yang masih sempat untuk saya laksanakan pada hari tersebut.  Manakala bagi kelas yang tertinggal saya terpaksa memohon maaf kepada pelajar atas ketidak hadiran saya ke kelas mereka (walaupun mungkin ada guru yang menggantikan kelas saya).

Saya percaya, jika seseorang itu tiada komitmen sudah pasti mereka yang pergi ke taklimat tersebut pulang ke rumah sahaja setelah taklimat dibatalkan.  Terdapat juga guru yang berkata, jika keadaaan itu berlaku terhadap mereka, sudah tentu mereka tidak akan lagi hadir ke sekolah pada hari itu.  Bagi saya kehadiran saya semula ke sekolah bukan kerana sesiapa, tapi rasa bersalah dan amanah untuk laksanakan tanggungjawab terhadap pelanggan saya iaitu murid-murid saya.

Kesimpulan yang boleh saya ambil, di pihak jabatan perlulah membuat kerja lebih terancang dan profesional kerana kesilapan kita akan membuka ruang untuk orang yang kurang integriti mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Mohon maaf juga kepada pihak-pihak terbabit, moga tulisan saya ini diterima secara positif untuk pengajaran kita semua.

Wassalam.

Cuepacs Harap Kerajaan Tambah ITP Penjawat Awam


KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di bandar raya amat tinggi.

"Di kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.

Sebagai contoh, katanya ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ini amat membebankan penjawat awam seolah-olah mereka tidak mendapat pelarasan gaji.

Lok berkata menerusi belanjawan itu juga penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun berharap dapat diberi pelepasan cukai.

-- BERNAMA

Tuesday, September 11, 2012

Guru Akan Dijadikan Profesion Berprestij

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Guru akan dijadikan profesion berprestij dan bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, laporan awal tentang rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.

Ini sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang digariskan di dalam dokumen ke arah mentransformasikan sistem pendidikan negara - mentransformasikan jawatan guru agar menjadi profesion pilihan utama.

Rangka tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran akan berganding bahu dengan Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan para guru seperti yang dihasratkan.

Ia juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar.

-- BERNAMA

Monday, September 10, 2012

Friday, September 7, 2012

Kaedah Temuduga Mungkin Diguna Pakai Pilih Pelajar Ke IPTA

SHAH ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Kaedah temuduga mungkin dilaksanakan secara meluas bagi pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila persaingan menjadi sengit berikutan peningkatan jumlah pelajar cemerlang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA kini dibuat menerusi komputer dengan 90 peratus berdasarkan pencapaian akademik sementara baki 10 peratus berdasarkan aktiviti ko-kurikulum, katanya.

Menurut Mohamed Khaled setakat ini, hanya dua IPTA menggunakan kaedah temuduga iaitu Universiti Sains Malaysia manakala Universiti Malaya menemuduga pelajar bagi kursus-kursus tertentu.

"Kemungkinan kita lakukan perkara yang sama, ketika ini, untuk secara meluas saya belum nampak, tetapi mungkin satu hari kelak bila persaingan menjadi semakin sengit pencapaian pelajar cemerlang semakin banyak," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan pelajar baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini.

-- BERNAMA

Thursday, September 6, 2012

Kurikulum baharu sejarah sekolah menengah sedang dirangka

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Kerajaan sedang merangka kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dalam usaha melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu dijalankan dengan berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

“Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah. Laporan (Jawatankuasa Khas) telah kami terima, InsyaAllah kami akan laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah, di sini hari ini.

Jawatankuasa Khas yang ditubuh pada Mei 2011 itu dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM.

Jawatankuasa Khas itu berfungsi untuk mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah bagi memastikan ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air dan sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Negara Malaysia.

 — Bernama

Friday, August 31, 2012

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi