Monday, December 29, 2014

Sesi Persekolahan 2015 Di Seluruh Negara Ditangguh Seminggu

Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).

"Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.


KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI
PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
(klik pada gambar untuk kelihatan lebih besar)

"Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan," katanya.

Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan sekolah agar apabila keadaan banjir kembali pulih, mereka harus menggunakan tempoh itu untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekolah, bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada murid-murid.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lima negeri yang terjejas adalah 225,722 orang.



- BERNAMA



P/S: Klik tajuk di bawah untuk melihat kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPM > KENYATAAN MEDIA YAB MENTERIPENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHANTAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Saturday, December 20, 2014

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2015

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 untuk kakitangan awam.

Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka.

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut:


Keratan Jadual Gaji 2015 Yang Dikeluarkan Oleh
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji boleh dimuat turun di sini: Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2015.


- Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Friday, December 19, 2014

Wednesday, December 17, 2014

Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah

Bagi membantu pihak pentadbiran sekolah rendah, berikut dimuat naik Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah yang boleh diubah suai mengikut tahun dan nama sekolah masing-masing.

Contoh Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah  Yang Boleh Diubah Suai


Templet tersebut adalah dalam bentuk Microsoft excel (xls/xlsx) boleh dimuat turun dengan klik tajuk berikut: Templet Pengiraan NKRA Sekolah Rendah atau boleh juga dimuat turun melalui pautan diruangan MATERIALS yang terdapat di dalam blog saya.
 

Sunday, December 7, 2014

Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu (TrEMS)



Terengganu Education Monitoring System (TrEMS) atau Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu merupakan satu sistem perekodan pemantauan berpusat secara atas talian yang dibangunkan berdasarkan kepada MS ISO Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 bagi menggantikan sistem pemantauan manual yang sedia ada.

TrEMS dapat membantu pihak pengurusan mengurus dengan lebih efektif di mana ianya dapat memaparkan maklumat pemantauan dengan lebih pantas dan berkesan, memastikan semua guru yang mengajar dicerap oleh pengurusan sekolah, mengelakkan pertindihan sekolah dan pemantauan berulang. Di samping menjimatkan masa dalam proses carian rekod, ia juga dapat menjana laporan-laporan berkaitan pemantauan dengan lebih bersistematik. 
Menghadiri Taklimat Literasi Digital: Sistem Pemantauan Pendidikan 
Negeri Terengganu (TrEMS) bersama Guru Besar sekolah-sekolah 
Kuala Terengganu di SMK Seri Nilam ; 7 Disember 2014.
 
Sistem tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut (Sila Klik): Sistem Pemantauan Pendidikan NegeriTerengganu (TrEMS) atau boleh juga layari melalui pautan diruangan ONLINE LINK di dalam blog saya.

Muat turun Manual pengguna:

Thursday, December 4, 2014

China Teachers For Govt Schools

CHINA has given its commitment to provide teachers and experts in Mandarin and Mathematics for national schools in Malaysia.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said with the help from China, Malaysia could expedite its plan to encourage more students to master a third language and Mathematics starting next year.

“We need about 30,000 Mandarin teachers as we need three of them in each of our 10,000 national schools.

“This matter was raised at the Umno general assembly recently,” he said here last night.

At present, he said, Mandarin was being offered as a subject in 600 national schools nationwide.

Muhyiddin, who yesterday paid a courtesy call on Chinese Vice-Premier Zhang Gaoli at the Great Hall of the People before attending a dinner hosted by the latter, also held a bilateral meeting with China’s Education Minister Yuan Guiren.

Muhyiddin, who is also education minister, said China had advanced teaching techniques for Mathematics and had already sent its experts to teach students in the United Kingdom.

At the same time, he said, Malaysia would help China in expanding the learning and teaching of Bahasa Melayu.



Monday, December 1, 2014

Kisah Sedih Disebalik Keputusan UPSR

Mari kita sama-sama membaca kisah ini, Bacalah walaupun panjang kerana cerita ini pasti menyentuh hati anda. Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat buat anak-anak yang akan mengambil UPSR ditahun yang mendatang;

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah.

Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Ayahnya bekerja kampung sahaja; sesekali saya melihat abangnya Syuaib atau Ayub membantu ayahnya di kampungnya. Rumah yang didirikan tanpa cat yang indah dan berhias. Tahun lalu, rumah mereka antara yang dipukul ribut.

Allah mentakdirkan waktu itu saya masuk ke rumah bersama suri saya, anak lelaki saya dan sahabat saya pensyarah di IPG Puan Umaimah Mohd Idris. Kami memberikan bantuan sedaya yang mampu.

Hati saya pilu dan sebak melihat pingat kebanggaan yang dicapai di sekolah digantung tepi almari rak yang usang, begitu juga itulah sahaja rak yang menempatkan semua buku dan alatan tulis.

Masih ingat lagi, senarai barangan Hari Raya yang belum dibeli yang saya nampak di atas meja untuk setiap adik -beradiknya. (Yes, i cried )

Lawatan sekolah ke Seremban menaiki komuter dan ETS baru-baru ini sebetulnya dibayar sepenuhnya oleh seorang guru (diminta untuk dirahsiakan) kerana pada awalnya dia sudah berkata dia tidak mampu untuk pergi berhibur walau sekali dalam hidupnya. Bukan keperluan mengikut kata keluarganya.

Ayub; saya sifatkan seorang anak yang pemalu, sekadar ‘pengikut – follower’, tidak tahu apa yang dimahukannya. Periang dan potensi diri belum diluahkan lagi.

Sepanjang tahun sekadar paling kuat 2A atau 1A. Saya sentiasa menitipkan nasihat di telinganya. Malah, leteran itu sentiasa dan acap kali tanpa jemu. Tanggungjawab saya.

“Ayub, ingatlah , emak ayah bukan orang senang”
“Ayub, kurangkan main”
“Ayub, kalahkan kakak Siti yang dapat 3A2B tu”
“Ayub, tengok ayah, kesiankan kerja susah”
“Ayub, dirikan solat”

Ayub hanya sekadar senyum tersengih. Tapi, saya tahu ayat-ayat saya sampai masuk ke dalam hatinya. Saya selalu teringatkan emaknya menghantar mereka adik-beradik satu motor beramai-ramai. Kadangkala Ayub atau kakaknya berjalan kaki dahulu sebelum diambil ibunya. Ia seperti adegan drama yang amat melekat dalam hati saya. Begitu jugalah gambaran dalaman rumah Ayub.

Kelmarin, selaku guru kelas saya memanggil nama Ayub untuk keputusan UPSRnya, saya tahu saya akan ‘banjir’ dengan air mata. Saya melihat ayah Ayub sendiri sedang berdiri berdebar.

“Bahasa Melayu Pemahaman A. Bahasa Melayu Penulisan A”

Saya lihat riak mukanya lagi.

”Matematik A dan, Sains A”

Saya lihat air mata Ayub sudah mengalir. Ya, dia tidak percaya. Kejutan buat dirinya. Kejutan buat warga guru. Kejutan buat keluarganya juga.

Ketika mahu menyebut keputusan Bahasa Inggerisnya ialah B, saya sudah menangis hiba. Saya lihat ayahnya menangis kegembiraan. Anaknya tidak mendapat 5A tetapi dia gembira anaknya memperoleh 4A 1B. Suatu yang tidak disangka selama ini.


Saya menangis kerana terkenangkan keluarganya yang susah. Betapa sukarnya saya selaku cikgu mahu menyuruh anak murid lelaki untuk berubah dan konsisten belajar.

Saya membayangkan juga rumahnya yang dipukul ribut. Saya terkenangkan ‘senarai’ itu. Saya terkenangkan rak almari itu. Saya terkenangkan atap rumah yang terbang hampir hilang semuanya.

Saya terkenangkan Ayub yang membantu bapanya di kebun atau kerja-kerja kampung. Saya terkenangkan Ayub yang sentiasa pemalu dan tersenyum, tidak pernah menangis selama ini, tiba-tiba menangis dengan hiba dan sebak atas kejayaan yang tidak disangkanya sendiri.

Masyaallah. Kisah keluarga ini benar-benar satu inpirasi buat saya. Tentang percaya kepada misi mendidik anak bangsa hingga ke semangat yang terakhir.

Akhirnya, hampir semua warga guru dan ibu bapa turut menangis mengikut air mata saya, apalagi selepas itu ayahnya datang memeluk erat anaknya. Ayahnya yang garang dan tegas – sentiasa ditakuti anak-anaknya. Ayahnya yang selalu berharap dari jauh. Namun, kasihnya hari itu telah ditunjukkan.

Allah. Allah. Allah. Allahuakbar. Saya tidak akan lupakan kemanisan ini sepanjang hidup. Ia lebih bererti menjadi seorang ‘cikgu kampung’ daripada menjadi orang yang berbaju kemas, bertali leher di pejabat berhawa dingin.

Hidup saya lebih bermakna di sini. Ia menambah nilai kepada diri keseluruhannya. Demi Allah. Untuk tuhanku.

Tahniah Ayub, cikgu belajar sesuatu daripada kamu tentang hidup.



- Facebook

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi