Saturday, April 19, 2014

1,160 Sekolah Dilengkapi Projek 1BestariNet

Sebanyak 1,160 sekolah di Sabah dilengkapi projek 1BestariNet, yang dikeluarkan YTL Communications Sdn Bhd.
  
Pengarah Jabatan Negeri Sabah (JPN) Sabah Datuk Jame Alip berkata pihaknya juga berjaya menyelesaikan semua latihan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 1,187 sekolah yang melibatkan 2,374 guru, pada tahun lepas.
  
"Guru yang terlibat dalam latihan ini ialah Penyelaras Bestari atau guru ICT untuk mentadbir VLE di sekolah masing-masing.
  
"Mereka dipertanggungjawabkan untuk melatih guru-guru dan menjadi penggerak pelaksanaan VLE," katanya ketika berucap pada perasmian Hari Profesionalisme 1BestariNet VLE peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.
  
Jame berkata kementerian membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan yang merupakan pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.

Namun, katanya, penggunaan ICT di sekolah terutamanya di negeri ini masih tidak mencapai tahap memuaskan baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
  
Sehubungan itu, beliau menyeru para pengetua, guru besar dan guru supaya mempelajari serta mencontohi amalan terbaik, selain merasai sendiri pengalaman pengajaran dan pembelajaran melalui Frog VLE selain mengaplikasi di sekolah masing-masing.
  
Melalui projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sekolah-sekolah di seluruh negara akan dilengkapi perkhidmatan rangkaian menggunakan teknologi Yes 4G yang membolehkan ibu bapa, guru dan pelajar mempunyai capaian ke platform persekitaran pembelajaran maya Frog.



Friday, April 18, 2014

Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar

Sebanyak 630 warga pendidik dan 566 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 melibatkan ganjaran berjumlah RM23.2 juta hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 209 buah sekolah bandar, 302 buah sekolah luar bandar dan 55 buah sekolah pedalaman.

Muhyiddin berkata pencapaian pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding pada 2012 apabila sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar menerima anugerah berkenaan.

"Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) yang menerima anugerah ini juga telah meningkat daripada 54 buah sekolah (2012) kepada 74 buah sekolah dan begitu juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK (T)) di mana berlaku peningkatan penerima anugerah daripada 45 buah sekolah (2012) kepada 54 buah sekolah.

"Daripada keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah telah menerima anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut. Saya juga ingin menarik perhatian anda dengan kejayaan satu-satunya Sekolah Kebangsaan Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang yang dicalonkan pada tahun ini seterusnya berjaya menerima anugerah TBGB tahun 2013," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah TBGB 2013 hari ini.


- BERNAMA

Sunday, April 13, 2014

Jemputan Majlis Komensmen IAB 2014

Buat rakan-rakan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan Komensmen IAB, malah terdapat rakan yang menghubungi saya bagi mendapatkan maklumat tersebut, di sini saya sertakan maklumat yang diterima melalui email untuk rujukan dan tindakan rakan-rakan.

Sebelum ini saya ada memasukkan perihal berkaitan majlis komensmen yang akan diadakan pada 3 Mei 2014 di Klana Resort Seremban Negeri Sembilan. Sila klik di sini - Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013.


Muat Turun:


Monday, April 7, 2014

Kamalanathan: Guru, Pelajar Lemah Bertutur Bahasa Inggeris

Kementerian Pendidikan hari ini mendedahkan berdasarkan kajian Cambridge tahun lalu, guru dan pelajar di Malaysia masih lemah bertutur dalam bahasa Inggeris sebaliknya lebih menumpukan kepada aspek penulisan bahasa itu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan (gambar) berkata, sebahagian besar pelajar di peringkat menengah dan rendah tidak menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris sepanjang tahun lalu.

“Sebahagian besar pelajar tidak pernah ada kemajuan tahap penggunaan asas bahasa Inggeris dan pelajar paling lemah dalam kemahiran bertutur. Lima aspek hasil dapatan ini ialah murid, guru, kurikulum, pentaksiran, dan kelemahan pembelajaran.

“Guru memerlukan pelbagai strategi berkesan dan mereka menyatakan memerlukan pelbagai rujukan bagi menambah baik profesionalisme. Guru dibeban dengan kerja pentadbiran,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman di Dewan Rakyat hari ini.

Pengarah Projek Baseline Cambridge Malaysia, Dr Martin Robinson berkata awal tahun ini, tahap pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah negara ini disifatkan paling komprehensif kerana merangkumi semua peringkat persekolahan dan seluruh negara.

Kajian mereka membabitkan empat skil bahasa, iaitu bacaan, pendengaran, pertuturan dan penulisan, berbanding kebanyakan negara yang hanya memfokus kepada bacaan dan pendengaran.


- themalaysianinsider

Friday, April 4, 2014

Majlis Komensmen NPQEL Ambilan 2013

Buat rakan-rakan dan semua graduan NPQEL yang tertunggu-tunggu majlis komensmen, berikut adalah catatan  emel terkini yang telah dihantar oleh pihak pengurusan Komensmen IAB  daripada Puan Nik Marini binti Nik Abdull Malik (Pengurus Bersama);

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada Semua Graduan Komensmen IAB 2014 yang dihormati.

Emel dari pihak kami bertarikh 12 Mac 2014 adalah dirujuk.

Maka,dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa berlaku perubahan tempat untuk Majlis Komensmen. Bersama-sama ini disertakan beberapa maklumat terkini tentang majlis berkaitan untuk rujukan dan makluman bersama.

Tarikh     :   2 - 3 Mei 2014
Masa        :   8.00 am hingga 6.00 pm
Tempat    :   Grand Klana Ballroom,
                    Klana Resort Seremban
                    PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
                    Taman Tasik Seremban
                    70100 Seremban
                    Negeri Sembilan
                    (dulu dikenali sebagai Allson Klana Resort)

VVIP        : YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
                   Menteri Pendidikan II

 
Untuk makluman, terdapat 2 sidang untuk majlis ini iaitu Sidang 1 untuk ambilan 1/2013 (sebelah pagi) dan Sidang 2 untuk ambilan 2/2013 (sebelah petang) yang akan melibatkan graduan seramai lebih kurang 997 orang.

Seperti yang telah dimaklumkan, penginapan tidak disediakan untuk graduan serta keluarga, namun demikian JK Penginapan sedang menyenaraikan beberapa nama hotel serta tempat penginapan yang sesuai dalam usaha membantu semua graduan. Senarai nama-nama hotel tersebut akan dinyatakan melalui emel. Namun demikian segala urusan  tempahan tempat penginapan hendaklah dibuat sendiri oleh graduan.

Untuk makluman juga, surat jemputan sedang diedarkan ke alamat tempat bertugas masing-masing. Mohon kerjasama semua graduan agar sentiasa memberi perhatian jika terdapat panggilan telefon dari IAB, panggilan yang dibuat biasanya untuk pengesahan alamat bertugas. Surat jemputan ini juga akan dapat dicetak melalui portal rasmi IAB dalam masa terdekat.

Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis yang terkini untuk makluman dan rujukan semua.

Mohon hubungi pihak urus setia untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Harap maklum.
Sekian, terima kasih.


Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan. Tahniah dan Selamat berkomensmen.

Muat Turun: Atur Cara Majlis 
 

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi