Saturday, November 30, 2013

Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2013

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.



- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

KPM Digesa Bincang Isu PBS, SPPBS

Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan mesyuarat khas mencari jalan penyelesaian bagi masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua Jawatankuasa Bertindak, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menyuarakan perkara itu melalui surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh hari ini.

“Saya mohon Tan Sri Muhyiddin bersama Menteri II, Timbalan Menteri I dan II, Ketua Pengarah KPM dan Bahagian Kurikulum KPM untuk menjemput SGMM mengadakan mesyuarat khas mencari jalan penyelesaian bagi masalah PBS dan SPPBS.

“Semua sedia maklum bahawa masalah PBS dan SPPBS semakin meruncing dan mendatangkan masalah kepada semua guru, murid-murid dan ibu bapa dalam meneruskan sistem yang dianggap menjadikan murid sebagai tikus makmal,” katanya yang dipetik dari surat berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Muhyiddin memberi peluang kepada para guru untuk memberi cadangan secara terbuka.

Mohd Nor Izzat juga merupakan ‘admin’ bagi sebuah page laman sosial Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’.

Sebelum ini, isu PBS dan SPPBS menarik perhatian apabila ramai guru yang mengadu terbeban dengan sistem tersebut ekoran pelbagai masalah termasuk sistem server yang terlalu lembap.

Terbaru, dalam rangka menambah baik sistem tersebut, capaian SPPBS akan ditangguhkan mulai hari ini sehingga 31 Disember dan akan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan.



Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2014

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyiarkan surat pekeliling yang bertujuan memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 untuk kakitangan awam.

Bagi penjawat awam, jadual pembayaran gaji ini adalah penting buat mereka dalam merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan mereka.

Tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:

  Jadual Gaji 2014 Yang Dikeluarkan Oleh 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013 boleh dimuat turun di sini: Jadual Gaji dan Peraturan Pembayaran GajiTahun 2014


- Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Friday, November 29, 2013

Renungan: Bersangka Baik Sesama Insan

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani. Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku".

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku".

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku".

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk”.

Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan ke dalam hati agar iman akan bertambah, aqidah dan akhlak juga akan terjaga.

InshaALLAH.

Thursday, November 28, 2013

Pengambilan Guru Ikut Keperluan Negeri

Kementerian Pendidikan kini menghadapi masalah lambakan permohonan pertukaran guru yang meruncing untuk ditukarkan ke negeri asal masing-masing khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Kelantan mencatatkan permohonan pertukaran guru tertinggi iaitu seramai 2,483 orang berbanding 173 kekosongan yang ada.

Bagi Kedah pula katanya, seramai 1,523 orang guru kelahiran negeri itu memohon ditukarkan ke negeri asal berbanding hanya 200 kekosongan manakala Terengganu menerima permohonan pertukaran seramai 1,267 orang guru berbanding 200 kekosongan.

"Di Kelantan terdapat lebih 30,000 orang guru dan ada lagi 2,483 orang yang memohon balik ke negeri itu sedangkan hanya ada 179 kekosongan, ini bermakna seramai 2,304 orang gagal mendapat tempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberikan taklimat sempena lawatan rasmi beliau ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.

Idris diminta mengulas keluhan seorang guru yang disiarkan dalam ruangan Cuit di Utusan Malaysia hari ini yang masih gagal ditukarkan ke negeri asalnya, Terengganu meskipun beberapa kali memohon sejak lapan tahun lalu berkhidmat di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor.

Guru itu, Farita Idayu Jusoh yang amat menyintai profesion itu kini dalam keadaan kemurungan dan berkemungkinan terpaksa menamatkan kerjayanya setelah berjauhan dengan suami yang bertugas di Terengganu sejak sekian lama.

Idris seterusnya berkata, berdasarkan masalah lambakan permohonan pertukaran guru itu, Kementerian Pendidikan tidak mampu menampung hasrat guru terbabit memandangkan jumlah kekosongan yang begitu terhad.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak tidak menyalahkan kementeriannya berhubung perkara itu.
 
"Kita sebenarnya bukan tidak izinkan guru bertukar ke negeri asal masing-masing tetapi permohonan yang diterima terlampau ramai sedangkan jumlah kekosongan amat kecil," ujarnya.

Idris bagaimanapun mengakui wujud masalah 'keciciran' membabitkan guru yang berkali-kali memohon ditukarkan ke negeri asal dan beliau memberi jaminan, pihaknya akan memberi perhatian mengenainya.

Katanya, Kementerian Pendidikan akan cuba sedaya upaya menangani masalah tersebut dan bersedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi membantu guru-guru terbabit.

"Sebab itulah, selepas ini kita akan membuat pengambilan guru baharu mengikut keperluan negeri masing-masing," tambahnya.

 
- Utusan

Tuesday, November 26, 2013

Kementerian Pendidikan Tidak Janjikan Penempatan Kepada Graduan

www.jobsmalaysia.gov.my
Kementerian Pendidikan tidak menjanjikan penempatan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kian Ching.

Beliau berkata ini kerana sebahagian besar daripada mereka bukan ditaja oleh Kementerian Pendidikan dan tidak ada sebarang ikatan perjanjian dengan pihak kementerian.

"Penempatan graduan adalah berdasarkan kepada kekosongan perjawatan yang ada. Apabila bekalan diterima, penempatan dilaksanakan mengikut kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen," katanya.

Yap berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini. Abdul Rahman bertanyakan mengenai mekanisme Kementerian Pendidikan dalam mengatasi kelewatan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sejak akhir-akhir ini.

Beliau menambah kata, mulai tahun 2012, pelantikan dan penempatan graduan pendidikan keluaran IPTA dan Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak lagi secara automatik, tetapi secara lantikan tetap dan tidak lagi lantikan secara sandaran.

"Kementerian Pendidikan berpandangan bahawa tidak timbul isu kelewatan dalam penempatan guru baharu memandangkan semua graduan pendidikan perlu menjalani prosedur pelantikan dan penempatan yang telah ditetapkan," kata Yap.

Jelasnya, graduan pendidikan yang tamat pengajian dan diperakukan oleh senat IPTA/IPG perlu memohon di portal www.jobsmalaysia.com bagi tujuan panggilan temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Yab berkata bakal guru hanya akan ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka lulus temuduga dan diperakui oleh pihak SPP.

"Ini bertujuan untuk memastikan guru-guru yang dilantik berkualiti dan memenuhi standard guru Malaysia. Mereka akan ditempatkan ke sekolah dengan tawaran jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41," katanya.


- BERNAMA

Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri Bagi Sesi Januari 2014

Keputusan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 November 2013, Isnin.

Berikut adalah Analisa Pertukaran Guru Antara Negeri Sesi Januari 2014 bagi sekolah menengah dan rendah (Klik gambar untuk kelihatan lebih jelas):

Statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah

Statistik Pertukaran Antara Negeri Bagi Sekolah Rendah

Klik di sini untuk layari: e-GTukar


- Portal KPM 


Friday, November 22, 2013

Renungan: Dalam Diri Manusia Itu Sendiri Sudah Ada Peringatan

Antara keistimewaan manusia yang Allah Taala bekalkan semula jadinya ialah di dalam diri manusia itu sudah tersedia asas-asas peringatan. Sama ada peringatan-peringatan yang positif mahupun yang negatif.

Yang dimaksudkan peringatan-peringatan itu di antaranya yang positif ialah:

Manusia suka dikasihi atau dicintai;
  • Suka diberi pertolongan.
  • Suka diberi simpati. 
  • Suka diberi maaf. 
  • Suka diberi hadiah.
  • Suka dijamu. 
  • Suka diberitahu.
  • Suka diberi ilmu. 
  • Suka diziarahi. 
  • Suka tidak diganggu.
  • Suka dihargai dan lain-lain lagi.  
Antara yang negatif ialah:
  •  Tidak suka dibenci.
  •  Tidak suka dicaci.
  •  Tidak suka diganggu.
  •  Tidak suka dimarahi.
  •  Tidak suka dimalukan.
  •  Tidak suka disusahi.
  •  Tidak suka dibiarkan susah.
  •  Tidak suka tidak dipeduli.
  •  Tidak suka tidak ditolong.
  •  Tidak suka orang sombong kepadanya.
  •  Tidak suka barangan dirampas atau dicuri.
  •  Tidak suka dizalimi.
Selain itu yang paling asas ialah rasa bertuhan sudah sedia ada di dalam hati manusia. Cuma Tuhan itu bagaimana, itu sahaja yang mereka tidak tahu.

Apa yang disebutkan di atas, itulah dia fitrah semula jadi manusia atau gharizah atau naluri semula jadi. Ia dibekalkan oleh Allah bersama tubuh lahirnya. Inilah yang kita maksudkan peringatan Allah Taala yang telah dibekalkan di dalam diri manusia.

Firman Allah SWT yang bererti: “Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar Rum: 30)


Peringatan Itu Manusia Tidak Jadikan Peringatan

Sepatutnya manusia menjadikan asas-asas peringatan itu sebagai peringatan di dalam kehidupan mereka kerana fitrah semulajadi manusia itu sama saja. Yakni apa yang disukai oleh seseorang, itu jugalah yang disukai oleh orang lain. Apa yang tidak disukai seseorang itu, itulah juga yang tidak disukai oleh orang lain. Ertinya asas-asas agama Islam itu sudah Allah Taala bekalkan di dalam diri manusia iaitu rasa bertuhan, apa-apa yang disukai dan apa-apa yang tidak disukai. Apa yang dilarang dan apa yang tidak dilarang. Apa yang digemari dan apa yang tidak digemari. Semuanya sudah sedia ada.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.” (Al Furqan: 73)

Firman Allah yang bermaksud: “Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri.” (At Taubah: 36)

Firman Allah yang bermaksud: “(Yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari Kiamat dengan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina.” (Al Furqan: 69)

Firman Allah yang bermaksud: “Kecuali mereka yang bertaubat beriman dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Furqan: 70)

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu Allah Taala telah bekalkan rasa bertuhan, apa yang disukai dan apa yang dibenci, maka lantaran itulah agama Islam itu dikatakan agama fitrah. Yakni, apa yang diperintahkan oleh Islam dan apa yang dilarang dan apa yang disukai serta apa yang dibenci oleh Islam, ia sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Sama ada yang lahir mahupun yang batin. Kehendak-kehendak Islam itu tidak bercanggah dengan fitrah semula jadi manusia.

Islam datang hanya memperluas, memantapkan dan memberitahu cara-cara membuat baik dan cara-cara jangan membuat jahat, mengesahkannya serta memperkatakan ada setengah-setengah hal dari perkara-perkara yang tidak boleh dijangkau oleh akal seperti hal-hal kerohanian dan alam ghaib serta mengenai Tuhan dan ketuhanan.

Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia mengambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu jugalah yang diberi kesukaan kepada orang lain. Apa yang dia tidak suka, itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi datang Islam mendorong, menyubur kan, mengingatkan serta menguatkan lagi dengan busyra dengan Syurga dan tanzir dengan Neraka. Ini supaya mengingatkan lagi kepada manusia agar apa yang dia suka, dia mesti lakukan kepada manusia lain. Apa yang dia tidak suka dia tidak akan lakukan kepada manusia lain agar manusia hidup aman damai dan harmoni.

Tetapi apa yang berlaku kepada umum manusia atau secara majoritinya, apa yang dia suka maka dia suka kalau orang boleh lakukan padanya, tetapi dia tidak suka lakukan kepada orang lain. Begitu juga sebaliknya apa yang dia tidak suka, dia tidak suka kalau orang lain melakukan kepadanya, tapi apa yang dia tidak suka itu, dia suka pula menimpakannya kepada orang lain. Maka justeru itulah timbul perselisihan, perbalahan, permusuhan dan peperangan di kalangan manusia. Akibatnya tiada siapa yang susah melainkan manusia itu sendiri yang mendapat kesusahan.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untukmu apa yang di langit dan di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-nikmatNya lahir dan batin.” (Luqman: 20)

Mengapa manusia tidak mahu mengambil peringatan? Padahal manusia mendapat dua peringatan, iaitu pertamanya peringatan yang semula jadi. Yang kedua pula, kedatangan ajaran Islam.

Ini menunjukkan bahawa nafsu manusia itu di antara sifatnya sangat mementingkan diri, didorong pula oleh syaitan yang sentiasa menghasut manusia agar manusia lupa dengan peringatan sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan daripada Allah Taala.

Oleh kerana sifatnya yang sangat mementingkan diri itu, setiap orang suka kalau kebaikan dan kesenangan itu berlonggok dan bertompok pada dirinya sahaja, tapi kepada orang lain biarlah berlonggok dan bertompok pula berbagai-bagai macam kesusahan dan masalah.

Padahal apabila kita mementingkan diri sendiri dan menimpakan berbagai-bagai kesusahan dan masalah kepada orang lain atau membiarkan berbagai-bagai masalah berlaku kepada orang lain, orang lain akan membenci, marah dan bertindak kepada orang lain. Akhirnya apa yang akan terjadi ialah orang yang susah menimpakan kesusahan kepada orang lain kerana sakit hati, maka orang yang senang tadi mendapat kesusahan pula. Akibatnya orang yang senang tadi akhirnya senasib dengan orang yang susah. Mereka mendapat kesusahan juga. Cuma kesusahan itu bentuk dan sifatnya sahaja tidak sama. Namun sama-sama mendapat kesusahan kerana tidak mengambil peringatan tadi. Sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan dari Allah Taala.

Manusia yang sudah lupa atau telah lalai dengan peringatan-peringatan itu sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatan dari Islam, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Jangan dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atau tabiat jahat yang menguasai diri dan kehidupan. Di sinilah kewajipan para pemimpin, guru-guru, ibu bapa serta pejuang dan pendakwah agar tampil mendidik manusia.

Mendidik manusia tidak cukup setakat menjaga fizikalnya sahaja dengan diberi makan minum yang cukup serta menjaga kesihatan yang rapi. Begitu juga tidak cukup diberi kenyang akal fikiran dengan ilmu pengetahuan, nanti kejahatan manusia lebih hebat dan pesat lagi dengan dibantu oleh ilmu itu. Apa yang lebih penting daripada segala-galanya itu ialah mendidik semula fitrah manusia.

Jiwa manusia hendaklah dibangunkan semula secara serius iaitu suburkan kembali dengan iman, dengan takutkan Allah yang Maha Agung, tanamkan semula rasa kebesaran Allah di dalam hati manusia. Semarakkan semula sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri manusia.

Bangunkan jiwa itu rasa benci dengan kekufuran dan kejahatan serta kezaliman. Suburkan semula sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang Allah Taala telah bekalkan itu. Juga bangkitkan semula rasa benci dengan sifat-sifat yang hina (mazmumah) yang juga Allah Taala telah bekalkan di dalam diri manusia. Suburkan rasa tauhid atau rasa bertuhan di dalam hati atau jiwa manusia agar secara automatik rasa kehambaan itu akan subur di dalam jiwa manusia. Maka akan tumbuh subur rasa merendah diri, bersemarak semula rasa cinta kepada Tuhan dan sesama manusia. Dan juga sifat-sifat yang terpuji akan bertapak semula di dalam jiwa manusia.

Apabila hati atau jiwa atau hati nurani manusia telah terdidik iaitu kembali kepada fitrah semula jadinya ertinya raja di dalam diri manusia telah terdidik menjadi baik. Apabila raja di dalam diri manusia menjadi baik, maka ilmu pengetahuan yang memenuhi akal akan ditundukkan kepada kebaikan dan segala anggota lahir (jawarih) akan dikerahkan kepada mentaati Tuhan dan membuat baik kepada seluruh manusia.

Tapi apa yang akan terjadi apabila raja di dalam diri tidak terdidik, yakni raja di dalam diri manusia menjadi jahat? Apabila raja di dalam diri manusia menjadi jahat maka raja diri yang jahat akan menggunakan kekuatan ilmu dan mengarahkan anggota lahir (jawarih) mencetuskan berbagai bentuk kejahatan.

Itulah yang terjadi pada hari ini, manusia di dunia ini telah melakukan kejahatan menggunakan teknologi tinggi, mencuri duit bank menggunakan komputer, menyebarkan bahan-bahan lucah, mengumpat, memfitnah menggunakan internet dan lain-lain lagi.

Subhanaallah.

Thursday, November 21, 2013

Computer: More than 100 Keyboard Shortcuts must Know

Keyboard Shortcuts (Microsoft Windows):
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts:
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)
25. NUM LOCK+Minus sign (-) (Collapse the selected folder)
26. LEFT ARROW (Collapse the current selection if it is expanded, or select the parent folder)
27. RIGHT ARROW (Display the current selection if it is collapsed, or select the first subfolder)

Shortcut Keys for Character Map
After you double-click a character on the grid of characters, you can move through the grid by using the keyboard shortcuts:
1. RIGHT ARROW (Move to the rightor to the beginning of the next line)
2. LEFT ARROW (Move to the left orto the end of the previous line)
3. UP ARROW (Move up one row)
4. DOWN ARROW (Move down one row)
5. PAGE UP (Move up one screen at a time)
6. PAGE DOWN (Move down one screen at a time)
7. HOME (Move to the beginning of the line)
8. END (Move to the end of the line)
9. CTRL+HOME (Move to the first character)
10. CTRL+END (Move to the last character)
11. SPACEBAR (Switch between Enlarged and Normal mode when a character is selected)

Microsoft Management Console (MMC)
Main Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+O (Open a saved console)
2. CTRL+N (Open a new console)
3. CTRL+S (Save the open console)
4. CTRL+M (Add or remove a console item)
5. CTRL+W (Open a new window)
6. F5 key (Update the content of all console windows)
7. ALT+SPACEBAR (Display the MMC window menu)
8. ALT+F4 (Close the console)
9. ALT+A (Display the Action menu)
10. ALT+V (Display the View menu)
11. ALT+F (Display the File menu)
12. ALT+O (Display the Favorites menu)

MMC Console Window Keyboard Shortcuts
1. CTRL+P (Print the current page or active pane)
2. ALT+Minus sign (-) (Display the window menu for the active console window)
3. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
4. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
5. F5 key (Update the content of all console windows)
6. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
7. CTRL+F5 (Restore the active console window)
8. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web)

Urusan Pemangkuan PPPLD Bagi Mengisi Jawatan Guru Besar 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan PPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014.

Pemangkuan ini adalah terbuka kepada semua PPLD Gred DGA32 dan Gred DGA29 termasuk pegawai yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, pegawai-pegawai yang dipinjamkan/tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader dan pegawai yang dimasukkan ke dalam jawatan kumpulan.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan Surat siaran urusan pemangkuan PPPLD ke Gred DGA34 ke Gred DGA32 bagi mengisi jawatan Guru Besar tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sistem kenaikan pangkat (ePANGKAT).

http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
Klik Gambar untuk Akses Ke Portal e-Pangkat




Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi